Tak Ada Perasaan Pada Suami

Hi. Assalamualaikum pada semua pembaca IIUM Confession. Aku harap sangat admin boleh luluskan confession ni sebab aku betul-betul perlukan pandangan semua apa yang dah jadi dengan aku sebenarnya.

Seperti yang semua tahu pada tajuk, aku akan mulakan dengan pengenalan diri aku seba sedikit. Aku Exora, umur akhir 20an dan sudah berkahwin belum sampai setahun. Lagi sebulan baru cukup setahun.

Serba ringkas yang aku ceritakan, aku berkenalan dengan suami (aku namakan sebagai Kumbang) satu tempat kerja dan aku berkenan dengan sifatnya yang rajin bekerja,

Dia agak jarang berkomunikasi dengan perempuan (antara faktor utama aku tersuka padanya), agamanya okay, dan baik orangnya.

Kumbang tua dua tahun dari aku dan masih dalam 20an. Ada pengalaman bercinta yang lama dan terputus gara-gara orang tua.

Bermula apabila aku yang mulai sukakan dia dan dia akhirnya melamar aku untuk jadi isterinya.

Sepanjang ‘berkawan’ dengan Kumbang, dia jarang sekali menunjukkan sifat kemesraan padaku, katanya biar semuanya bermula selepas nikah nanti.

Dia seorang yang dry text dimana dia akan menghubungi aku sekadar mengucapkan selamat pagi, hati hati ketempat kerja, memberi tahu dia akan keluar break dan pulang dari tempat kerja, selamat sampai kerumah dan selamat malam. Itu sahaja.

Dia kurang untuk telefon dan kurang bercakap dengan aku, dan kurang tanya apakah hari aku okay dan ada apa apa yang aku perlu ceritakan pada dia.

Aku pun tak pasti kenapa aku masih memilih untuk meneruskan hubungan sampai ke tahap pertunangan sedangkan aku dah tahu dia orangnya begini.

Mungkin menganggap Kumbang ialah jodohku dan husnuzon dia akan layan aku dengan baik apabila berkahwin kelak.

Long short story, aku selamat bernikah dengan Kumbang.

Ya dia seorang yang baik, melayanku lebih baik dari sebelum bernikah, dia seorang yang bertanggungjawab terhadap aku, ahli keluarganya, ibu bapanya dan baik dengan ahli keluargaku.

Ibu bapa aku jugak sukakan Kumbang. Dia memberi aku nafkah kalau ada lebihan gajinya,

Tapi aku tak kesah sebab dia yang membayar hampir kesemua biaya rumah, barang2 rumah, sewa bulanan dan deposit rumah, barang dan isi rumah, kalau makan dikedai juga dia yang bayar semuanya.

Bagi aku tiada yang tak kena dengan nya. Dia jugak sering mengucapkan sayang pada aku, terima kasih atas apa yang aku buat, dan juga memujukku bila aku merajuk dan marah2.

Cuma, bila aku cuba untuk bermanja atau sweet seperti pasangan lain, dia seperti dia suka dan tak mahu aku terikut dengan trend.

Dia juga tiada rasa cemburu pada aku apabila aku sengaja menceritakan padanya tentang kawan2 lelaki yang aku ada. Reaksinya seperti biasa. Endah tak endah.

Pasal dry text, dia masih sama seperti dulu hingga membuatkan aku rasa seperti kalau dia text aku pun aku tak rasa seperti nak buka pun text tersebut.

Kadang berhari hari aku tak buka. Balas sekadar emoji atau okay sahaja. Aku sudah tak nampak keperluan untuk kami text lagi.

Disebabkan tiada rasa spark dalam hubungan kami, membuatkan aku rasa semakin lama perasaan aku semakin kosong. Aku jadi tertanya-tanya tentang pengakhiran hubungan kami.

Aku semakin memikirkan perpisahan saban hari kerana aku fikir kami belum cukup setahun pun dah hambar teruk, macam mana nak teruskan selama bertahun tahun.

Kalau hari yang dia layan aku dengan baik, aku niatkan dalam hati, “Ya Allah jadikan kami suami isteri sampai kesyurga, jadikan dia satu satunya suamiku” dan lain lain doa.

Sekarang ni pun aku rasa nak nangis memikirkan masalah ini. Masalahnya bukan berpunca dari dia, tapi aku sendiri.

Aku yang tidak tahu bersyukur atau bagaimana? Dia suami yang baik, tapi cukupkah setakat itu?

Aku selalu takut apabila terbaca atau dengar ceramah tentang isteri yang derhaka pada suaminya, isteri yang selalu memarahi suami, isteri yang berkata buruk tentang suami, dan semua lah.

Aku sangat takut dengan balasan Tuhan pada aku sebab aku sangat2 jahat dan jahil.

Aku buntu sangat-sangat, apa kena dengan aku, apa kena dengan hubungan kami, apa yang patut aku improve untuk bahagiakan rumahtangga ni?

Aku sangat2 baru dalam rumahtangga dan aku perlukan sangat2 nasihat dari semua.

Terima kasih semua dan tolong jangan kecam atau suruh suami menikah lain sebab saya mahukan penambahbaikan dalam hubungan ini dan bukan mengeruhkan.

Anggap lah saya seorang adik kalian yang minta pandangan dari kakak dan abang saya.

– Exora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *