Assalamualaikum,
Saya just nak share kisah sendiri agar kita semua sentiasa bersyukur dengan setiap yg dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Setiap di dalam dunia ini bukan milik kita in the first place..hanya dipinjamkan sementara. Sebelum itu, izinkan saya perkenalkan diri, saya seorang wanita berusia awal 30-an, bekerjaya tetap, sudah berkahwin dengan lelaki pilihan selama hampir 9 tahun, Alhamdulillah bahagia cuma Allah belum izinkan kami untuk mempunyai cahaya mata.
Pasangan berkahwin mana yang bila berkahwin, tak nak dikurniakan zuriat. Awal perkahwinan, adatlah orang sekeliling mula bertanya2, tapi kami hanya menjawab belum lagi diizinkan Nya. Namun, masuk tahun keempat, kelima nada tanya org sekeliling mula berubah, dari tanya untuk mulakan perbualan dah jadi nada sindiran. Disebabkan saya dan suami masih lagi berdua jadi kami selalu travel berdua, kehidupan Alhamdulillah boleh dikatakan lengkap semuanya tetapi ada jugak mulut2 yg akan cakap; “Dah puas dah kot berjalan dan honeymoon, bolehla pi buat rawatan bagi dapat anak pula” atau ada juga yg tiba2 dalam bersembang akan tanya macam ni “Maaf nak tanya, tak terasa ke tengok adik, kakak dah ada anak, bukan apa kita ni makin lama makin tua” atau ayat mcm ni; “Kita ni perempuan, kalau tak ada anak nanti tak takut ke suami cari yang lain”
Hati perempuan, memang sedih dengan kata2 org yang langsung tak pedulikan hati dan perasaan orang. Dah banyak kali sy suarakan kesedihan pada suami, tapi dia seorang yg sentiasa cool dan selalu minta saya bersabar. Banyak kali juga berbincang dengan suami , andai kami memang tak dikurniakan anak, saya relakan suami saya untuk berkahwin lain. Namun suami tak mahu dan katanya mungkin beginilah takdir Allah pada kami (tidak dikurniakan anak) dan suami berkata final solution ialah dengan mengambil anak angkat; inipun jika diizinkanNya. Sebelum pembaca membuat pelbagai andaian, kami memang dah buat rawatan berjumpa pakar, mencuba pelbagai makanan dan perubatan alternatif dan saya disahkan menghidapi masalah penyakit wanita yg membuatkan sukar untuk hamil. Kami belum membuat rawatan ivf (insyaAllah jika diizinkanNya kerana rawatan ini sangat memerlukan komitmen masa, wang dan emosi).
Chances of natural pregnancy cuma 30% kata doctor, walaupun 30% saya tetap percaya pada kuasa Allah. Kun fa ya Kun. Saya cuma nak semua orang janganlah terlalu put on pressure pada pasangan2 yang masih lagi belum dikurniakan zuriat di luar sana. Sejak bila pula tak ada anak dalam perkahwinan itu satu dosa?
Saya sangat bersyukur, walaupun belum punya zuriat sendiri, tetapi Allah tak pernah tinggalkan kami sendirian. Pernah juga terfikir, tak ada anak nanti dah tua siapalah yg akan jaga dan jenguk kami..Waktu saya sakit, keluarga dan suami yg sentiasa bersama 24/7 uruskan saya dari A-Z. Begitu juga sebaliknya. Rezeki kami sentiasa murah, kami sentiasa diberi kesempatan untuk membantu keluarga kami yg dalam kekurangan. Saya tak mahu lagi berburuk sangka dengan Allah kenapa masih belum lagi kurniakan anak kepada kami.
Semua yg kita ada di dunia ini hanyalah pinjaman sementara. Tak perlulah kita bermegah2 dengan berapa ramai anak yang kita ada, betapa berhartanya kita , cantik atau berkuasanya kita di dunia ini.
Perancangan Allah itu yang terbaik. Saat ini saya selalu ajar diri agar sentiasa bersangka baik pada Allah. Jika tak ada zuriat di dunia, di sana saya boleh minta seberapa ramai anak yang saya mahukan :). Sebelum bertanya itu dan ini pada psgn yg belum dikurniakan anak, cuba fikir 1000 kali sama ada soalan dan percakapan kita tu akan melukakan hati orang tersebut, bagaimana jika kita adalah mereka..Apapun, diharap pembaca doakan kami suami isteri dikurniakan zuriat satu hari nanti.Mana tahu ada antara doa kalian dikabulkan Allah. InsyaAllah
– Hasya Adelia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit