Assalamualaikum and hai. It took me a lot of courage untuk cerita masalah aku kat sini lepas banyak kali berfikir nak cerita ke tak nak. Confession ni agak panjang but aku dah pecahkan ke beberapa bahagian.
Nama aku Aurora (bukan nama sebenar) berumur dalam lingkungan 20an. Aku telah menamatkan ijazah aku beberapa tahun yang lepas di sebuah IPTA dalam satu bidang professional yang sangat dihormati.
Aku sangat bertuah Allah kurniakan banyak nikmat dalam hidup aku especially dalam bab akademik aku sangat cemerlang.
Dulu aku fikir aku boleh berjaya hanya kalau aku belajar bersungguh-sungguh so selama ni aku bersungguh sungguh belajar tapi itu semua tipu.
Baru aku sedar sebenarnya yang penting, our inner values like confidence, positive mindset, and kebolehan untuk mencintai diri sendiri yang takde siapa pernah ajar aku dari awal.
***
ANXIETY & DEPRESSION
Sebab semua tu takde kat aku. Yang aku ada anxiety and depression. Aku dah berjumpa doktor tapi masih sama.
Tak sangka aku akan end up macam ni dalam hidup aku. Aku langsung tak yakin dengan diri sendiri. Aku sentiasa dalam ketakutan, penat dan stress.
Aku selalu rasa berdebar debar tanpa sebab, berpeluh, irritated dengan keadaan sekeliling, rasa seolah-olah terperangkap di satu tempat aku berada.
Kadang2 anxiety aku datang bila aku tengah mandi, aku kena cepat2 mandi and keluar dari bilik mandi sebab rasa macam terperangkap dalam bilik mandi.
And paling tak best aku tak boleh nak even berjalan kaki jauh sikit sebab semakin jauh aku pergi dari starting point aku, semakin takut aku rasa. Aku sentiasa bawa air ke mana2 aku pergi sebab bila aku mula takut, aku akan teguk air banyak2.
Macam2 lagi situasi lain. Tahu tak macam mana rasa bila kau nak buat sesuatu tapi kau kena cepat2 get out of that place tanpa sebab. Aku tak dapat nak buat benda yang aku nak buat as a young person like travelling, hiking macam orang lain.
Aku tak tau la if anyone faham or fikir yang benda ni bukan masalah besar. Tapi all this is holding me back. Aku tak dapat nak hidup kehidupan aku macam orang yang normal. Aku rasa useless. Suicide thoughts aku datang dan pergi.
CAREER
Aku unemployed. Aku tak mampu nak teruskan bekerja dengan semua ni inside my head. Aku berhenti kerja.
Pernah jugak kena buli dengan senior sampai mental aku lagi teruk. Aku kerja dalam bidang yang sangat challenging and stressful but rewarding.
Aku sentiasa stress lebih dari yang sepatutnya and overthinking aku memang tahap gila masa aku bekerja dulu. Aku tak boleh nak jadi diri sendiri and takut orang tak suka aku.
Aku jenis yang perfectionist so bila aku buat salah, lagi2 aku ni baru nak belajar, memang i beat myself up with my negative thoughts.
AYAH
Haa ini part yang paling penting sebab inilah punca semua masalah aku di atas. Aku tak tau nak mula dari mana.
Ayah aku suka kutuk aku dari aku kecil. Pemarah. Buat baik tak pernah puji. Dia seorang je yang betul. Orang lain bodoh bagi dia even anak2 pun tak boleh lebih dari dia.
Kalau aku buat salah, apa lagi, memang aku kena maki and kutuk macam2.
Sumpah, kadang2 aku tak salah pun pernah kena marah sampai aku nangis teresak esak. Semua kata2 makian dia berapa belas tahun yang dulu aku ingat satu2. And dia jenis yang suka condemn setiap perbuatan kita, buat apa pun dia akan judge.
So mak aku dan adik beradik semuanya macam robot kat rumah bila depan dia. Dia keluar baru kami jadi diri sendiri balik. Kalau tak memang cakap perlahan and bisik2 je.
Kalau dia marah dia bukan marah biasa2, memang terbanglah segala barang dalam rumah.
Kalau tersilap cakap dengan dia masa dia tengah makan, memang terbang pinggan tu ke dinding jadi corak hiasan dinding semua lauk mak aku. Aku la yang kutip bersihkan. Dah banyak kali dah.
Dia akan cakap apa sahaja yang mulut dia nak. Dia akan kutuk kelemahan mak aku, anak2 dia. Bandingkan kami dengan orang lain. Dia suka merungut and membebel setiap hari. Suara dia lah yang menjadi suara inner critic aku sepanjang hidup aku.
But, he is not all bad, memang dia susah cari duit untuk bagi aku belajar tinggi2. Tak pernah kedekut duit dengan family. Mahukan yang terbaik untuk kami. Cuma dia rasa semua yang dia buat semua betul.
Tapi kadang aku terfikir, dia yang hancurkan and mess up aku punya inner strength and yet dia jugak yang bersusah susah cuba nak bagi aku future yang baik dengan hantar aku belajar tinggi2?
Sebagai seorang anak, sentiasa mengharapkan pengiktirafan dari seorang ayah untuk kata yang kita ini cukup dan bagus. Itulah asas keyakinan diri seorang anak apabila membesar. Aku ada ayah tapi aku masih tak dapat rasa cukup dengan diri sendiri.
To feel that I am enough. Never. Aku takkan rasa cukup dengan diri sendiri. Self doubt aku terlalu banyak. Sentiasa was-was takut tak cukup bagus.
Masa di sekolah, aku memang struggle dengan self esteem lagi2 kena ejek sebab hodoh (dulu la, sekarang aku boleh dikatakan cantik, tapi that affected me for real and still takut orang tak boleh terima aku).
Aaand masa aku sekolah jugak, ayah aku kahwin dengan perempuan lain. Gaduh besar dengan mak aku. Buka aib mak aku kat orang.
Kata mak aku itu ini and sebab tu la dia kahwin lain. Padahal mabuk cinta. Tapi mak aku tetap teruskan hidup dengan ayah aku.
Aku tak tau macam mana mak aku boleh sabar dengan ayah aku yang perangai ntah pape and langsung tak hormat mak aku.
Walaupun ayah aku buat macam ni, aku sebagai anak sulung, tak pernah tunjuk kebencian pada ayah aku walaupun pahit untuk kami terima. Aku marahkan dalam hati je. Aku tetap hormat ayah aku.
ADIK
Ohh lagi satu, aku ada adik lelaki yang istimewa atau OKU (cacat fizikal). Perangai dia sangat menguji kesabaran. Kanak-kanak yang oku ni ada perangai or kerenah dia sendiri walaupun tak cacat mental.
Adik aku dari dulu sampai la sekarang ni suka mengamuk, menjerit, kadang2 sampai pukul 1 atau 2 pagi untuk sebab2 yang tak masuk akal. Suara dia tak merdu ok.
Suara lelaki yang dah besar mengamuk dalam rumah agak2 macam mana? Bergegar jantung dengar.
Kadang2 dah tidur awal malam2 aku dengan terkejut terjaga dengar dia menjerit. Kadang2 dia gigit diri sendiri sampai berdarah. Terhantuk kepala berdarah.
Pernah kena pukul dengan kami semua pada satu2 masa sebab degil tak boleh nak control. Mak sentiasa kena ada untuk make sure takde apa2 teruk jadi.
Aku dah biasa dah dengan drama2 ni dalam rumah. Tapi tu la sampai bila? Doa mak aku satu je, Allah ambil dia dalam keadaan yang baik sebelum Allah ambil mak aku.
***
Maaf sebab cerita panjang. Aku keliru dengan hidup. Aku berdosa ke? Aku tak bersyukur ke?
Kalau ini ujian, aku asyik tewas dalam ujian hidup aku. Aku bukan tak cuba positif. Macam2 aku buat untuk lebih positif. Tapi masih sama. Aku tutup aurat, jaga solat seboleh mungkin.
Tapi aku bukan orang yang baik. Hati aku penuh dengan kebencian. Aku cemburu dengan hidup orang lain yang lebih sempurna.
Kadang2 aku rasa Allah tak adil. Aku juga tertekan dengan soal jodoh. Macam mana aku mampu bahagiakan orang lain sedangkan aku tak bahagia? I’m all messed up.
Aku tak tahu apa yang aku harapkan dari pembaca confession aku, terima kasih kerana sudi membaca. Doakan aku.
– Aurora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit