Assalamualaikum semua, saya nak minta pandangan.
Saya dan suami ada 2 kereta. Kereta kedua ni kami beli sebab keperluan keluarga sendiri — ada anak kecil, suami kerja weekend, hal emergency jadi memang penting untuk kami ada dua kereta.
Memang kami juga ada motor, tapi jika suami bekerja pada hujung minggu, suami nak juga bawa kereta, 5 hari berturut-turut kena hujan panas. Dan saya pun kadang2 ada hal kerja, perlu drive kereta, jadi pagi2 kami akan divide 2.
Baru ni kereta kedua kami dipinjamkan kepada adik suami untuk kegunaan belajar. Pada awalnya saya ingat pinjam sekejap (2 – 3 bulan sahaja), tapi bila dah nak habis waktu, adik request untuk guna sampai habis belajar, lebih kurang lagi 2 tahun.
Pada asalnya memang mereka mintak untuk bagi adik terus, tapi suami terangkan tak apa, kami pinjamkan, dah habis pakai, pulangkan.
Perasaan saya macam okay, macam tak okay. Yang buat saya lebih rasa berat hati, cara mereka macam terus diberi kepada adik. Maksudnya bukan pinjam lagi, tapi terus jadi macam nak tukar milik (melabelkan “kereta adik”, bukan “kereta kami”).
Bila tengah cuti panjang, tak ada pun nak tanya kereta nak letak dimana. Saya jadi serba salah sebab kereta tu pada asalnya memang hak kami, dan kami masih bayar loan. Mereka beranggapan kami tak perlukan 2 kereta.
Bila saya luah pada suami, alhamdulillah dia faham dan setuju untuk ambil balik kereta tu. Cuma adik suami tanya kenapa nak ambil balik, walaupun sebenarnya kereta tu memang kereta kami.
Suami terangkan baik bila ada hal emergency, kami perlukan kereta kedua. Suami akan usahakan cari kereta lain untuk adik, sama ada baru atau second hand, tak kisah asal kereta dalam keadaan baik.
Saya jadi tertanya:
1. Normal ke kalau saya rasa tak selesa bila kereta kami macam “dipindah milik” begitu saja.
2. Patut ke kami minta ambil balik? Adakah keluarga akan terasa hati?
3. Macam mana cara paling baik untuk jaga hak sendiri tapi dalam masa sama elakkan masam muka dengan keluarga mertua?
Saya risau kalau saya simpan rasa, lama-lama jadi skeptikal pada keluarga mertua. Hubungan kami sebenarnya baik, dan saya tak nak hal kereta ni merosakkan silaturrahim.
Mohon pandangan ikhlas, terima kasih.
– Nia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau saya jadi awak, saya bagi je tapi tak bayar monthly dah. Suruh dia bayar. Cakap awak suami isteri dah tak mampu. Kalau adik nak pakai, adik kena sambung bayar. So pindah milik terus hahaha pastu kau beli la kereta murah untuk ganti yang dia rembat tu. Cara tu mungkin boleh jaga hati semua kalau kau risau sangat
kalau adik nak sangat kereta tu. awak jual je kat adik tu. naik lemak betul.