Sebenarnya dah lama Abam tulis, dari awal Januari lagi cuma lupa nak share dekat sini. Belum terlambat lagi kan.
Tahun 2019 telah berakhir dan pelbagai kenangan suka duka mungkin korang dah lalui kan?
Yang berlalu tu biarkan berlalu, lagi penting untuk korang fokus kepada masa sekarang ni. Boleh ke boleh?
Sedikit tips untuk tahun 2020, nasihat kewangan untuk orang muda. Korang kena baca sampai habis tau, penat Abam tulis, hehehe.
1. Baru mula kerja? Mulakan dengan mencarum Takaful dulu. Kalau company sekarang tu tak sediakan manfaat perubatan, lagilah korang perlu mencarum.
Cari Plan Medical Card yang murah pun boleh, Annual limit 150k dan Unlimited lifetime baru RM70-80 sebulan. Muda-muda ni caruman masih lagi rendah.
2. Sediakan juga plan penggantian gaji atau takaful hayat. Pampasan tu berguna andai tiba-tiba korang tak mampu bekerja atau disahkan hilang upaya menyeluruh kekal. Tak perlu carum banyak pun, dengan RM30 sebulan dah ada pampasan sebanyak RM50,000.
3. Buka akaun tabung haji dan terus daftar haji. Nak daftar haji tu kena RM1300 dalam akaun tau. Kalau belum ada duit yang cukup, simpan dulu sikit-sikit pastu barulah nanti daftar.
4. Simpan juga duit untuk Emergency fund, seeloknya minimum 3 bulan gaji dan maksimum 6 bulan gaji. Takut tiba-tiba perlukan duit atau dibuang kerja, masa tu kau sudah bersedia.
5. Mulakan menyimpan di ASB sebab pelaburan ni Low Risk. Korang boleh buka ASB biasa dan buat potongan dari akaun bank. Kalau rasa tak boleh konsisten, buat ASBF sebagai force saving. Simpan lah 20%-30% dari gaji setiap bulan. Lagi banyak simpan lagi bagus, lagi cepat lah tercapai target korang.
6. Rasa banyak masa terluang lepas waktu bekerja? Cubalah memanfaatkan dengan tambah pendapatan. Jadi penghantar makanan boleh, jadi pengurus rumah sewa pun boleh, berniaga online lagilah boleh. Janji rezeki halal.
7. Banyakkan membaca buku agar pengetahuan korang pun bertambah. Antara topik yang bagus dan bermanfaat, korang boleh baca buku tentang kewangan, hartanah, bisness ataupun apa saja yang berfaedah. Komik tu bukan tak boleh, boleh je… tapi kena seimbangkan. Abam pun masih layan One Piece jugak bro.
8. Rasa masih kurang ilmu? Haaa… jemput pergi ke seminar. Dekat Malaysia ni pun tak kurang rancak seminar yang ada. Boleh kata setiap minggu atau setiap bulan seminar ni dianjurkan. Yuran pun takdelah mahal sangat, cuba pergi yang puluh ringgit dulu, rasa nak lagi mendalam boleh pergi ke seminar yang yurannya ratus ringgit.
9. Takde duit nak pergi seminar atau beli buku? Korang boleh follow Akaun Fb, Channel telegram ataupun blog yang ada. Ramai dah orang yang share ilmu percuma ni, korang je malas baca… hahaha.
10. Cuba berkawan dengan orang yang berilmu. Tanya macam mana dia kumpul duit kahwin, kumpul duit beli rumah atau macam mana dia urus kewangan. Tak perlu keluar banyak modal pun , ajak lepak mamak atau kedai thai pastu belanja dia minum ke makan ke.
11. Sentiasa bersedekah walaupun gaji masih kecik. Bagi seikhlas hati, tak boleh derma RM10, bagi la RM1. Nak derma hari jumaat boleh, nak sedekah hari-hari lagilah boleh. Bila kita lagi banyak memberi ni, in sha allah lagi banyak ganjaran yang kita akan dapat.
12. Kurangkan belanja kepada BF atau GF korang bila keluar bersama. Benda boleh bayar asing-asing kan, buat apa duk sibuk belanja. Belum tentu pun lagi dia akan jadi pasangan hidup korang. Ramai je yang berhabis beratus ringgit tapi rupanya terjaga jodoh orang lain. Selagi belum ada ikatan sah, kurangkan lah keluar berdua sebab ada yang ke 3.
13. Buat yang merokok, kurangkan atau sebolehnya cuba berhenti. Banyak duit yang boleh djimatkan, sambil jaga kesihatan diri sendiri.
14. Hidup ikut kemampuan iaitu “Ukur Baju di Badan Sendiri”. Gaji korang dengan orang lain tak sama. Jangan terlalu mengikut rentak gaya orang muda sampai gaji habis dibelanja.
15. Jeles bila tengok kawan berkereta baru? Jangan begitu kawan. Kalau korang rasa kereta itu bukan satu keperluan, eloklah naik motor saja dulu. Banyak kos yang boleh dijimatkan, lagi-lagi jika kerja di kotaraya metropolitan.
16. Belajar juga untuk masak sendiri. Tak tahu boleh rujuk youtube, google ataupun buku masakan. Selain dari jimat duit, makanan pun bersih. Tak salah pun kalau lelaki pandai masak, lagilah bakal isteri dan mertua suka, betul tak wahai gegadis.
17. Catat segala perbelanjaan dalam buku, semua aliran tunai duit keluar dan masuk. Ikut bajet yang dibuat, barulah tak tersilap belanja sakan. Macam-macam apps ada sekarang ni, korang download je.
18. Hutang PTPTN jangan dibuat-buat lupa. Bayar sikit-sikit pun takpe. Nak tunggu jadi percuma tu entah bila. Hutang kawan pun begitu juga. Usaha bayar sampai langsai semuanya.
19. Otak bisnes elok berniaga. Jangan malu jangan segan untuk membuka bicara. Minta sokongan dari kawan dan juga sedara mara. Ramai dah anak muda yang berjaya dalam bisness sendiri ni, jadi belajar dengan diorang camne caranya.
20. Baiki dan upgrade diri sendiri, kena ada kemajuan dari setahun ke setahun. Baik dari segi agama dan sahsiah diri. Dari seorang pendosa kepada Hamba yang mengejar syurgaNya.
Silakan #Like dan #Share jika korang rasa ia bermanfaat. Terima kasih.
– AbamJambang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit