Assalamualaikum semua. Terima kasih atas komen yang bnyk kondem dari support, among of that cuma sorang je yang komen betul2 faham masalah aku, aku FINAL YEAR STUDENT,sem akhir dah. Ia sgt mustahil untuk aku mohon ptptn sebab syarat untuk mohon ptptn ialah setahun sebelum tamat pengajian, aku ada lebih kurang 5 bulan je lagi sebelum habis degree.
Berkaitan dgn zakat pulak, hmmm… bukan x pernah mintak,pernah dah, cuma procedure diaaa lamaaaaaa gilaaa, aku mmg tiap2 tahun mohon zakat negeri, mohon bulan 9 tapi bulan 3 tahun depan baru dapat(tu pun ikot nasib kalau dpt),kalau tunggu duit zakat ni mmg mati kebulur dulu aku jawabnya, ni aku ckp based on pengalaman. Tu pn amount dia dah dipotong, dulu RM1200 untk setahun, skrg RM500 je setahun bermakna satu sem RM250 sahaja.
Zakat universiti pulak,family aku x layak sbb kami bukan dari kategori family miskin kami sederhana mmg x layak dpt zakat tu aku dah survey dah, ramai lagi kawan2 aku yg lebih layak dpt. Dan ye, aku belajar di universiti yang yuran dia paling murah antara semua universiti. Jadi,keluarga berpendapatan sederhana di ni universiti ni, mungkin jadi keluarga berpendapatan miskin di uni. lain. Dan untuk makluman, insentif makanan berupa duit rm120 sebulan hanya diberi kepada pelajar diploma sahaja, degree xde, awal2 masuk degree lagi aku dah tnya semua bnda ni.
Kepada yang nk tolong suruh pm no akaun tu, terima kasih, xpe laa cukup lah dengan hutang yang aku ada, bukan tolak rezeki, cuma takut x mampu nk balas, lepas confess kat sini hari tu ada kawan wassap kata nk byr balik duit aq yang aku tolong dia masa dia xde duit study dulu,..alhamdulillah Allah dengar dhuha aku..sbb kawan aku tu bkn jnis layan iium confession ni.
Kepada yang komen kenapa x mintak terus kat mak ayah, kenapa nk pinjam2 kat org. Aku bukan jenis anak yg meminta minta, aku mmg jnis sgt malu nk minta duit kat mak ayah, biasa kalau aku xde duit sgt2 aku akan wassap kakak aku suruh dia yang ckp kan kat mak aku yang aku x de duit n nk minta duit sikit untk belanja, kalau mak aku yg call tanya, mmg aku akan ckp ada duit lagi walaupun tinggal rm10 je dlm dompet, aku rapat dgn mak aku, bila mak kau call kau ckp dia x cukup duit, sampai hati ke kau nk mintak lagi, melainkan kau anak yang xde hati perut x kisah dngar mak ayah susah.
Kebelakangan ni mak ayah aku susah sikit sbb tu duit x cukup, sebelum ni alhamdulillah lepas buat bayar yuran, dan duit bulan2 aku survive dengan hasil jadi dropship dan duit belanja dia org bagi sikit.
Bukan x pernah kerja, pernah dah, cuma masa tu pointer aku jatuh teruk, aku xnk risikokn masa dpn aku, aku satu2 harapan family, jadi aku decide untk berhenti kerja dan fokus study, cuma skrg buat dropship sikit buat tampung hidup.
Please jangan salahkan mak bapak aku sbb dia org cuma nk yang terbaik untk anak dia org, dulu aku mmg nk pinjam ptptn tapi dia org yakin dia org boleh support aku, cuma skrg je sesak sikit, doakan kami murah rezeki. Kalau lahh aku rasa ptptn tu jijik mmg x laa masa diploma dulu nk pinjam, sbb dah pinjam dulu laa mak ayah aku tak bagi pinjam dah.
Ade hikmah jugak aku x pinjam ptptn, first aku xde hutang untk degree, kedua aku lebih belajar bersyukur dgn rezeki Allah bagi dan yang ketiga aku lebih berjimat cermat daripada ada ptptn dulu.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia mmg prihatin, cuma sikit je nak pesan, tgk keliling kita dulu, tnya adik beradik yg masih belajar atau anak buah yg tgh belajar dia mkn x, cukup duit x, sbb dia org pn salah satu pintu sedekah untk kita boleh hulur sbb dia org pn jihad jugak. Pastinya ni akn jadi pengalaman yg aku x kan lupa sampai mati mcm mana susahnya nk hidup. Ok lahh, sampaj sini je. Terima kasih semua :)
– Izal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit