Aku kahwin dengan bini aku, tahun ni masuk tahun ke 4. Sebelum ni kami bercinta 5 tahun. Masa awal2 aku dah cakap dengan dia, first 1 years aku tak mau anak.
Sebab aku nak enjoy2 dulu dengan dia. Nak bercuti, nak we time. Sebab nanti ada anak keadaan dah tak sama. Sebab masa aku umur 17 tahun, aku dapat adik. So beza umur yang banyak menyebabkan aku yang mengasuh adik aku tu dan aku faham ragam budak.
Aku tau macam mana penatnya jaga budak kecik sebab mak aku 100% serah kat aku untuk jaga. Masa aku pi sekolah, tok aku jaga. Balik sekolah sampai malam aku yang jaga.
Adik aku tido dengan aku. Susu pampers, malam2 aku yang bangun urus. Dia pun tak mau dengan orang lain, nak dengan aku ja.
Even dengan mak ayah aku pun dia tak mau. Pantang nampak aku, mesti nak aku ambik dia. Kalau pi tandas, dia melalak macam apa ja kalau aku tingai sat. Nak aku depan mata dia selalu.
Tu belum lagi ragam dia bila keluar jalan, keluar pi kenduri, budak2 kan ada peel dia, tambah2 adik aku ni banyak ragam. So nak stay lama satu2 tempat tu memang susah dengan mood dia yang selalu bad mood bila jumpa orang ramai2. Sekarang dah besar ni ok dah.
Jadi wife aku pun setuju setelah aku explain baik2, keadaan bila ada anak nanti. Sebab kami tak tau anak kami nanti ragam macam mana.
Tapi kerap kali juga dia tanya apa reason aku tak nak anak, seolah2 dia tak boleh terima alasan tu. Tapi lepas tu dia macam ok ja walaupun kadang2 dia macam suka pertikai pasal tu selepas kami bersama.
Kami memang enjoy moment kami tanpa anak tu sebab, kami ada banyak hobi dan persamaan yang serasi, so masa kami memang betul2 terisi. Dia pun selalu nampak happy dengan aktiviti kami walaupun dalam hati dia, aku tak tau dia fikir apa.
Aku tau dia suka budak, aku pun sama. Tapi cara dia macam nak sangat2 baby lepas 7 bulan kami kahwin menyebabkan aku dah tak rancang apa2.
Kami berbincang, dan aku tanya dia memang betul2 sedia nak anak ka. Dia kata tak pasti, cuma seronok tengok orang ada anak.
Dia kata dia happy ja dengan aku tanpa anak bebas semua benda, tapi kadang2 dia rasa nak baby. So aku decide ok la, aku nak penuhi kehendak dia.
Tapi nak masuk 2 tahun perkahwinan kami, dia masih tak mengandung, menyebabkan kami ada chek kesuburan kat klinik. Kami dua2 normal ja, tak dak apa2 masalah pun.
Tapi lepas tu sampai sekarang dia asyik salahkan aku ja. Katanya sebab aku merancang la tuhan dah tak bagi rezeki anak. Semua ni salah aku katanya.
Aku betul2 buntu la. Salahkah aku rasa nak spend masa dengan dia sebelum ada anak? Aku sayang gila kot kat dia, aku tak mau dia rasa susah dan nak dia enjoy hidup dia sebelum datangnya anak. Tu ja niat aku.
Dah dia sendiri pun kadang2 macam baby ja manja dia, nak perhatian aku selalu. So aku fikir dia boleh terima ka bila ada anak dan perhatian aku dah kena bahagi dengan anak.
Sebab kadang2 time bergurau, dia cakap dia tak boleh kongsi aku dengan sapa2 termasuk anak, katanya dia akan cemburu.
Aku tak pasti dia serius atau tak dengan kata2 dia, tapi aku anggap tu serius sebab aku kenal perangai dia macam mana.
Sebab tu aku nekad nak bagi perhatian cukup2 untuk dia sebelum ada anak. Sebab aku rasa dia sendiri tak sedia untuk jadi mak buat masa sekarang sebab dia kurang matang dan masih kebudak2kan sikit sikap dia.
Sebabnya dia anak bongsu semua benda orang ja urus untuk dia dari dia kecik sampai besar. Sampai sekarang dah kahwin pun aku yang uruskan dia.
Dia nak pegang baby pun dia sangat2 takut, aku terfikir macam mana dia nak pegang anak. Aku penah usik pasal ni, tapi dia cakap, anak 100% aku yang jaga. Dia tolong beranakkan ja.
Sebab dia kata pengalaman aku jaga baby kalah mak2 original. Tapi aku tak kisah semua tu, sebab tau dah memang aku kena handle dua baby pulak lepas tu.
Cuma aku tak nak dia rasa terpencil atau terabai bila ada anak nanti. Sebab tu kami rancang, dan dia setuju ja walaupun kadang2 dia nampak keliru.
Tapi sekarang ni dia tak habis2 salahkan aku ja la. Memang semua ni memang salah aku ka? Aku dah cuba macam2 style, macam2 teknik, macam2 benda.. Semua benda tok nenek aku makan, doa tak henti2 kat tuhan siang malam pagi petang.
Segala ustaz, segala orang, macam2 klinik yang famous tak famous semua kami jumpa nak bagi ada rezeki anak, tapi belum lagi tuhan bagi.
Aku faham emosi dia, tekanan dia. Setiap kali lepas kami sembahyang jemaah, lepas aku berdoa untuk kesejahteraan kami dan diberi rezeki anak, aku mesti cium tangan dia dan mintak maaf kat dia sebab andai disebabkan aku kami belum ada anak, aku mintak dia maafkan aku.
Mula2 dulu dia cakap tak pe walaupun muka dia nampak sedih, tapi sekarang2 ni, dia banyak diam ja tak cakap apa2 dah cuma bagi senyuman yang hambar.
Tapi aku pun ada emosi dan perasaan jugak. Aku selalu terfikir memang ni semua salah aku ka? Aku selalu pujuk dia tenangkan dia, tapi dia tak pernah pun sekali fikir pasal emosi aku.
Sekarang benda tak de kaitan pun dia akan salahkan aku. Kucing jiran berak depan rumah kami pun dia kata tu salah aku. Ada ja dia nak salahkan aku apa2.
Mujurlah family kami dua2 belah faham dan selalu bagi nasihat dan semangat. Kalau tak lagi besar tekanan kami kalau orang asyik tanya ja bila nak ada anak.
Syukur juga sepupu dia seorang, doktor psychatri. So kadang2 kami ada pergi kaunseling jugak atas nasihat mak dia.
Tapi aku sekarang ni risau aku hilang wife aku, sebab dia sekarang dah macam dingin sikit dengan aku. Kemesraan macam dulu dah tak dak sangat, walaupun aku sentiasa cuba hangatkan balik keadaan, tapi benda tu mesti tak kekal lama.
Mood dia akan ok sehari dua, lepas tu mesti jadi panas ja dengan aku. Aku dah jumpa ustaz dah jumpa doktor, dan bincang dengan both family pun, kot2 emosi dia berubah sebab mengandung atau terkena ganguan apa2.
Tapi semua tu tak. Dia normal ja, cuma dia macam ada benteng dah dalam hati dia yang dia tak mengandung sebab awal2 aku dah merancang. Bagi dia semua ni salah aku.
Aku dah tak tau nak buat apa lagi dah. Dah tak tau nak betulkan macam mana lagi dah. Tolong la bagi cadangan atau apa2 ja la. Sebab makin hari aku pun makin kemurungan. Selama mana aku ja nak pura2 kuat.
Rumah dah sunyi tanpa gelak tawa dia, dan dia pun sekarang kerap balik kerja lambat. Katanya nak tenang2kan diri sebelum balik jumpa aku. Cara dia cakap tu macam dia dah benci aku ja.
Dia macam dah berubah banyak sekarang ni. Ajak gurau ke apa ke, memang dingin ja la dia, jarang ada respon. Ajak bercuti pun dia kerap tolak dan menolak untuk bersama sebab katanya benda tu tak bawak hasil pun.
Tapi lepas aku pujuk2, aku kata kita tak boleh putus asa, kena sentiasa iktiar then dia akan bagi jugak la walaupun aku dapat rasa dia tak ikhlas pun layan aku.
Dan yang paling sedih, semalam aku wasap dia. Mula2 aku ajak dia pi makan, tapi dia kata tak mau, sebab banyak kerja kat ofis.
Sebelum2 ni kalau nak jumpa aku, kerja meeting sepenting mana pun dia akan tingal untuk aku, tapi sekarang, macam aku dah tak penting ja untuk dia.
Tapi tah kat mana datang keberanian aku, aku tanya dia, sayang dah tak sayang abang ke, sebab cara sayang macam dah tawar hati dengan abang ja. Sebelum ni selalu ada persoalan tu, tapi aku tak berani tanya sebab takut dengan jawapan dia, takut aku sendiri yang kecewa.
Tapi dia bagi blue tick lama gila, lepas tu dia jawab dia pun tak pasti. Hancur betul hati aku dengan jawapan tu. Sebab aku betul2 harap dia balas dia masih sayang aku.
Sekarang aku rasa aku seolah2 macam bakal hilang dia. Ketakutan aku makin menjadi2 sekarang ni. Aku sayang sangat kat dia, tak sangup hilang dia.
Kami ada gaduh sikit lepas dia jawab macam tu. Aku kata kalau aku tau macam ni sekali jadi, aku pun tak kan rancang apa2. Aku lepas ja kat dalam setiap masa.
Tapi dia tetap kata benda tu salah aku. Dan benda dah lepas tak boleh ubah dah, dan dia sangat yakin kami tak kan ada anak sebab niat aku awal2 dulu dah macam tu. Dia kata ni kifarah dari Allah sebab aku sibuk2 nak merancang pasal anak sedangkan tu kerja Tuhan.
Aku balas balik, kalau awal2 dia tak setuju kenapa tak terus terang ja, sedangkan benda ni persetujuan bersama. Tapi dia kata awal2 aku banyak kelirukan dia. Cakap nanti ada anak susah nak berjalan, tak de we time dan sebagainya.
Aku pujuk dia macam2, cakap orang lain lagi lama tak de rezeki mengandung, lepas 10 tahun dapat anak pun ada.
Tapi dia kata lepas 10 tahun dia dah pangkat nenek dah, bukan pangkat ibu. Aduh, iktifar aku dalam hati, ada ja dia nak balas apa2. Aku sendiri dah tak tau dia nak apa sebenarnya dari aku.
Family dia pun ada pujuk dia jugak, cakap ni ketentuan Allah, kita kena terima. Mungkin belum rezeki, ada kebaikan dan macam2 lagi la. Tapi tak tau kenapa, bila bapak dia cakap macam tu, dia jeling kat aku pulak.
Sekarang hubungan kami ibarat telur dihujung tanduk. Aku tak boleh fikir dah kedepan ni apa nak jadi. Aku betul2 rasa nak gila ja. Ni dia siap2 nak pergi langkawi dengan sepupu dia. Katanya nak tenangkan hati dan emosi.
Entah kenapa aku dapat rasa, balik ni, dia macam nak mintak cerai ja dengan aku. Allah aku betul2 tak kuat la.
Aku berdoa sangat2 balik2 dia bagitau aku nak jadi bapak bukannya nak berpisah dengan aku. Beratnya perjalanan hidup aku sekarang ni. Tolonglah doakan kami. Terima kasih.
– Upin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit