Tak Boleh Berhenti Menangis II

Entah kenapa, saya rasa sayu baca semua komen. Terima kasih, saya dah okay. Saya call emak dua kali semalam sampai emak pun pelik.

Saya percaya dalam dunia ini ramai sekali anak-anak yang sayang emak dan ayah tapi belum mampu ungkapkannya sebab emak ayah kita pun bukan jenis cakap macamtu.

Kami dulu pun macamtu, tak ada pun istilah peluk, sayang semua. Lagilah karakter emak saya penuh kekerasan. Emak tak suka anak pegang tangannya bila berjalan, dia rimas kalau kami duduk rapat-rapat dengan dia. Masa muda emak memang garang.

tapi saya nekad nak cakap i love you, peluk dan tunjuk kasih sayang lepas saya alami satu insiden. Saya harap, lepas sharing perkara ini, akan lebih ramai lagi yang akan menzahirkan rasa sayang itu.

Satu hari, saya ajak emak keluar, tapi emak tak siap-siap lagi. Ayah di ruang tamu pun dah hampir terlelap, ye lah kan orang tua. Saya ketuk pintu masuk bilik emak.

Saya nampak emak terketar-ketar sarungkan bajunya. Tangan emak sudah tak kuat dan tak berdaya. Sesekali dengar emak tarik nafas panjang seperti sedang buat sesuatu yang amat payah. ‘Baju kecil’nya juga tidak hooked dengan baik.

Air mata saya jatuh, emak pandang saya dan kami berpelukan. Saya minta maaf sungguh-sungguh dengan emak sebab tak terlintas langsung yang emak saya sebenarnya dah tidak berdaya nak pakai baju sendiri.

Saya pakaikan baju emak, siapkan emak kemas-kemas, sikatkan rambut emak, pakaikan bedak sampai emak kata, “emak rasa macam bayi, piah. Minta maaf susahkan piah,”

Mak memang nampak segan waktu itu. Saya apatah lagi.

Semua memori dalam ingatan saya tentang emak yang tangkas, emak yang cekap buat kerja rumah, datang satu persatu. Saya perlu akui bahawa emak saya kini semakin hilang kudratnya. Saya rasa takut terima hakikat yang emak semakin tua.

Mulai hari itu, saya lakukan beberapa perkara untuk make sure emak dan saya ada satu bonding yang lebih baik. Saya mahu jadi kawan baik emak supaya dia tak rasa segan dengan saya.

Antara yang saya buat; (waktu ni belum jadi isteri orang dan rumah sewa saya dalam daerah yang sama)

1. Setiap minggu saya akan potongkan kuku emak dan ayah. Awal-awal memang mereka tak mahu tapi saya yakinkan yang saya akan buat dengan okay dan rileks.

2. Sebulan sekali, syampukan rambut mereka sambil urut kepala.

3. Selalu offer diri untuk urut mereka, walaupun mereka tak minta.

4. Bila ayah dan adik lelaki ke masjid untuk maghrib atau isyak, saya imamkan emak. Nanti adik-adik perempuan saya ikut sekali. Saya pun bukan hafal surah panjang-panjang. Surah lazim sahaja. Masa paling seronok ialah waktu salam minta maaf dengan emak dan emak akan cakap, “terima kasih piah jadi imam mak,”

4. Selalu ambil berat tarikh-tarikh appoinment mereka berjumpa doktor. Sebenarnya selalu ayah saya yang uruskan, tapi bila saya cuba buat macamni, rasa bahagia sangat sebab nanti dapat keluar bertiga dengan emak ayah. Terpaksa ambil cuti pun tak apa.

5. Yang ni payah sikit mula-mula. Cakap I love you emak, setiap kali telefon. Selagi mak tak jawab, tanya dia”emak kena jawab apa?” Mula-mula mak hanya jawab berbasa basi . Macam-macam jawapan emak bagi : alah engkau ni piah emak banyak kerja ni, yelah la, love love, you you you, tapi lama-lama mak memang cakap i love you. Memang priceless perasaan ini. Awal-awal cakap kat telefon je, lama-lama lepas bersalaman dengan emak, memang saya terus cakap i love you.

Dalam lebih kurang enam bulan buat macam tu, saya jadi kawan baik emak. Emak cerita banyak memori hidup, susah payah dan semuanya dengan saya. Emak makin lemah lembut, adik beradik saya yang lain pun dah mula menzahirkan sayang. Alhamdulillah rasa lebih harmoni. Kami jadi lebih rapat sampai waktu saya nak kahwin, semua menangis sedih.

Allah, belum cerita macamana nak menghadapi hari-hari sewaktu saya nak kahwin tu. Memang sebak, terutamanya bila ayah beri nasihat. Tak pernah-pernah ayah luah perasaan begitu.

InsyaAllah nanti ada masa, saya share tentang pendekatan nak rapat dengan ayah pula. Lagilah kita ini anak perempuan, kita sebenarnya permata hati ayah.

Semoga kita semua mampu jadi anak yang baik untuk mak ayah kita. Apa lagi yang kita perlu kejar kerana bila mak ayah redha dengan kita, Allah pun redha dan kasih kita.

– Saffiyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *