Firstly aku nak minta maaf sebab cerita aku agak panjang, bukan agak tapi memang panjang sebab start dari 2019 hingga 2023. And thank you sudi baca luahan aku …
Perkenalan kami start January 2019, kitorang study tempat yang sama kat Melaka. Aku dari Timur, dia dari selatan. Aku gelarkan dia, I. Kami satu team time minggu orientasi.
Awalnya aku memang sombong dengan semua orang sebab masa tu aku dah ada boyfriend yang baran. Dia langsung tak bagi aku bercakap dengan lelaki lain even kawan tempat belajar.
Nak jadikan cerita, aku dah penat sangat dengan perangai boyfriend aku yang baran, malas kerja and kaki ketum ni. So aku decide untuk putus tapi boyfriend aku tak setuju.
Macam macam dia buat supaya aku tak tinggalkan dia. Dia pernah malukan aku and burukkan aku kat tempat aku study tapi aku tebalkan je muka aku time tu.
Aku biarkan dia meroyan sampai satu tahap dia datang tempat aku study then tumbuk and tampar muka aku. So aku dah ada alasan yang kukuh untuk tinggalkan dia buat selamanya. Actually relay kitorang lama juga, 3 tahun 6 bulan tak silap aku.
Lepas 2 bulan aku putus, aku mula berkawan dengan I tapi melalui WhatsApp je. Aku tak nafikan yang ramai nak berkenalan dengan aku tapi aku lebih tertarik dengan I.
Makin lama kitorang makin rapat, then pernah satu malam tu kitorang voicecall dari pukul 12 sampai jam 3 pagi. Macam macam yang kitorang borak.
Sebelum endcall, aku ada tanya I, takde siapa yang marah ke kita oncall lama lama macam nii, maksud aku girlfriend lah kan. I jawab takde. Aku tersenyum.
Bulan 5 birthday aku (bulan puasa), tapi nak jadikan cerita haritu aku tak sihat (gastric sampai kena pergi hospital). Dalam tengahari tu aku dah boleh balik ke tempat belajar, so ramai kawan kawan yang dah wish birthday aku tapi aku jadi tertunggu tunggu wish dari I.
Petang aku dapat notification dari I. Berseri seri muka aku even time tu aku still sakit hahahahha. Aku baca sambil tersenyum. Bahagia.
Lepas wish dari I tu, kami makin rapat. Tak pernah declare couple tapi bersayang sayang, ambil berat each other. Tak ramai yang tahu hubungan kami, aku pernah post gambar dia dengan caption love, tapi aku tutup muka dia.
Ada juga roommates aku yang cam bentuk badan and gaya I. Aku diam, then aku minta supaya kawan kawan aku tak hebohkan relay aku dengan I. Alhamdulillah aku dapat kawan kawan yang baik dan sangat memahami.
Bulan 7 aku dah start practical kat Shah alam, then kena berjauhan dengan I (aku practical 3 bulan je). 2 minggu sekali I pasti akan datang jumpa aku.
Jujur aku cakap, I layan aku macam permaisuri. Setiap hari chat and video call waktu malam. Belikan aku chocolate banyak sebab aku suka chocolate.
Bulan 10 aku dah mula masuk tempat study, aku happy sebab dah dekat dengan I. Hujung minggu kami akan keluar dating kat bandar. I ada kereta sendiri so kitorang dah jimat tak payah sewa kereta just isi minyak je tapi bukan aku yang isi lah.
Aku dengan I tak banyak gaduh. Dalam sebulan cuma sekali je tapi tak lama. Bukan aku yang merajuk tapi I yang kuat merajuk hahahahha haishh anak sulung ni.
Beberapa minggu lepas tu taktahu kenapa aku boleh terdetik untuk tanya I sebab aku mula rasakan ada sesuatu yang I sorokkan dari aku. Aku minta I jujur, rupanya aku bukan yang pertama dalam hati I…. Aku terdiam, I juga diam.
Aku mula bertanya, kenapa tak bagitahu aku awal awal, kenapa layan aku macam aku sorang yang ada dalam hati dia, then aku tanya macam mana dia handle dua orang dalam satu masa. I cuma jawab relay dia dengan girlfriend dia tak baik and tak berhubung sangat.
Aku cakap dalam hati, ohh that’s why lah dia boleh layan aku 24jam. I minta maaf dengan aku, aku diam. Tiba-tiba aku jadi bodoh then maafkan I. Aku akui yang aku cair dengan layanan I terhadap aku. Dari relay aku yang lepas, aku tak pernah dapat layanan yang macam I bagi.
Hari berganti hari sampailah tahun 2020, COVID start teruk (bulan 3). Semua student kena balik even time tu aku lagi 2 minggu nak tamat belajar tapi kena extend.
I mula berubah dari bulan 3. Dia langsung tak pedulikan aku. Seminggu sekali je dia balas chat aku. Kadang wish buka puasa, kadang lepas buka puasa. Boleh dikatakan setiap hari aku nangis. Setiap hari, setiap malam aku cuba call I tapi langsung dia tak jawab.
Sampailah malam Raya, pukul 3 pagi dia jawab call aku. Aku menangis teruk tapi I marahkan aku, I ugut nak endcall kalau aku tak stop menangis. Aku terpaksa tahan air mata aku, aku nak dengar penjelasan I kenapa layan aku macam tu.
I tak explain apa apa, I cuma kata dia sibuk and takde masa nak explain lagi. Nanti dia akan cari aku. Dia endcall. Menangislah aku sampai tertidur. Aku mulakan pagi raya aku dengan mata yang bengkak.
Aku tak pernah give up untuk contact I, sampailah bulan 6 aku decide untuk pergi kerja kat Shah alam (time ni pkp lagi tapi dah boleh mula kerja) sebab bulan 7 I dah start practical kat nogori, so aku dah dekat dengan dia.
Bulan 7 I start contact aku balik selepas 3 bulan dia abaikan aku, so kitorang decide untuk jumpa.
I datang tempat aku, then kitorang spend time tapi aku tak pernah persoalkan kenapa I tak pedulikan aku selama 3 bulan tu. Aku taknak spoilkan mood masing masing dengan soalan tu.
Lagi sekali aku kena hadap situasi yang sama bulan 11. Untuk pengetahuan korang, bulan 10 tu aku kena masuk study balik (sebulan je pastu aku kerja tempat yang sama balik). I lagi sekali tak pedulikan aku. Langsung tak balas WhatsApp and pickup phone.
2 bulan aku contact I tanpa henti, sampai satu tahap aku give up. Aku dah tak contact I, aku dah tak call dia berkali kali. Bulan 12 aku resign sebab aku nak sambung study lagi.
Then bulan 1, panjang lebar aku WhatsApp I, tapi sepatah pun dia tak respon. Dalam chat tu aku cakap aku undur diri, tak guna aku kejar orang yang langsung taknakkan aku.
Aku teruskan life aku macam biasa. SINGLE ! ENJOY ! Tapi takdelah enjoy sangat sebab aku student time ni banyak assignment hahahahah. Aku study kejap je (9bulan utk sijil pengajar). Bulan 11 aku ada majlis convo (diploma) kat tempat aku study dulu.
Seminggu sebelum aku pergi Melaka, kawan I WhatsApp aku, aku gelarkan dia H. H berkali kali tanya sesi convo aku. Then berkali kali jugalah aku jawab sesi aku petang. Aku terdetik untuk cakap kat H, kalau dia (I) yang nak tahu sesi aku, kenapa I tak chat aku personally.
H balas, dia (I) takut aku masih marahkan dia. Aku balas balik WhatsApp H, aku tunggu dia chat aku bukan melalui kau. Sehari sebelum aku convo, I chat aku. Seram sejuk tangan aku tapi aku happy. Bodoh kan aku?
I nak jumpa aku lepas aku convo, nak explain semua benda apa yang dah jadi. Aku setuju sebab memang aku ternanti nantikan jawapan I kenapa buat aku macam tu sedangkan aku tak buat salah apa apa pun kat dia. U
ntuk pengetahuan korang lagi, I dah habis practical kat nogori tu, then dah masuk study balik untuk 6 bulan terakhir.
Hari convo, aku jumpa I. I bagi aku flower bouquet and card dengan upacan “congratulations princess”. Dulu I selalu panggil aku princess. Jujur aku tak dapat tahan air mata aku, aku menangis depan I. I tenangkan aku, dia taknak aku nangis harii convo aku.
Tapi kitorang jumpa tak lama, 5 minit je. H panggil I then I kena pergi tapi dia sempat cakap nanti malam dia akan call aku untuk explain semua benda. Lagi sekali aku percaya kata kata I.
Aku tunggu sampai tengah malam. Dia call tapi dia cakap masa tak sesuai untuk dia explain sekarang. Ada kerja lain yang dia kena settlekan dulu. Aku mula redha yang aku takkan dapat penjelasan apa apa dari I.
January 2022, aku mula kerja di selangor. Ada seseorang cuba berkenalan dengan aku tapi aku tipu dia, aku cakap aku dah berpunya even time ni aku takde sape sape pun. Dia still minta Instagram aku, aku bagi then dia sempat cakap nanti apa apa I chat you kat situ (ig).
Aku gelarkan dia, F. Tiap kali aku post story, F pasti and wajib akan DM aku. Aku pernah palau chat dia berkali kali. Sampailah bulan 5 baru aku balas chat dia. Dari ig bertukar ke WhatsApp.
Awal bulan 6 aku bercuti ke Selatan dengan kawan kawan aku. Aku cuba contact I, but still no reply. Tujuan aku contact I hanyalah untuk cari jawapan bagi semua pertanyaan aku selama ni. Seminggu selepas aku balik darii bercuti, I balas chat aku. I
cakap tak perasan chat aku sebab archive, aku cakap takpe aku okay je. I decide nak jumpa aku kat selangor untuk explain, aku mengiyakan je apa yang I cakap. Tak berharap sangat dah sebab tahu belum tentu dapat jumpa I. Betul sangkaan aku, I hilang entah kemana lagi.
Aku mula berkawan rapat dengan F. F luahkan perasaan dia pada aku. Tapi aku masih trauma dengan kisah lama. F faham perasaan aku, dia langsung tak mengalah untuk dapatkan aku.
Aku terdiam bila F kata nak hantar rombongan meminang aku. Lama aku diam, pastu aku tanya F bilaa??? F jawab, hujung tahun ni boleh???
Tangan aku shaking, jantung aku berdebar. Betul ke apa yang aku dengar. Serious macam tak percaya. Syukur alhamdulillah, bulan 12 yang lepas majlis merisik and majlis bertunang kami berjalan dengan lancar. Kini aku berstatus tunang orang.
January 2023, permulaan tahun baru aku yang tak berapa indah. Aku kerap kali termimpikan I datang berjumpa dengan aku untuk betulkan semua.
Aku tersedar dari mimpi, sungguh aku takut, Ya Allah. Jauhkanlah dia (I) dari hidup aku. Sampai harini aku terfikir, kenapa I muncul dalam mimpi aku selepas aku jadi tunang orang….
Tolong doakan majlis aku bulan 8 ni berjalan dengan lancar yee. Aku taknak jadi apa apa dalam relay aku dengan F. F and family dia tersangatlah baik dengan aku. Aku dah taknak kenal siapa siapa selain F.
Sorry kalau pengguna ayat aku salah sebab aku tak reti sangat nak buat karangan macam ni, hahahaha.
– Aa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Move on je sis.. kalau betul I tu syg kat sis.. dia takkan buat sis ternanti nanti dengan seribu alasan.. sesuka hati datang dan pergi.. tak mustahil dia akan cari sis bila perlu je nanti.. tak kira la apa alasan sekalipun.. benda boleh bincang.. sehari ada 24jam.. takkan la tak boleh luangkan beberapa minit untuk jelaskan daripada biarkan sis berbulan2 bertahun menunggu jawapan.. jangan bagi ruang untuk dia kembali lagi.. pasal mimpi tu abaikan je.. biasa la dalam fasa tunang ni memang paling banyak ujian.. setan memang suka buat kerja.. semoga urusan sis dan tunang dipermudahkan..
sis, aku pun masa kenal BF aku pun mmg ada ex ex yg tercyduk dtg balik, mula2 aku rasa berbelah bahagi lh jugak.. ex aku xdinafikan mmg complete pakej, tp xserius.. bf aku(soon to be my husband), mmg belajar xpandai, kerja pun gred rendah TAPI dia treat aku baik sgt2, aku byk nangis bkn sbb dia buat apa2, tp sbb dia baikkkkk sgt2.. aku xpyh mintak, xpyh merayu, xpyh ckp 2 kali ulang2, mmg dia jaga btl hati aku.. aku takut Allah uji sbb aku mmg xpernah la org lyn baik cmni.. aku pun x sangka dpt princess treatment.. so hargai lah tunang kau tu, apa salah dia yg kau nk sakitkan dia sbb si I tu? xpyh nk ada closure sgt sis, he got 24 hours to explain but he did not do that, so paham2 lah kau tu bkn kt hujung kaki dia, tp mmg ko xpenting pun.. so jgn sampai kau kehilangan tunang kau, sbb org lelaki ni punya dendam lain mcm.. once dia rasa dia rasa ‘terasa’, ko jgn marah kalau dia move on.. selagi dia blh terima dan syg kau, jgn cari pasal..
ala…jgn jadi bodoh la…lupakan jela..move on..hidung x mancung pipi tersorong2…