Tahajjud Ku, Tahajjud Mu Jua

Thank you so much to admin IIUMC sebab sharing aku diterima untuk disiarkan.

Aku takde lah nak cerita mana. Aku just nak bantu semua umat islam supaya dapat sama-sama bangun tahajud dan berjaya lawan si syaiton lakanatullah tu.

Aku nak share juga walaupun orang kata bulan Ramadhan ni, syaiton dibelenggu tapi nafsu masih lagi ada, huhu.

Ok ringkas pengenalan. Nama aku Rayyan (Bukan nama sebenar). Aku masih student dan bakal kahwin. Takde lah gurau ja.

Pergi ke kedai beli cempedak, Calon pon tadak. Hahahaha. Doakan lah yang terbaik. Ok kembali balik ke pangkal cerita.

Aku ramai member yang sambung study luar negara exspecially jordan dan mesir tapi depa selalu dok minta nasihat lagumana aih nak tahan mata ni kasi terbuka tak katup katup terutama sekali musim panas time Ramadhan.

Aku simpati bro, kalau malaysia paling awal subuh pon dalam lingkungan pukul 5 lebih kurang. Tapi kalau mesir jordan paling awai aku pernah tahu, depa kata dalam jam 3 la lebih kurang.

Maklumla student yang sambung dimalaysia ni dah biasa stay up. Terutama sekali nak dekat exam, atau assignment bagai bagai semua tu lah kan. Kalau mesir, depa memang tak dak assignment tapi ujian lain sikit naa.

So, aku rasa terpanggil la untuk kongsi, kita kira macam saling mengingati antara sedare seislam la yeh. Bukan niat nak ceramah ceramah. Dok aih. Yela, aku biasa biasa je orang nya. Mana yang manfaat, aku cuba share kat hampa semua.

Ok aku bahagikan kepada 3 waktu ke keadaan ehh? Bro konpius! Haaahh mana mana je la, yang mana memang kita semua kena cuba jaga sebab ia akan mempengaruhi perjalanan rutin harian kita semuaa.

First, keadaan sebelum tidoq. Semua mesti tahu punya lah kena baca doa bagai tu kan. Tapi, tak semua yang buat cara dengan betul. Bukan apa, semua ni Nabi yang anjurkan untuk kita praktik bersama. Kalau betui cara, dia punya kesan sangat luar biasa! Aku tak tipu.

1. Berwudhu sebelum Tidur.

“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR Bukhari dan Muslim)

2. Melaksanakan Solat Witir.

“Kekasihku yaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewasiatkan kepadaku tiga wasiat: (1) berpuasa tiga hari setiap bulannya, (2) mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha, (3) mengerjakan witir sebelum tidur.” (HR. Bukhari)

3. Tidur Dengan Posisi Menyamping Ke Kanan.

Mengenai masalah posisi tidur yang tepat Rasulullah menyampaikannya dalam beberapa riwayat hadist berikut. Misalnya saja adalah hadist, “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

4. Membersihkan Tempat Tidur.

“Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibaskan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, karena ia tidak tahu apa yang ada di atasnya…”. (HR. Bukhari dan Muslim).

5. Membaca Ayat Kursi.

Persoalan membaca ayat kursi sebelum tidur juga disampaikan oleh Rasulullah dalam riwayat hadist berikut, “Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi karena dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta’ala dan syetan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi“.

Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu syetan“. (HR. Bukhari)

6. Meniup Telapak Tangan.

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas).

Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari)

Sebenarnya banyak lagi, tapi aku share ni jelah dulu. Banyak kang, tak terbuat lak nanti. Mana yang baru nak mencuba-cuba untuk… apa orang kata? Berhijrah kann, so boleh ah try ni. * hijrah untuk bangun qiamullail maksud aku. Tak rugi do siyes!

Ok ni la antara amalan benteng yang aku buat untuk diri aku sendiri.

Duduk melunjur dengan kedua kaki ke hadapan.

Tadah tangan seperti membaca doa. Baca fatihah x 1 (dengan niat untuk benteng diri). Baca ayatul Qursi x 1. Baca 3 Qul.

Selesai baca, tarik nafas dan tahan dan hembuskan secara perlahan (tiup) pada tapak tangan hingga habis nafas. Kemudian tarik nafas dan tahan sambil tapak tangan sapu pada seluruh badan dari kepala hingga hujung kaki dan kemudian baru hembuskan nafas.

Selesai! Amalkan setiap kali selepas solat, InsyaAllah diri kita akan terhindar dari gangguan jin atau orang nak tuju sesuatu pada kita seperti sihir dan santau.

Kalau aku cam malas-malas sikit enn huhu. So aku buat sebelum tidur je la tapi sapu tu buat caranya betul-betul, 3 kali sapu berturut-turut. Boleh buatkan untuk anak anak bagi yang dah kahwin la. Yang masih single cam aku takpe, buat untuk member.

Ok mengikut kajian yang aku buat. Aku pernah la buat bermalas malasan hahaha, aku buat sambil baring. Ok esok tu aku murung sebab aku tak dapat bangun awal untuk tahajud ermm.

Ok kalau ada yang pernah buat tapi tak jadi juga. Percayalah memang ada yang tak kena. Sama ada niat/ cara tak betul/ bacaan tingtong. Memang kena buat sampai jadi. Antara sebab lain aku terhalang untuk bangun, share sikit Ah.

Mana tahu nasib kita sama en. Aku buat orang terasa ataupun aku terasa dengan orang dan aku tak maafkan malam tu ahahaha k nampak simple tapi pehh pedih kot kalau jadi orang terakhir bangun time subuh pastu dah habis azan pulak tu haaa memang terbako bako la hati ni.

Senang cerita segala benda maksiat pon bagi kesan ketara yang memberatkan hati untuk bangun. Kau pasang la alarm sekuat mana tapi kalau tak jaga benda benda simple ni, memang serius murung.

Ok aku nak sarankan la kan yang suka pasang alarm, tolongla aku merayu dengan rendah diri lagi kacak ni cisss k jangan marah, pasangla alarm ahli syurga haha. Bukan nak kata apa, aku ada member yang pasang alarm buat aku rasa takut nak bangun.

Contoh bunyi bunyi angin, ingat tengok cerita seram ke deyy, pastu muzik *ketepek kepala. Aku bukan apa, fitrah manusia bila nak bangun tidur dia kena dalam keadaan tenang cewah, mahu tak tanjat boboi kalau pasang lagu rock2 weh boleh syahid aku pagi-pagi buta tu.

Pasangla penghulu istighfar ke, doa tahajud ke, doa dhuha ke, zikir-zikir, ok aku suka pasang doa istikharah, haha tak tahu nape paling ngam untuk aku bangun. *Hint kot hahahaha, Ni cadangan jela dari aku. Kalau korang nak pasang ikut keselesaan, terpulang.

Kalau ada sorang ni aku jumpa suka pasang nasyid-nasyid jihad supaya dia semangat nak bangun. Aku memang appreciate ah, tapi masalah nya sekarang yang terbangun terkejut mak nakkk tu aku, yang taknak bangun dia walaweh aku ke dia yang nak ambil semangat bangun *konpius haha.

Ok keadaan kedua time dah bangun. Baca doa bangun tidur ke, duduk sekejap ke, tak kisah mana-mana tapi memang kena duduk jangan baring balik.

Sapu-sapu muka tapi jangan guna tapak tangan, sebab kita tak tahu malam time tidur tu tangan kita bersih ke tak, so guna belakang daripada tapak tangan tu gonyoh la mata muka semua tu kan.

Opss, sebelum terlupa. Aku akan sediakan air botol mineral berdekatan dengan katil aku. Sebelum dan selepas bangun wajib minum, ye! Sebelum gosok gigi tu, minum, tapi aku nganga la halah halah. Ni antara tips nak awet muda tau. Ape ingat lelaki tak reti jaga muka.

Dalam video syeikh mutawalli ada cerita cara minum Rasulullah. Nanti boleh search kat youtube ke fb ke, minum air dimulai dengan 3 kali tegukan. Tegukan pertama dimulakan baca bismillah dan diakhiri ucapan Alhamdulillah dan begitu juga untuk tegukan 2 dan 3.

Inshaaallah, selama mana air itu dalam perut kita, takkan ada sedikit keinginan pun untuk nak buat maksiat walau sebesar zarah.

Aku share sikit,

Dzikir Ketika Bangun Tidur Malam

Dari Ubadah bin Shamit, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau bersabda:

مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ

“Siapa terbangun di waktu malam lalu membaca (Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariikalahu, Lahul Mulku, Walahul Hamdu, Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadiir. Alhamdulillaah Wasubhanallaahu Walaa Ilaaha Illallaahu Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaahi) kemudian ia berdoa,

“Ya Allah, Ampuni Aku” atau berdoa pasti dikabulkan doanya. Jika ia berwudhu dan shalat, pasti diterima shalatnya.” (HR. Al-Bukhari)

Dzikir ini baca time terbangun waktu malam (taahjud). Kalau berdoa meminta keampunan atau berdoa meminta kebaikan dunia dan akhiratnya termasuk memohon supaya dijauhkan dari waba’ penyakit maka akan dikabulkan permintaannya.

Last, dah berjaya bangun alhamdulillah, solat la tahajud semua tu kan. Ok selalukan diri untuk mindset mulai saat ni untuk jangan buka henfon selagi tak buat amalan-amalan ni. Then, solat la subuh berjemaah kat masjid ke surau untuk lelaki.

Lepas solat tu, stay at where you’re sit from first pray! Lantaklah berterabur bi pon, faham je kan? Kat situ ada keberkatan. Bacalah quran seikhlas hati zikir-zikir sikit. Kalau rajin, tunggu syuruk, boleh solat sunat syuruk. Tapi takpe, baca quran tu dah ok dah. Jangan berganjak, serius aku tak tipu.

Kalau ngantuk cane? Kalau aku, bangun jap gi hirup udara segar kat tingkap ke pintu masjid ke pastu duduk balik tempat tu.

Ye, aku pernah je sengguk sampai tergolek haa Al Quran aku, tak tipu. Aku pernah lah nak try gi tempat lain, atau aku balik bilik baca Al Quran kat atas katil, sumpah aku tidur dengan Al Quran, rasa cam bajet-bajet syahid haha.

Tapi memang kena mujahadah sebenarnya dan korang semua akan rasa tenang dan bahagia teramat sebab dapat kawal diri supaya segar dipagi hari. Kalau penat sangat, at least tunggu masuk waktu dhuha, ambil wudhu solat jap. Haaa tidur la lepastu.

Ok sekadar tu je perkongsian aku untuk kali ni. Ade rezeki, kita kongsi benda lain pulak. Inshaaallah. Selamat beramal di bulan mulia untuk pkp 2020.

– Rayyan (ahli syurga) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *