Pertama sekali, aku ingin ucapkan tahniah kepada Mus, manusia yang bagi aku begitu rajin, teliti dan sungguh ‘tamak’. Hahahahaha. Tahniah juga aku ingin ucapkan kerana bagi kepada kami cerita yang sungguh mengujakan dan sanggup kami tunggu sehingga Part 4. Kalau nak diukur berapa pembaca cerita kau ni Mus, aku rasa kalah jumlah penonton episode akhir drama 7 hari tu. Dari part 1 perenggan pertama cerita kau, dalam hati aku dah dapat rasa, ini cerita bukan biasa biasa ni, ini cerita EPIC! Cerita yang macam gini aku tunggu selama lama ini.
Kau tau tak Mus?(Kalau confession ni keluar dan Mus baca ni) Sepanjang aku baca cerita kau dari Part 1 sampai Part 4, sambil baca tu aku pasang lagu tema Harry Potter, biar seiring perjalanan cerita dengan soundtrack. Fuhhhh perasaan dia tak payah cakap lah. Memang berdebar beb! Okey baiklah, point utama aku tak boleh move on adalah Mus. Mus itu sendiri bagi aku sesuatu yang sungguh misteri. Kita pembaca tidak tahu siapa dia, di mana dia tinggal sekarang, dan apa nama facebook dia. Sepanjang pembacaan, aku just imagine rupa Mus ni seorang yang tinggi sekadar 170cm, berat sekadar 70kg camtu dan pakai spek dan seorang tak banyak cakap hanya cakap benda penting sahaja.
Point kedua yang buat aku tak boleh move on, bagaimana rupa rumah agam yang Mus dok selongkar tu. Seriously, for me, rumah besar, bilik banyak, sunyi sepi adalah sesuatu yang buat aku suka. That’s why aku baca cerita Mus ni. Mus pula hanya terangkan yang rumah tu ada di Perak dan tidak spesifik. MAKIN LAH MISTERI CERITA NI! Part yang buat cerita ni more detail, bila kau cerita babak babak selingan yang kau pergi beli rokok and so on.
Point ketiga, karakter moyang Mus sendiri. Bagaimana moyang dia kumpul harta dan sebagainya dan TANDA harta dia dengan bergambar bersama aset aset yang moyang dia miliki. Bila aku baca part ni, aku seperti fuhhhhhhhhh… aku bertepuk tangan ibarat standing ovation sebab idea macam ni kalau zaman dulu orang lain tak pikir dan bagaimana moyang dia sorokkan harta tu dalam hidden drawer dan dalam sarung keris.
Point keempat aku tak boleh move on, Bilik Rahsia. Mus ada nyatakan sekali dengan gambar bagaimana kedudukan bilik rahsia tersebut kan? Lagi aku buat standing ovation. Gila power gais kedudukan bilik rahsia tu. Kalau nak diikutkan, kedudukan bilik rahsia tu aku dok imagine sepanjang pembacaan adalah bawah tanah, atau pun atas loteng tapi meleset lagi sekali. Kedudukan dia di tengah tengah. Punya la power kedudukan dia.
Akhir sekali, aku nak bagitahu Mus, bila aku buka page IIUM Confession ni benda pertama aku cari adalah cerita baru dari kau. Mungkin Part 5 or ada benda baru lagi misteri dari Rumah Agam tersebut. Seriously, aku tak boleh move on. Sebab aku jarang bukak page ni. Aku rasa bukan aku sorang saja yang tak boleh move on. Mus sebenarnya dah punya peminat dia sendiri atau dalam erti kata peminat karya dia sendiri. Kau buat la cerita apa pon, orang tetap akan baca lepas ni jika tulisan tu dari Mus. Serious aku cakap ni.
Kalau boleh aku nak berjumpa dengan orang yang bernama Mus ni dan ngeteh sekali dua.
Itu sahaja dari aku. Zek.
– Zek
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit