Tak Adil II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tak-adil-2/).

Assalamualaikum warahmatullah. Aku dah baca komen-komen yang diberikan semasa confession pertama aku,

Bagi yang komen baik-baik, terima kasih banyak. Untuk pengetahuan korang, aku tak pernah teringin pun nak ambik duit yang abang aku bagi. Sebab nya aku juga seorang yang bekerjaya.

Mak ayah aku sendiri tak pernah mintak duit dari anak-anak.. Sebabnya ayah aku sendiri ada pencen. Semua lengkap. Tak perlukan duit pun. Yang mak aku nak cuma dekat dengan anak2 dan cucu2.

Mak aku sekarang cuma ada 2 orang cucu je. Tapi 2 orang cucu dia tu, dia tak dapat nak bermanja dengan cucu2 dia.

Bagi yang cakap aku menyibuk hal rumah tangga abang aku, aku tak menyibuk pun. Aku cuma kesiankan mak ayah aku. Kesiankan abang aku. Dalam situasi abang aku, sebelah kanan mak ayah, sebelah kiri isteri.

Dua2 tu adalah orang yang dia sayang. Setiap bulan abang aku bagi duit dengan mak ayah aku, mak ayah aku satu sen pun tak sentuh. Mak aku siap simpan untuk cucu2 dia iaitu anak2 abang aku.

Bagi yang cakap aku tak kahwin lagi, jangan sibuk hal rumah tangga abang aku.  Ye.. Memang aku belum kahwin lagi.

Untuk pengetahuan korang, bukan abang Am aku saja yang takut untuk kahwin, aku sendiri takut untuk kahwin. Takut akan terjadi perkara yang sama macam abang aku.

Abang aku masa mula2 kenal dengan kakak ipar n ajak kakak ipar jumpa kita orang, kenalkan dengan kita orang, memang tak dinafikan kakak ipar aku baik.

Orang kata zaman bercinta, semua indah2. Setiap keburukan kita diterima dengan hati terbuka.

Kita akan tahu perangai sebenarnya selepas kahwin dengan dia. Dalam situasi ni aku tak salahkan kakak ipar aku. Aku cuma taknak kakak ipar aku terlalu ikutkan kata2 keluarga dia.

Macam yang aku cerita di confession yang lepas. Setiap apa yang abang aku buat, semua salah di mata keluarga kakak ipar aku. Dieorang saja betul dan dieorang saja bagus. Sampaikan pemilihan sekolah anak abang aku, keluarga kakak ipar yang tentukan.

Pernah abang aku dan kakak ipar bergaduh disebabkan nak hantar anak buah aku dekat sekolah mana.

Abang aku lebih senang nak hantar anak dia ke sekolah kerajaan tapi kakak ipar aku tak nak. Sebab family dia nak anak buah aku sekolah di sekolah private. Last2 kakak ipar aku menang sebab ayah dan mak dia masuk campur.

Ye. Kita orang memang pernah berbincang. Aku jumpa kakak ipar aku. Aku tanya dia kot2 dia ada terasa hati ke apa. Tapi yang kakak ipar aku cuma bagi jawapan, dia cakap dia tak ada masalah pape.

Sebab sepanjang dia jadi kakak ipar aku, aku dan family tak pernah terguriskan hati dia. Sebabnya selepas abang aku kahwin, memang abang aku jarang balik bermalam di rumah mak ayah aku.

Untuk pengetahuan korang, rumah mak ayah aku selalu di datangi oleh saudara mara. Tak kira yang dekat ataupun jauh.

Dan aku tahu kakak ipar aku pun tak suka nak bergaul dengan saudara mara kita orang. Itu pun disebabkan dia pernah cakap dia rimas sebab rumah kita orang ni selalu jadi tumpuan untuk berkumpul family belah ayah aku.

Saudara mara aku kebanyakkan tinggal di kampung. Ada kebun sendiri, ada yang tangkap ikan,setiap kali datang rumah kita orang memang dieorang bagi buah tangan dari kampung.

Korang pun tahu kan style orang kampung macam mana. Disebabkan tulah kakak ipar aku tak suka. Sebab kakak ipar aku orang bandar, orang berada, tak pernah rasa susah.

Takkan la kita orang nak halau kalau ada saudara mara datang untuk puaskan hati kakak ipar aku?

Seperti yang aku cakap sebelum ni, aku, mak ayah, kakak, abang Am terima kakak ipar dengan hati yang ikhlas. Tak boleh ke kakak ipar aku cuba terima kita orang seadanya?

Kita orang tak pernah pun nak marah, nak hasut abang aku untuk ceraikan kakak ipar aku. Korang tak pernah berada dalam situasi mak aku.

Yang terlalu rindukan cucu dia, anak sulung dia. Memang kakak ipar aku anggap kita orang, orang asing.

Kalau dirumah kita orang dia bertudung, dalam bilik saja tak bertudung. Tapi kalau di rumah mak ayah dia, yang ada abang ipar lelaki dan adik ipar lelaki, dia bukak tudung.

Memang dengan ayah aku, kakak ipar aku kena jaga aurat ke? Dah tu dengan abang ipar n adik ipar lelaki dia,  dia boleh tayang aurat sesuka hati??

Kalau korang nak tunggu confession kakak ipar aku, dipersilakan.. Aku akan share confession aku yang lepas. Jangan kata korang, aku sendiri pun nak dengar apa yang dia rasa atau nak luah.

Sebab selama ini kita orang tak pernah langsung nak buat dia marah atau buat dia terguris. Yang kita orang sefamily ni adalah terguris dengan sikap kakak ipar aku.

Satu lagi aku nak cakap, gaji abang aku memang banyak. 10 ribu lebih gaji dia. Memang abang aku tak ada masalah kewangan. Sebab abang aku ada rumah satu lagi untuk disewakan dan abang aku pun buat bisnes kereta sewa di uitm.

Nafkah isteri, anak, memang dia bagi. Abang aku siap bersumpah lagi depan mak aku. Yang ni aku tahu sebab mak aku pernah bertanya dengan abang aku sendiri. Sebab mak aku tak nak abang aku berdosa dengan anak bini.

Minggu lepas aku meseg dalam group family. Aku cakap raya tahun ni kita kumpul semua di rumah mak. Memandangkan tahun ni turn kakak beraya di rumah, abang am dan aku ada, mak ayah ada,

Jadi aku bagitahu tahun ni aku harap abang aku dan family dia pun ada. Tup2 kakak ipar aku balas dan cakap tahun ini keluarga dia berkumpul semua juga.

Masalahnya setiap tahun keluarga dia berkumpul ramai2. Takkan la tahun ni tak boleh nak raya di rumah mak ayah aku dulu..

Bukan nya jauh rumah mak aku dan rumah mak ayah kakak ipar aku. Dalam 30 minit dah sampai. Lepas pada tu mak aku diamkan diri. Sebab dia dah baca meseg kakak ipar aku.

Mohon doakan yang membaca semoga mak aku kuat dan tak sedih sangat nak sambut ramadhan dan hari raya nanti. Terima kasih sudi baca confession dari aku ni, seketul Nami.

– Nami (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *