Assalamualaikum. Aku nak buat confess pasal ni sebab aku tengah triggered dan agak moody juga. Dah tak tau dengan cara apa lagi so aku buat keputusan untuk meluah kat sini je lah. Aku boleh remain anonymous disamping dapat meluah apa yang aku nak. Thanks to admin yang ada idea ohsem untuk buat platform ni. Terima kasih sangat2.
So, dari tajuk ni aku expect yang reader dah boleh faham tujuan aku confess kat sini. Tajam lidah berbanding mata pisau. Memang betul la tu. Aku pernah wounded terkena mata pisau, memang la sakit. Bertampal bandage tapi mood still okay dan boleh hidup happy2, cuma leceh sikit nak bekerja la sebab tangan luka.
Berbanding terhiris dengan lidah homo sapien. Memang la tubuh alami tak ada sebarang kesan atau kecacatan, tapi mood, jiwa dan mental memang koyak berabis, sampai malam nak tidur pun tak boleh…hmm
Aku percaya semua manusia dalam hidup akan terhiris dengan lidah homo sapien. Lepas kena hiris tu macam2 la emosi yang muncul. Marah, dendam, sedih, sakit hati bahkan boleh jadi sampai bergaduh.
Dalam hidup aku. Ada certain orang dan situasi yang bila dia bercakap tak kena dengan aku, memang aku hangin. Namun, jika orang yang berbeza dan situasi yang berbeza sekalipun dia cakap benda yang sama aku tak terasa apa pun.
Pening? takpe aku bagi contoh la. Situasi ni pernah terjadi dalam hidup aku sendiri. Situasi pertama, masa tu umur aku baru sekitar 12, 13 tahun. Aku ada adik lelaki bawah aku setahun. Satu hari tu, ayah aku panggil aku dan adik aku nak minta tolong dia repair lock kereta. Lock kereta tu meragam macam nak taknak je lock, bila orang kat dalam dia memain pulak tak nak unlock bila ayah aku tekan unlock. Bila ayah aku keluar kereta tekan lock dia taknak lock. haha.
Ceritanya macam ni, masa bapak aku kat dalam kereta. Ketika dia tekan unlock tapi pintu tak reti nak unlock, ayah aku minta aku dan adik aku try and error pembuka pintu dari luar, sambil2 dia cuba unlock pintu yang masih tak unlock tu.
Disebabkan banyak kali try tak jadi jadi, ayah aku naik emosi. Lepas tu dia marah2 dari dalam kereta dan dia cakap “Ada anak pun tak guna!!” Perghhh… Zappppp(hati terguris)… terus mendung jiwa awal remaja aku masa tu. Jiwa tengah muda panas2 aku mencarut2 dalam hati. Aku tak minta pun aku lahir, dah tu cakap aku tak guna pulak.
So, nampak tak? ada certain orang dalam hidup kau bila dia cakap sesuatu walau beberapa patah kata pun akan buat kau moody habis. Buat sesiapa yang bakal jadi bapa nanti, minta2 lah jangan lontarkan kata2 seumpama.
Sebab aku sebagai anak pun dah mengalami kegurisan dari kata2 macam ni. Sebab buat semua anak baik lelaki atau perempuan, hatta anak angkat sekalipun dalam hidup mereka tak letak orang lain sebagai hero kecuali mak bapak sendiri, kalau mak bapa sendiri cakap anak sendiri tak guna faham2 aje lah efek dari segi psikologi anak tu macam mana.
Itu situasi pertama, situasi kedua pula menurut kitab hidup aku, adalah senior dalam kerja. Kat tempat kerja aku, aku ada sorang brother senior ni yang pada awalnya aku respect, tapi sekarang aku dah makin meluat pulak dengan dia.
Mulanya aku anggap brother ni memang jenis suka gurau kasar. Dia tangan tu tak ada lah kasar mana, cuma mulut dia aje. Tapi lama2 naik meluat pulak aku dengan dia, perangai tak sudah2 nak menyindir orang. Perli2 kerja orang. Dah minta tolong, aku tolong pun kena perli. Tak tau la niat dia nak bergurau ke apa, tapi sampai macam tak appreciate orang dah tolong tu yang aku menyampah ya amat.
Mamat ni suka bangga diri dia gaji puluh2 k, kadang tu bila dia nampak aku buat kerja berat, siap menyindir “kerja berat2, gaji ciput je” Dan macam2 lagi lah dia cakap sampai nak muntah aku sebab dah muak dan meluat.
Situasi macam ni, buat aku malas nak pergi kerja. Dah la masa sehari banyak habis kat tempat kerja, nak menghadap pulaaaaak dengan orang macam ni. Hari2 lah muntah hijau. Terkadang dia bergurau pulak muka dia macam jejaka korea, hawau!! muntah darah aku… hahaha.
Buat sesiapa yang berpangkat tu, walaupun gaji berpuluh2 k jangan ingat la orang akan respect kamu dengan gaji dan pangkat kamu. Kata2 tak terdidik pun buat orang muntah hijau pun tak guna.
So itu saje lah confession aku tentang ni. Terkadang kata2 boleh mengguriskan hati dan juga muntah hijau.
Sekian.
– Triggered Man
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit