Tak Adil

Assalamualaikum, hi guys.

Dah lama aku pendam. Dah lama aku simpan. Kadang aku menangis sendiri. Sebab aku rasa org takkan faham dan aku malu. Pernah aku nak buat entry tapi tak mampu. Hidup aku sederhana alhamdulillah. Serba serbi cukup. Aku ada ayah mama kakak adik. Lengkap!

Tapi di sebalik LENGKAPnya itu hanya Tuhan yang tahu . Tujuan aku share cerita bukan nak burukkan sesiapa tapi hati aku dah tak mampu nak simpan sorang dan aku harap org yang baca entry ni jadikan cerita aku satu pengajaran. Semoga dengan luahan ni aku rasa lebih lega. Ini kali pertama aku share masalah aku dengan strangers even kawan rapat sendiri pun taktahu.

Ayah aku dulunya bekerja kerajaan dan mempunyai gaji tetap. Waktu aku kecil aku tak faham apa-apa. Apa itu wang, belanja and apa-apa yang berkaitan duit. Aku tak faham. Lebih-lebih lagi waktu tu hidup kami lebih senang. Yang akku tahu duit tu ada. Nak apa dapat. Sebab ayah aku ada gaji tetap. One day, ayah aku berhenti or pencen awal (i dont know) tapi bukan diberhentikan and waktu ni kitaorang kecil lagi. Kami pindah. Takde masalah sangat pun time ni. Sebab my family on father’s side ada small company. So he join that company. TAPI semua pun faham kan small company yang takde backup money (so this small company really really ada masalah dengan gaji pekerja) , pekerja ganti ganti and so on.

My mother pula, aku rasa dia lah wanita yang paling ‘kuat’ in the meaning on her sacrifice and everything. Aku beruntung. Pendapatan mak aku besar. Cukup dan terlebih cukup kalau nak tampung hidup yang sederhana ni. Alhamdulillah and dia adalah role model aku dalam senyap. haha

My siblings, aku bukan nak tunjuk bagus or what else. Tapi selalunya masalah mak aku dengan ayah aku mostly mak aku cerita pada aku. Kakak aku lebih kebudak-budakkan and sometimes dia suka memperbesarkan masalah yg kecil sampai benda tu macam jadi beban. Adik aku dia more to friends and study. Kalau kerja rumah ke masak ke dengar masalah mak ITS ME. Antara kami, aku juga lah yang paling selalu kena tampar dan gaduh dengan ayah aku. Memandangkan dia dan aku ada sikit panas baran dan juga dia nak selalu betul. Yang berani nak argue dengan dia juga adalah aku. Tu selalu kena tampar tu. Kadang aku rasa nak give up weh. Semua atas bahu aku (masalah cinta aku lagi) haha. Kakak adik aku bukan kecik lagi. We are all 20+ not more than 25. Oh yes, fortunately kami adik beradik tgh settlekan our degree.

So in general, korang akan nampak family aku takde masalah pun. apa halnya kan ? haha tapi guys. Seriously and like seriously that small company yg aku cerita tadi. sampai sekarang ada masalah gaji. SAMPAI SEKARANG. Aku tak salahkan that little tiny small company. Aku salahkan ayah aku. Ye salah dia but not 100% but still yes salah dia. Derhakanya aku? Wear my shoes, Be in my situation, Duduk sama aku, Pikul sama beban. Dia bukanlah satu beban yang macam aku kena tanggung satu family. you know what i mean ? dia macam beban jiwa beban hati like that. Tapi guys aku sayang ayah aku macam nak mati. *swipe tears.

And sekarang macam kadang okay kadang tak. Kadang company tu bagi gaji kadang tak.

Kenapa tak berhenti cari kerja lain? you guess my fathers age …… huhu (takdelah tua sangat +-55) and you takkan rasa org seumur itu akan haunting for a good place and job memandangkan kami adik beradik dah nak habis belajar.

Kadang aku tertanya-tanya dan aku pernah rasa Tuhan tu tak adil. Tapi, tak adil ke Tuhan kalau usaha kau sikit ? tak adil ke Tuhan bagi apa yg setimpal ? Tak adil ?

Mostly perbelanjaan rumah is on my mother. Aku tak tahulah nak nangis ke nak meraung ke. Sampai satu tahap bila kawan kawan aku cerita ‘oh, ayah aku yang bagi duit’ ‘oh, nak call ayah mintak duit nak beli itu ini’ ‘takutla nak mintak ayah duit nanti kena marah’ aku rasa macam ‘uhhh bestnya mintak duit dekat org yang sepatutnya kita mintak’ haha. In this time, bukan aku nak cakap ayah aku tak spend on us langsung. Spend, but in minimum dan secara maximumnya on my mother.

Guys, aku tak tahu lah. Ini persepsi aku lah. Sepatutnya lelaki yang kena maximum bila spend on family. MAXIMUM. Please take note. Benda-benda sampingan, bila dah berkeluarga bila dah ada tanggungjawab kau kena fikir lah tengok mana dulu yang penting. Kalau ada lebih tak salah. Kalau takde lebih tu yang jadi masalah. Aku tak cakap salah kalau isteri tolong suami, in meaning perempuan tolong lelaki. Tak salah dan takde masalah. In Islam pun tak larang Isteri tolong suami (apa yang perlu) bila suami susah. Tapi berpada la. Okay la, let say kau(lelaki) memang dah tak mampu nak meMAXIMUM kan perbelanjaan memang dah takde apa yang kau boleh buat. Sebenarnya ada. Benda paling senang kau boleh buat jagalah hati and spend wisely dengan keinginan lah. Faham tak? Ni penting, sangat sangat penting. Ibarat kau tak mampu buat itu, buatlah ini. Org tua kata jangan duk langut je lepastu tak suka itu ini express teruk teruk. Like something tu shit gila sedangkan YOU ARE THE ONE BEING THAT SHIT.

And this is my 2cents/2dolars/2million for woman. Sebab aku tengok perempuan zaman sekarang. Dia mampu serba serbi. Takdelah semampu lelaki. Tapi azam perempuan ni kalah lelaki. What my advise is, jangan tunjuk diri tu mampu walaupun mampu. Get what i mean ? Okay ni contoh ye. Aku kalau keluar dengan tunang aku pergi makan, kami bayar sekali. Sebab apa bayar sekali ? sebab aku belum tanggunjgawab dia lagi and biasa perempuan ni nak lelaki je belanja kan (jangan tipu, rasa macam dunia ni kita punya bila makan sedap tapi tak keluar duit). Tapi, my style is memang kami bayar sekali, tapi dia (lelaki) lebih . Contoh kalau makan rm40, aku rm15 dia selebihnya. Faham tak? Tujuan pertama aku, kalau takde jodoh takdelah dia rasa rugi sangat kan hahah rugi tu adalah tapi sikit sebab dia tak spend banyak on me. Tujuan kedua aku adalah dia kena tahu dalam belanja bila dah kahwin dia(lelaki) kena lebih (kira macam latih la). Tolong lah and tolong lah sangat sangat janganlah perempuan ni tunjuk mampu sangat dan janganlah tunjuk lemah sangat. And sometimes beli barang, boleh je aku angkat sendiri, tapi aku buat macam jari nak terpatah la, nak terbengkok la, kebas la. Kena marah sikit aku paksa air mata aku keluar. Like hell no nak marah-marah dan pelbagai lagi drama i buat. Supposed to be dalam hati rasa nak cekik dia sampai mati. haha see? aku mampu je tak nangis, mampu je bayar makan sendiri, mampu je angkat barang sendiri. Tapi aku tak tunjuk.

In this entry, aku tak cakap tanggungjawab lelaki hanya dan perlu bagi belanja. 100% tak. Attention as well, kasih sayang and apa apa lagi nilai-nilai murni in family yang korang rasa baik. Tak salah pun kalau perempuan bantu apa yang kurang. Tapi kena faham siapa yang kena MAXIMUM dan siapa yg kena MINIMUM. Dalam isu belanja in meaning nafkah, jangan buat main. Pada aku, berkatnya sebuah family and murahnya rezeki family tu based on perbelanjaan suami kepada isteri dan anak-anak dia. Peratusan cerai meningkat pun most of them sebab DUIT (belanja). Dalam isu belanja, perempuan kena tegas dan taklah tak boleh kena sentuh duit perempuan tu langsung. Aku tahu sebab aku pernah intern dekat Syariah court and jumpa macam-macam kes. Kau rasa manusia tak boleh gila ke sebab duit?

Thats all . Lega, Alhamdulillah ;’)

– laila

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit