Assalammualaikum.
Baru-baru ni kecoh isu novel nak dibakar sebab tajuk yang bukan-bukan dan ramai yang ikut mengutuk dan mengecam walau ada jugak yang masih menyokong dan memahami kami si penulis novel.
Aku nak ucapkan terima kasih dekat penulis confession Novel dan Adaptasi tempoh hari yang mempertahankan penulis-penulis novel macam kami walaupun kami tak kenal siapa dia. Terima kasih dan terima kasih juga pada semua yang masih menyokong.
Ok cukup. Biar aku cerita dulu pasal diri aku.
Aku seorang penulis novel yang ada beberapa buah novel kat pasaran tapi belum tahap otai mahupun prolifik lagi. Dan aku juga ada novel yang diadaptasi ke drama. Itu je yang kau orang patut tahu pasal aku.
Jadi aku rasa aku layak untuk bercakap isu novel yang tajuknya kau orang labelkan ‘merepek-repek’ dan ‘entah apa-apa’ sekarang. Juga isu adaptasi novel yang klise dan jalan cerita yang membosankan.
Untuk pengetahuan kau orang, industri novel dah berkembang pesat lagi-lagi sejak penulis novel macam kami diberi peluang untuk novelnya diadaptasi ke drama mahupun filem. Benda ni sebenarnya win-win situation bagi kami sebab bila novel diadaptasi, lagi ramai yang beli dan bagi stesen tv pula bila novel bestseller diadaptasi, pengikut novel tersebut akan layan cerita tu dekat tv.
Disebabkan hal dan peluang macam ini, makin ramai orang yang berimpian mahu menjadi penulis novel. Bila ramai yang menjadi penulis novel, lambakan novel di pasaran memang toksah cakap la. Kau orang tengok sendirilah berapa banyak novel di pasaran sekarang. Benda ni ada pro and cons.
Pronya kami dapat bersaing secara sihat, kami suka je ramai yang jadi penulis novel dan kami bangga bila ramai yang teringin nak jadi macam kami. Tapi consnya bila terlalu banyak novel di pasaran, susah untuk novel kau menonjol. Kau perlu cari x factor untuk serlahkan novel kau dari beratus novel di rak buku. salah satu caranya, dengan tajuk.
Zaman-zaman permulaan industri novel dulu kau bolehlah letak tajuk Bayu Cinta, Seluhur Janji, etc sebab masa tu pilihan novel tak sebanyak sekarang dan orang pilih novel tak berdasarkan tajuk tapi lebih kepada blurb dekat belakang buku. Tapi zaman sekarang, kalau kau letak jugak tajuk sendu begitu nescaya tenggelamlah novel kau di sebalik tajuk novel lain yang lebih gempak.
Zaman sekarang kau kena menarik orang untuk beli novel kau melalui pandangan pertama lagi. Dari tajuk yang menarik barulah orang ada rasa nak ambil buku kau berbanding ratusan tajuk lain dari rak dan belek blurb di belakang. itupun masih ada peluang yang novel kau bakal diletak semula. Huhu.
Kenapa tajuk merepek sangat? Ya aku tahu dan akui tajuk sekarang dah banyak sangat yang entah apa-apa tapi itu cara setiap penulis nak tarik pembaca sebab kami cari makan dengan menulis. Bila novel terjual barulah ada income utk kami.
Jangan ikut trend, tapi jadilah trendsetter. Yup, betul tu tapi kalau kau mampu, kau jadilah trendsetter. Walau aku sendiri rasa tajuk novel sekarang semakin melalut tetapi aku juga berada dalam situasi sama, nak mencari tajuk untuk novel sendiri memang seksa. kau tengok tajuk-tajuk novel sekarang, memang kau bakal migrain nak fikir tajuk untuk novel kau sendiri supaya novel kau menonjol dan jadi pilihan pembaca.
Pasal adaptasi drama yang klise dan makin membosankan.
Kau orang rasa macam indah saja jadi penulis novel yang dramanya diadaptasi kan? Mula-mula memang rasa indah tapi bila berdepan dengan kritikan dan kutukan orang, dah tak berapa indah pun perasaan tu. Apapun penulis novel yang diadaptasi kebanyakannya memang tak ada hak nak campur tangan lepas novel mereka diangkat jadi drama mahupun filem.
Senang cakap, kau tak terlibat langsung dengan pembikinan drama tu walau setakat nak beri pendapat. Tup-tup kau tengok drama tu dah siap saja, jadi apapun kau kena terima walau drama tu tak seperti yang kau bayangkan dalam novel.
Lagi satu, kalau kau rasa drama-drama adaptasi tu klise, sebenarnya itu atas pilihan stesen tv jugak yang nak angkat novel sebegitu. Kalau kau pembaca novel tegar mesti kau tahu banyak lagi novel-novel yang lebih menarik yang layak diadaptasi. Tapi selaku stesen tv yang pentingkan keuntungan mestilah mereka pilih novel yang ada nilai komersial untuk didramakan. Apapun ini rezeki juga bagi kami jadi kami bersyukur diberi peluang adaptasi tapi aku doakan makin banyak novel yang bagus dapat diadaptasi dan menjadi drama yang bagus.
Yang pasti, tajuk entah apa-apa pun penulis kena hentam, drama klise pun penulis juga yang kena. Kami redha ajelah dan senyum tapi kami akan tetap menulis.
Harap dapat fahamkan kau orang serba sedikit pasal hal ni tapi kalau masih tak nak memahami kami, kami redha juga dan senyum lagi.
Terima kasih sebab sudi baca confession aku ni.
Semoga penulisan kami membawa kebaikan dan menjadi saham pahala untuk kami, bukan saham dosa. Doakan kami tidak tersasar dari jalan yang diredhai Allah. Amin.
-penulis novel-
– Penulis Novel
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit