Assalamu’alaikum w.b.t semua. Aku Ana. Berumur 27 tahun. Perempuan chubby yang biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah masih ada mak ayah dan adik-beradik yang supportive. Kerja yang okay, kawan office yang baik dan sahabat baik yang sentiasa ada disisi.
Ada hobby tanam pokok, jalan-jalan dekat taman n beberapa hobby lain. So hidup aku hanyalah kerja, family, hobby and me time. Aku baru-baru ni berniat nak kahwin sebab aku rasa aku dah ready. Cuma calon sahaja yang tak ada lagi.
Aku try ringkaskan cerita aku, and nak mintak pendapat kalian esp akak-akak, abang-abang yang lebih berpengalaman,
Apa patut aku buat dan nasihat untuk aku yang mencari pasangan hidup ni. Mungkin tips untuk lebih bersedia dan cara self-love yang kalian praktikkan, bolehlah adik tiru. Hehe.
Pada hujung tahun lepas, aku berkenalan dengan seorang lelaki, mid-30 melalui media sosial.
Pada mulanya, aku tiada niat nak berkawan dengan lebih serius, namun selepas beberapa bulan berkawan, aku mula fikir yang mungkin aku boleh cuba untuk berkenalan dengan lebih serius.
Mostly, perbualan kami sangat simple tapi padat, tak bermesej sehingga lewat malam sebab masing-masing dah penat kerja siang tu. Ada lah masing-masing tanya berkenaan family masing-masing, share opinion, hobby, future etc.
Aku ni manusia yang serba kekurangan (tibeh, hahaha). Maksud aku, aku lack of confidence, yang selalu rasa yang aku tak layak memberi cinta dan menerima cinta. Aku sayang diri aku.
Aku pernah terlalu patah hati dan bekerja 7 hari seminggu, full time weekdays, part time weekend for 3 years (2017-2019). Aku jadi workaholic.
Masa mak aku jatuh sakit, aku masih lagi dengan kerja 7 hari seminggu tu ditambahkan dengan rutin bawa mak ke hospital dan menjaga mak di hospital (2019).
Hikmah pandemik, aku dapat relax sikit, wfh and mak Alhamdulillah bebas daripada sakit dia selepas almost a year fight dengan sakit dia tu.
Less hospital’s appoinment/ warded cuma checkup bulanan saja. Aku taknak cerita aku dibesarkan macam mana, cuma yang aku boleh cakap kurang kasih sayang. I don’t want to blame my parents.
Mak ayah aku busy kerja untuk kami jugak. 2020 tahun dimana aku banyak spend masa dengan mendengar/ join class untuk mencari diri sendiri, improvekan diri dan perbaiki aku punya lack of confidence tu.
Tak konfiden dengan penampilan aku, tak konfiden dengan badan aku, selalu rasa insecure. Ada masa aku boleh control dan ada masa aku tak boleh control.
Berbalik pada lelaki yang aku berkenalan online tu, aku namakan dia Bai. Bukan Baiya ya, dia melayu. Hahahaha.
Bai ni aku tak pernah jumpa and tak bercadang nak jumpa, dia pun tak pernah ajak. Cuma kami masing-masing tahu kami tinggal dimana.
Aku ni pulak bila dah selesa kawan dengan Bai, aku kalau beli makanan sedap sikit, aku hantar kat dia jugak. Suka nak share dengan dia. Bai okay saja and kadang-kadang dia pun share apa-apa yang dia bake/ masak dekat aku.
Aku tak tau pun Bai tu cemana rupanya, ada jugak aku selidik sikit-sikit, adalah muka sipi-sipi dekat fb, ig gambar hobby dia, gambar travel. Bila siasat tu, apa yang dia cerita tu legit.
Dia kata dia introvert. Aku pulak takde konfiden pun nak tunjukkan diri aku dekat dia, so aku okay saja kitaorang berkawan macam ni. Text only.
Fast forward, ada satu ayat tu Bai cakap dekat aku yang aku ni, wayyyyyyy too muda untuk dia. Triggered aku disitu ya.
Aku macam, muda sangat ke? Aku tak rasaa pun dia tu wayyyyyy too old. Abang aku sebaya dia pun perangai macam budak-budak (kadang-kadang bila bergurau adik-beradik), so aku tak rasa pun abang aku tu tua.
Tapi of course aku hormat dia. Bila Bai cakap macam tu, aku cakap yang aku suka berkawan dengan dia. Dia punya seronok aku cakap camtu sampai siap orderkan fav food aku.
Aku slowly cuba cucuk line sebab aku dah fikir dalam-dalam aku nak try serius dengan Bai. Despite aku tak kenal dia sangat, aku nak bgtau niat aku and kita tengoklah cemana nanti.
Beberapa ketika aku amik masa nak berterus terang niat aku, sekali Bai hilang. Puff hilang sebalik asap mcm dlm Harry Potter. Sampai harini tak muncul-muncul. Bai tak cakap apa-apa langsung yang dia nak hilang.
Aku pun mula overthink yang dia nampak physical aku yang tak berapa menarik ni masa aku drop something dekat guard rumah dia, hilang minat nak kawan dengan aku.
Tak mustahil jugak yang Bai dah ada partner and dia saja saja isi masa lapang, aku dah siasat benda ni.
Benda boleh saja aku terlepas pandang kan. So bermacam-macam kemungkinan aku fikir tapi sikit pun tak nampak garisan masalah kenapa Bai hilang atau garisan penyelesaian kepada kehilangan Bai ni.
Lama jugaklah aku tunggu Bai munculkan diri. Hampanya sebab aku hilang kawan berborak. Tu yang sampai hantar confession ni.
Akhirnya, aku pujuk diri yang Bai bukanlah yang terbaik untukku taaruf. uhuk. Tapi aku perempuan, Perempuan mana boleh kena tinggal tanpa diberitahu. Nak pecah kepala fikir.
Bila rasa nak mengamuk fikirkan dia menghilang ni, aku pun beristighfar banyak-banyak, husnudzon. Mana tau something happens and he can’t control. I conclude that Bai mungkin pengalaman saja untuk aku lalui dalam mencari pasangan hidup ni.
Aku tidaklah mencari Bai. In fact sekarang aku tak buat apa-apa. Tertanya-tanya jugaklah apa reason Bai. Dia hilang in the middle of our conversation. Curious aku. Aku join banyak kelas, slowly try ikut saranan kelas tu, Insha Allah aku cuba perbaiki mana yang patut.
Plus, if ada yang sudi bagi pendapat, pandangan apa patut aku buat, macam mana nak more self-love, naikkan konfiden level aku and nak moveon dari Bai, aku terima dengan hati terbuka.
Aku suka baca komen-komen orang share how and what they do if something happens in their life. Macam eye opener untuk aku.
Maaflah kalau kalian rasa, ‘benda simple pun nak tanya ke?’ Sememangnya aku buntu. Kalau kalian ada pendapat, sharelah dengan aku, apa yang patut aku buat. Maaf jugak kalau cerita caca marba. Aku dahulukan dengan terima kasih and take care semua.
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit