Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan apa yang aku ingin share dengan semua followers iium confessions. Tahun 2019 pada pendapat aku, merupakan antara tahun yang terbaik untuk sesiapa yang ingin membeli rumah pertama. Kenapa? Aku akan senaraikan beberapa sebab:
1. Data terbaru daripada KPKT menunjukkan jumlah rumah yg tak terjual bernilai RM21.5 billion @ lebih 40 ribu unit. Ribuan overhang units kat market sekarang, developer tengah terdesak nak clearkan unit. Market tengah slow down skrg ni, oversupply, banyak rumah overpriced dah jatuh harga. Padan muka developer tamak! Data 2018 juga menunjukkan Harga rumah KL secara purata jatuh 0.6% walaupun inflasi berlaku. Rumah subsidi seperti Selangorku pun turun harga apatah lagi rumah yang overpriced! Btw, bukan semua rumah jatuh harga, inflasi tetap berlaku. Harga rumah yang demand tinggi, tetap appreciate mcm biasa.
2. Kerana terdesak, banyak developer dah mula tawar rebate/diskaun. Ada projek yang bagi rebate sehingga 40%. Developer rumah-rumah subsidi Pr1ma dan selangorku pun dah ada yang menurunkan harga dan menawarkan rebate/diskaun. So, dengan ada rebate, korang tak perlu sediakan deposit atau deposit sangat rendah.
3. Lambakan rumah-rumah subsidi seperti rumah selangorku, rumah Pr1ma (pr1ma ada scheme Rent-to-Own, jgn lupa check), Rumah Wilayah /Rumawip (harga RM198K – RM300K), Rumah Selangorku (harga rm42K pun ada) , PNB Value Homes (Teres RM180K, Semi D RM220K, Banglo rm250K), PPR (untuk B40) dan sebagainya. Pr1ma skrg aku tengok sangat aktif buat roadshow seluruh negara, perkembangan yang sangat bagus. Rumah2 subsidi biasanya developer tanggung yuran perjanjian jual beli dan stamp duty. Ada rumah di Bukit Jalil, under program MyHome, Impiana Sky Residensi, kerajaan tanggung RM30K deposit, takde legal fees, takde booking fee. Apa lagi lu mau ?
4. Pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk bantu rakyat beli rumah pertama seperti bantuan pinjaman perumahan untuk rakyat contohnya Geran Cagamas (Skim Rumah Pertamaku untuk 100% loan – Untuk joint loan gaji kasar bawah rm10K, individu gaji kasar bawah rm5K), Geran BNM (untuk isi rumah bawah RM2300), Maybank Houzkey dan banyak lagi. Kerajaan juga waive stamp duty untuk pembeli rumah pertama harga sehingga rm300K, dan banyak lagi, boleh check bajet 2019.
Peluang sekarang tengah datang mencurah2, market tengah slow down. Jadi, aku merasakan jika berkemampuan, tahun 2019 adalah tahun terbaik untuk jika nak membeli rumah pertama. Beli ikut kemampuan, jika rumah lelong harga rm30K kemampuan kau, maka beli la. Jika kau B40, boleh beli rumah PPR, pr1ma, selangorku kategori B40, jangan lupa apply geran BNM, RM1billion kerajaan sediakan!
Selain oversupply, antara punca market slow down skrg ni kerana kita baru sahaja mengalami pertukaran kerajaan kali pertama dalam sejarah negara. Jangan tunggu sehingga market recover dan segala bantuan dah tiada, masa itu dah terlambat. Apapun, kepada yang tidak berkemampuan atau tidak mahu ada komitmen bayar pinjaman perumahan, tak perlu tergesa-gesa. Jangan sebab orang lain beli rumah, kau pun kena beli rumah. Kau sendiri tahu apa yang terbaik untuk kau. Bagi aku, tak salah pun menyewa.
Bagi yang ada hasrat nak beli rumah pertama, dah boleh la start menyimpan (walaupun kau beli rumah yang tak perlu bayar deposit, ada lagi kos2 tambahan yang lain), cari pendapatan tambahan, jaga kewangan, bayar cantik hutang bank (cantikkan ccris). Kepada yang takde langsung rekod ccris (clean ccris), cari jalan wujudkan rekod ccris yang baik. Insya Allah, pinjaman mudah lulus.
Aku share ni, sebagai pengetahuan je kepada semua agar mengambil peluang terutama golongan bumiputera, kerana di Malaysia, 58% penduduk di bandar adalah bumiputera tetapi bumiputera hanya memiliki 5% hartanah di bandar.
Sekian, harap bermanfaat.
– ANJS
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit