Assalamualaikum pembaca semua. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.
Saya berumur 32 saya merupakan seorang yang bergraduan dan pekerjaan saya adalah cleaner dan tukang kebun sekolah.
Saya ingin meluah pada tahun ini saya tak balik raya sejak 2020 lagi sebab saya tak suka suasana di kampung.
Kenapa saya tak suka? Setiap kali saya balik soalan yang suka di tanya kerja apa… Bagi saya itu adalah soalan yang tak berapa selesa.
Dulu zaman UPSR di tanya berapa A.
Zaman PMR tanya dapat berapa A.
Zaman SPM tanya lagi soalan sama..
Zaman STPM tanya lagi trial dapat berapa.
Lepas tu lepas STPM tanya lagi sambung belajar mana.
Bila kita tak dapat sambung dia bandingkan anak dia dapat sambung belajar.
Bila kita sambung belajar dia bandingkan pulak anak dia belajar di upsi. Maklum lah kita ni sambung uni cap ayam.
Bila dia tanya kita kerja apa dia bandingkan anak dia jadi cikgu lepas tu jamin masa depan… Last2 kita dapat tazkirah free pilih lah kerja yang jamin masa depan macam anak dia…
Dia tak tahu kita ni struggle mencari kerja tetap… Bergelen dah print dokumen hantar sana sini.. Beratus batu cari kerja seluruh malaysia… Tapi masih lagi tak dapat…
Mereka tak tahu bertahun kita isi permohonan tapi sangkut ujian online.
Saya bukan apa… Bila orang tanya dekat mak saya… Saya nampak air muka mak saya tu berubah.
Last² saya kena bebel dengan mak saya. Katanya saya dah malukan dia tak macam anak orang lain…
Sebab tu saya tekad saya tak nak balik kampung takut air muka mak saya jatuh lagi.
Saya tahu silap saya tak pandai macam orang lain. Walaupun saya belajar bagai nak gila tapi saya bodoh… Nak buat macam mana kan…
Saya grad pun lambat sebab saya sambung belajar lambat. Itu pun sebab saya repet stpm nak nya sambung belajar peringkat degree.
Kadang kena perli sepupu sepapat sebab kita tak pandai macam mereka… Mereka semua ada jadi pendidik, pegawai kerajaan, kerja Petronas, saya sahaja yang kerja kuli.
Ingin jadi pendidik tak layak sebab bukan lepasan ISMP.
Masa nak buat permohonan cos saya kena perli katanya kalau saya jadi pendidik nanti anak bangsa rosak..
Mereka lain sebab mereka lepasan ISMP lagi layak….
Selalu kena sound kesilapan saya memilih course…. Salah pilih course silap percaturan hidup pilih course yang susah dapat kerja
Kadang saya rasa sedih sangat. Seolah olah sia-sia saya sambung belajar.
Tapi tak apa… Untuk tahun ini tahun ke 5 saya tak balik raya…
Saya hanya nak jaga hati saya yang sekian lama kecewa kerana gagal dalam hidup.
Saya tak mintak gagal saya dah usaha tapi takdir saya gagal. Saya faham orang tak nak tengok kita usaha orang hanya nak tengok result kita.
Demi menjaga hati orang tua saya tak balik duduk di rantauan orang sambut raya dengan penuh sederhana…
Nasihat saya pada semua… Kalau orang beraya… Jangan lah tanya soalan macam tu.
Jangan lah tanya kerja apa, bila nak kahwin, dalam kelas nombor berapa, belajar mana, boleh berapa A, tolong lah… Kita tak ada hak untuk tanya…
Sekian dari saya… Doakan saya semoga saya boleh jadi pendidik…
Saya tahu saya tak layak tapi izinkan saya untuk terus berusaha doakan lah supaya saya dapat apa yang saya usaha…
– Teruna. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bro, u ada degree, patutnya bule la pilih kerja yg sesuai, walau pon status ‘contract’.. skrg ni bnyak je ofis krajaan yg offer jwtn “myStep”, atau pon ada bnyak “job carnival” esp. in KL yg ada offer kerja2 yg ‘walk-in’.. kdg2 tu jwtn yg kita sendiri (apatah lg org kmpong) x penah dengar pon, pdhal pekerja biasa je.. paling tidak, u cari member yg company dia perlukn org, atau ada kwn2 yg dpt offer gaji lbh baik, pdhal kerja yg dia nk tinggalkn tu ok2 je, u pergi jumpa bos dia utk jpin sessi interview ke, w/pon maybe ada calon2 yg lain, tp sbb u dah penah bersemuka dgn dia, mngkin dia ingat u.. lastly lps usaha suma tu, mintak la doa waktu mustajab – antara 2 khutbah jumaat, tgh mlm or waktu hujan, supaya makbul doa2 u utk dpt kerja lbh bagus, n bole blk raya next time.. (so sorry, tp disebabkn hal ni, u dah ‘miss’ bnyak ‘moments’ yg bermakna mse raya, esp. nk salam mk ayah, jumpa sedara mara, selain dapat mkn or dt raya suma tu, dah 5 thn tu bro, lagila diorang ‘mngata’ ko d blakang bla ko xde, n lagi la mk ko ‘sakit jiwa’, dahla ank x blk2..) Wallahua’lam
Salam mak ayah bukan time raya j huhu
Haah lh. Salam mak ayah time raya haji, hari merdeka, raya cina, dn hari pekerja pn boleh hmmm
Salam bro.. pm saya.. mungkin ada job boleh pass kat awak.
Kenapa situasi kita sama 😭😭😭
.
Cuma bezanya saya balik juga walaupun dalam hati hanya Allah tahu kena pikir taktik nak jawab
.
Kalaulah saua diberi kekuatan untuk buat yang sama….
Hurm tlg lah..tak perlu rasa down bila org tny mcm tu.asalkan rezeki yg kita cari ni dapat sari sumber yg halal.dan lg 1 tak semestinya makan gaji je sumber pendapatan,jom join bisnes patuh syariah, jana pendapatan dsri rumah je. Berniaga adelah 9/10 dari sumber rezeki,dan boleh cipta unlimited income..jom syufaha bantu utk ubah nasib hidup