Tahun Ke-20 Perkahwinan

Kami telah berkahwin selama 20 tahun. 5 tahun pertama perkahwinan kami diuji. Masa tu saya sedang melanjutkan pelajaran secara part-time.

Masa tahun kedua perkahwinan saya telah mengandungkan anak pertama. Kehidupan pada waktu itu memang sangat sibuk.

Hari weekdays bekerja, sebelah malam sibuk study dan juga siapkan assignment. Hujung minggu pula hadir kuliah. Course engineering memang agak sukar.

Kita orang start gaduh on & off disebabkan kesibukkan dan kepenatan saya. Sampailah at one point dia kantoi berskandal.

Masa ini anak pertama saya dah berusia 2 tahun. Saya pun hampir nak grad dah masa itu. Saya pun tak perasan bila dan bagaimana ia bermula.

Mungkin sebab nature kerja suami saya yang selalu out-station yang membuatkan perkara itu goes smoothly sampai saya tak perasan. Tapi apa pun kuasa Allah yang menentukan segalanya.

Saya give-up, rasa nak berpisah. Kerja pun dah stable masa tu dan berfikir bahawa saya telah ada seorang anak lelaki yang mampu saya sara & beri didikan terbaik agar dia dapat menjaga saya in the future.

Saya memang jenis yang tak suka gaduh besar, mengamok dan sebagainya.

Saya cuba bertenang dan berfikir dahulu. Saya langsung tak ada mintak counsult dari parents / adik beradik / kawan-kawan.

At that point, saya just bagitahu suami untuk stop berscandal or else me and my son will walk away from his life because I’m ready for anything.

Saya masih sibuk at final year study. Masalah yang husband cipta ini, dialah yang perlu selesaikan. I’m just being cold as ice.

After sometimes, baru kitaorang sit down and talk. Biasalah, mintak maaf, janji tak buat lagi dan bagi lagi satu peluang untuk perbaiki. And the rest is history.

Kini, setelah berbelas tahun berlalu, saya tak tahu adakah disebabkan saya terima dia dalam keadaan yang terlalu tenang dan berserah tanpa mengungkit pengorbanan saya, kepercayaan saya terhadap dia,

Tanpa menghentam perangai dia, tanpa bersoal jawab siapa, sebab, punca, dimana, kenapa, benda ni seakan tidak ada full closure. Kadang teringat, kadang terlupa, kadang tak percaya.

Suami saya memang telah berubah, berkali-kali memohon maaf dari saya. Setiap kali itu jugalah mulut saya ringan memaafkan.

Namun jauh disudut hati saya masih tersimpan satu perasaan yang sukar untuk saya terangkan. Bagaimanakah dikatakan memberi kemaafan seikhlas hati itu?

Adakah saya perlu melihat dia derita dahulu, barulah saya rasa fair and square?

Sebab pada saya dia tak kan faham bagaimana hati & perasaan saya yang telah dia khianati, walaupun telah banyak yang suami lakukan untuk membahagiakan saya dan anak-anak.

Saya sering memohon kepada Allah agar perbaiki hati saya agar penghujungnya nanti tiada penyesalan. Umur bukan semakin muda, mungkin saya yang pergi dulu sebelum dia. Maafkan saya atas segalanya.

– Unintended (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *