Aku Syasya (nama samaran) 20-an, Bujang. Neet. Bila menganggur ni mulalah terfikir macam-macam. Tak ada kerjalah orang katakan.
Aku straight to the point. Sebelum tu aku nak declare aku tak pasti yang aku tulis ni sahih ke tak.
2024, tahun yang orang kata genap 100 tahun jatuhnya Islam.
Tahun akan berlakunya solar flare yang akan mematikan internet so tak ada dah confession confession macam ni, cinta/kahwin LDR, Google, TikTok.
IHR dah diimplementasikan. ID digital dah mula dibuat. Isu Palestin makin melarat ditambah dengan Congo, Syria, Iraq, dan banyak negara lagi memberi laluan kepada si mata satu yang mengaku Tuhan.
Aku banyak tengok video TikTok ustaz A, yang mana ramai kecam dia tapi ada yang dia cakap nampak terjadi. Aku juga ada terbaca tazkirah-tazkirah ringkas di TikTok.
Tazkirah tu kata sekarang dah tak perlu fikir pasal hidup,
Siapkan persiapan bahan-bahan kering, yang dah kahwin boleh stop tambah anak, yang bujang tak payah kahwin, tak payah beli kereta, motor, rumah, aset yang besar. Labur pada emas sahaja.
Aku agak blur bila baca tazkirah tu rasa lagi aku malas nak cari kerja malas nak berusaha apa-apa malas nak usaha jodoh dah dia kata macamtu.
Orang ramai pun kata tahun depan akan terjadinya perang, kemarau, kehilangan internet dan sebagainya.
Buat apa aku berusaha lagi kalau dunia akan berakhir?
Tapi di sudut hati aku aku meronta-ronta. Aku ingin juga hidup. Aku ingin bekerja, kahwin, ada anak-anak, beli aset dan bahagiakan keluarga aku, orang sekeliling aku.
Selama 20 lebih tahun aku bernyawa, aku tidak hidup. Aku hanyalah umpama mayat hidup yang pergi sekolah dengar cakap ibu ayah buat perkara yang disuruh meskipun aku merana sendirian.
Aku tiada kawan-kawan, keluargaku melarang aku melakukan aktiviti bersama kawan-kawan dan akhirnya aku putus kawan hanya sebegitu. Hanya kawan online lah yang menemaniku itupun tak lama.
Kerja aku pernah kerja dahulu tapi terpaksa berhenti atas alasan keluarga.
Kini aku hanya merenung nasib aku dan nasib dunia yang akan mati ini.
Aku inginkan kematian, aku ingin mati.
Tetapi aku juga ingin hidup melihat keindahan semula jadi dunia mengenali pelbagai warisan seni budaya dan bukan bernyawa semata-mata.
Aku ingin mengetahui ilmu-ilmu yang tersimpan di pelbagai negara, aku ingin travel, aku ingin belajar dan aku ingin berbakti pada keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan juga dunia.
Aku ingin hidup tetapi dunia akan mati. Aku buntu aku tak tau nak buat apa.
Mungkin aku patut mati bersama dunia yang akan mati ni tanpa mengenali apa itu erti kehidupan.
– Syasya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Cik, Allah kata yang cuma Dia saja yang tahu bila kiamat akan berlaku. Tapi kalau kita dah samapi boleh predict tahun bila kiamat akan berlaku, nampak sangat jangkaan tu mengarut dan tak boleh diguna pakai
Jadi, jangan putus asa, teruskan berusaha untuk hidup.
Mungkin cik dah lupa, atau masih kecil pada tahun 2012, tapi masa tu pun orang jangka akan kiamat juga, and yet, here we are, still alive 11 years later
dek dek. kurangkan la tengok tiktok tu. tiktok tu yang menghancurkan
dekat tiktok tu ah macam2 ilmu aku dapat, suka hati ah nak tengok apa, tak perlu nak halang orang
dik, hanya Allah yang maha mengetahui dik bila dunia akan kiamat. kalau nak kiamat pun bukan sekejap dik, lama tempohnya. bukan harini dunia hancur, esok dah kiamat. jadi just live your life, cari kerja biar ada pendapatan, jodoh tu akan datang sendiri kalau dah usaha sebab tu pun rahsia Allah. jangan terlalu bergantung dengan ceramah-ceramah kat tiktok tu semua. diorang manusia biasa, bukan Tuhan yang boleh predict bila kiamat akan berlaku.
Adik oii.. Maaf saya cakap ni tapi kalau awak dah give up dan fade up makna nya awak KALAH dengan orang yang sedang nazak, bertarung nyawa.. Mereka sedang ada di ICU @ bilik pembedahan hospital.. Tapi mereka kuat lawan penyakit untuk terus hidup.. Usah la takut atau risau sangat.. Sebab lama2 bila kita terlampau takut dan risau kimia otak kita tak akan kembali ke kedudukan asal..
Jadi tak balance.. Bila kimia otak tak balance faham2 je lah mungkin akan dapat appointment dekat psikiatri la.. Depa yang akap tahun depan itu ini tu semua tu orang Yahudi kafir ja nak bagi orang Islam ni gelabah, risau.. Padahal kalau kita betul2 letak Allah di hati dan yakin akan Allah bantu orang Islam, benda tu tak kan jadi satu isu kita nak kalut2 jadi cemas jadi risau.. Ustaz auni tu pun hanya manusia biasa dia bukan Nabi atau malaikat.. Boleh saja dia berbuat kesilapan dalam bersangka agak2 apa nak jadi tahun depan.. Kalau ikut kalendar hijrah Masihi 100 tahun tu jatuh pada tahun 2020.. Tahun satu dunia kena covid dulu ni.. Tahun 2024 tu tahun Yahudi kafir.. Hmm.. Tahun yang ada tahun arnab la, tahun anjing la itu ini.. Sama la jugak macam haritu yang depa tu yakin sngat tarikh bila tah satu tarikh tu konon akan jadi gempa bumi yang dahsyat.. Padahal tak da apa apa berlaku pun haritu.. Hmm..
Aku baca halfway je ‘confession’ kau ni, dan terus baca komen. Sebab dapat agak dah apa yang kau nak cakap sebenarnya.
Time aku sekolah dulu, aku & kawan2 fikir benda sama. Malas la nak kahwin, ada anak sebab nak kiamat dah pun. Kitorang cakap macam tu eh kat ustazah kitorang. Beristighfar terus ustazah kitorang. Ustazah kata, kiamat ni nak jadi panjang prosesnya. Bukan terus hancur dunia (yang ni ramai dah explain so kau baca je la komen orang lain, aku tak nak ulang). Basically apa yang ustazah aku cakap pun sama juga.
Bila ustazah dah kata gitu, kitorang pun terdiam. Terkejut dan ya Allah… teruknya kitorang rasa bila kitorang cakap macam tu. Terasa betapa lemahnya iman kitorang ni. Disebabkan kita fikir kiamat dah dekat, terus give up untuk hidup? Ini dah ready masuk neraka bukan nak kembali ke syurga. Usahalah. Usaha selagi kita masih hidup. Petanda kiamat kecil dah banyak. Sebelum tiba petanda besar, jom la kita perbaiki diri kita menjadi lebih baik.