Hi semua, terima kasih admin sudi siarkan kisah saya ini. Selepas terbaca kisah kakak offshore and Ani tu, saya tergerak hati untuk menulis tentang kisah saya pulak.
Saya bersyukur sebab Allah sedarkan saya awal sebelum terlambat. Cerita ini agak panjang.
Kisah ini berkisar tentang saya Bunga J dan ex saya Kumbang. Kami satu sekolah dulu. Dia minat saya waktu sekolah lagi tapi masa tu saya tak layan.
Dia approach saya balik masa saya tengah buat master (tahun kedua). Masa tu dia tengah sambung part time ijazah di salah sebuah Universiti di Malaysia.
Disebabkan ‘istiqamah’ dia whatsapp, saya pun cuba bagi peluang walaupun masa tu saya tiada perasaan kat dia. Yelah sebab masa sekolah lagi kan minat, saya rasa tak salah bagi peluang kenal-kenal dulu.
Tahun pertama kenal, semuanya masih berjalan lancar lagi walaupun masa tu saya dah nampak red flag dia, tapi sebab cinta dan sayang, kita akan berada dalam proses yang dipanggil ‘in denial’.
Memang bodoh pon kalau difikirkan balik tapi masa tu kita tak boleh fikir sebab tengah hanyut kan.
Masa dia tengah sambung belajar dulu, dia dah bekerja dan pernah dibuang kerja tapi saya masih setia sehinggalah dia dapat kerja semula.
Sampaikan saya cakap saya tak kisah kalau tiada wang hantaran sebab kesian kan dia. Lagipun dia kerja dengan sijil diploma, jadi gaji takdelah tinggi mana. Dia sambung belajar kejap je lepas tu berhenti sebab tak boleh bawa.
Kalau keluar makan pom saya yang banyak bayarkan makanan untuk dia sebab faham dia camna. Masa birthday dia pom, saya belikan baju mahal.
Tapi bila masa birthday saya, wish pom takda sebab dia tak ingat. Saya cakap baru dia ingat nak wish.
Bila saya bergurau mintak hadiah, dia akan berdolak dalik itulah inilah, tipulah cakap dah pos. Kalau dah pos mesti dah lama sampai.. hahaha. Hakikatnya dia tak beli pom sebab kedekut, hahaha.
Banyaknya kebodohan saya masa tu, tapi sebab sayang kan takpe tahan lagi.. hahaha..
Masa tu, saya ada dengan gosip dia mengorat budak praktikal kat office dia. Bila tanya dia menafikan. Lagipun saya takde bukti kan…
Last sekali, dia baru mengaku cakap whatsapp biasa-biasa je. Percayalah, jarang gosip tak benar bak kata pepatah ”kalau tiada angin masakan pokok bergoyang”.
Selepas je saya tamat belajar, saya dah mula nampak perangai dia lain.
Dari sekecil-kecil perkara dah jadi isu. Nak bergurau pun kena marah sampai dia cakap ada master tapi bodoh, huhu.
Hampir setiap hari, dia akan tanya saya, ‘dah dapat kerja, belum? Dia selalu cakap, ‘tunang kawan dia ada ijazah dapat kerja gaji besar. Awak lagilah sebab ada master kan’.
Masa tu down lah jugak sebab kita bukan tak minta kerja tapi belum ada rezeki. Tak habis-habis push saya minta kerja.
Saya walau dia tak suruh pom saya tetap akan minta kerja sebab impian saya nak ada kerja sendiri sebab nak berbakti kat mak ayah bukan sebab dia.
Sepatutnya dia sebagai lelaki, patut fikir bagaimana cara nak upgrade skill atau tambah ilmu supaya dapat peluang pekerjaan yang lebih bagus, bukan dengan mencari pasangan yang dah ada segalanya untuk menumpang.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam kitorang berdua gaduh besar sebab dia boleh ignore whatsapp saya semata-mata nak melayan komen tunang orang di instagram,
Bila saya cakap dia cakap tu kawan je. Saya pun cakap habis tu kita ni pun sama bermula dengan kawan je. Lepas tu dia tetap dengan ego dia nak menangkan tunang orang tu.. hahaha..
Kemuncaknya bila gaduh teruk saya mintak putus dan dia takde cari saya minta maaf ke apa.. Putus bulan 2 bulan 5 dia dah kahwin dah.. hahaha.
Teruk jugaklah saya kecewa masa ni. Masa putus ni, saya buat solat sunat taubat, tahajud, mintak ampun dengan ALLAH dan mintak petunjuk serta kekuatan.
Alhamdullilah fasa move on saya kejap je sebab saya baru sedar yang tak berbaloi pun untuk stay dengan lelaki macam dia.
Lepas kahwin, dengan tak rasa bersalah boleh whatsapp saya cakap rindu lah itu lah inilah.. Memang taklah saya melayan. Jahatkan lelaki macam ini? Kesian isteri dan anak dia.
Alhamdullilah sekarang ini saya makin tenang, sentiasa dekatkan hati dengan ALLAH sebab itu je jalan bahagia yang sebenar. Sekarang ini pom ada je lelaki yang bekerjaya hebat nak datang kenal.
Tapi itulah hati ini masih tertutup rapat disebabkan trauma yang lepas. Saya selalu fikir kalau lelaki yang berpelajaran rendah boleh hina saya, apatah lagi lelaki yang berkerjaya hebat.
Sampai macam tu sekali pemikiran saya disebabkan saya terlalu terkesan dengan kata-kata dia.
Saya tahu tak semua lelaki macam dia masih ramai lagi yang baik tapi mungkin bukan rezeki saya lagi untuk bertemu dengan lelaki yang tepat.
Sekarang ini saya masih di fasa mencari kerjaya yang lebih stabil. Doakan saya supaya dipertemukan dengan lelaki yang tepat dan menerima diri ini seadanya serta doakan saya juga supaya mendapat kerjaya yang lebih stabil dan bagus.
Saya suka quotes di bawah :
”You can’t keep a man that don’t want to be kept.. no matter what you do”
So sayangi diri sendiri and please kalau dah nampak ”red flags” pada pasangan anda, tolong larikan diri anda secepat mungkin. Jangan jadi macam saya.
– BUNGA J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit