Assalamualaikum lepas baca confession bertajuk “ikut kemampuan” (https://iiumc.com/ikut-kemampuan/), aku rasa nak kongsi situasi yang dia tulis dalam cerita tersebut.
Aku salah sorang keluarga yang ada anak ramai. Termasuk aku ada 8 orang adik beradik semua jarak satu tahun atau dua tahun aku pula anak nombor 3.
Terus terang cakap terseksa hidup aku masa kecik bab makan tu jangan cakap lah tak cukup. Bapak aku kerja sorang gaji pun setakat 700-800 mak aku pula kerja jual kuih dapat pun tak dapat banyak mana.
Kalau sekolah pula rasanya sepanjang aku bersekolah darjah 1 sampai tingkatan 6 boleh kira dalam 2 kali je beli baju baru yang lain semua baju orang kasi dengan baju abang aku.
Setiap kali bapak dengan mak aku cakap aku dapat adik baru reaksi dalam hati aku terus “adik lagi”
Sebab bayi baru lahir ni kos dia banyak susu tu jangan cakap mahal memang waktu ni semua makan atau spent duit ala kadar kena pula mak aku tak dapat meniaga sebab anak kecik lagi.
Paling malu pada aku kalau beras habis atau nak pinjam bahan masak yang tak cukup. Terpaksa pergi tebalkan muka.
Aku cakap taknak tapi mak bapak aku tengking cakap kalau kau nak makan kau pergi. Makan tak pernah kenyang tu benda biasa pada aku dan adik beradik lain.
Sebab itu kalau hari jumaat yang ada sedekah makanan atau ada kenduri ke doa selamat memang kami adik berebut pergi. Sebab waktu macam ni baru dapat merasa makan ayam daging tu semua.
Kenduri kahwin tu paling aku suka. Tebalkan diri pergi tanya tuan rumah nak tolong tak. Tolonglah meja kerusi apa semua dapat makan, minum free waktu itu sahaja boleh merasa makan sedap.
Kadang tu aku minta izin boleh bungkus tak sebab ada yang kasi dan ada yang tak kasi. Bungkus kasi adik beradik aku rasa walaupun tak banyak tapi dapat diorang rasa cukuplah.
Paling kesian kak long aku bukan apa semua kerja dekat rumah ni dia kena buat. Tolong mak sediakan bahan meniaga dan jaga adik tu semua dia. Bila dapat sambung belajar akak aku chow dulu.
Bila balik cuti kak long aku cakap “dik kau belajar sambung jauh dik tenang sikit aku dekat sana baru boleh bernafas dengan selesa kalau tak rasa macam terseksa”.
Abg ngah aku tak sambung belajar tapi dia cuba cari kerja jauh juga dekat KL. Tinggal aku pula ambik tugas jaga adik adik dan terpaksa galas temporary position sebagai ketua rumah urus adik aku sekolah, urus hal kerja sekolah semua aku kena urus.
SPM keputusan aku teruk aku decide cuba untuk STPM dan Alhamdulilah dapat keputusan bagus aku terus chow jauh waktu ni.
Bayangkan kali ni baru aku rasa hidup tenang. Memang akan ada rasa risau dekat adik aku dekat rumah tapi pada aku lantaklah mak dengan bapak aku ada.
Aku sambung belajar waktu ni rasa tenang tak ada pagi kena jerit dengan mak bapak aku buat segala benda. Umur aku 20 tahun baru first time tengok wayang. Baru aku dapat cuba benda-benda yang selama ni aku tak pernah dapat cuba.
Kalau orang cakap culture shock, mesti culture shock aku duduk kampung yang nak ke bandar pun sejam setengah.
Belajar ni aku memang all out aku dah target habis belajar terus kerja dekat sini kemudahan semua lengkap. Satu demi satu adik adik aku keluar dari kampung sambung belajar, kerja dan semua kongsi benda sama cakap duduk luar seronok duduk rumah stress.
Bila berkumpul waktu raya ke mesti akan ada kongsi kisah lama waktu kecik tapi pada kami adik beradik memang setakat kongsi tapi hidup dulu susah dan payah dan kalau boleh taknak ulang balik.
Kasut sekolah koyak kau kena tahan pakai setahun tampal. Makan setakat berapa suap dah habis end up tahan lapar sampai besoknya. Lepastu pagi bangun mak kau bebel bapak kau bebel.
Bila aku baca perkongsian tentang “ikut kemampuan” pada aku mak dengan bapak dia bagus. Dia tahu hidup susah dan cukup makan jadi dia tahan dulu untuk tambah isi rumah lagi satu.
Mak dengan bapak aku tidak. Baru adik aku besar baru setahun dua dapat lagi adik baru. Kak long aku dulu pernah cakap dengan bapak dengan mak aku dia cakap kurangkan tambah anak lagi kita ni tak mampu habis kena tengking kak long aku.
Sekarang kalau berkumpul dengar saudara mara puji cakap bagus mak bapak kami ni jaga anak semua sampai berjaya tapi pada aku dan adik beradik hakikat yang sebenarnya kami terpaksa belajar berdikari sendiri.
– Ikram (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulilah awak dan adik beradik awak dah berjaya keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.. Harap awak dan adik beradik awak terus berjaya dan menyantuni ibu bapa awak selalu.. Kalaulah ilmu keibubapaan diajar dengan lebih baik waktu dulu mesti bagus kan..
Betul.. bab kuantiti anak ni kena ikut kemampuan, jangan duk ikut mulut orang bila orang tanya bila nak tambah anak lagi? kita yg laki bini ni patut fikir mampu ke tak, dari segi kemampuan, nak bagi pendidikan, nafkah dll. kalau takde fikiran macam tu, anak yang besar jadi mangsa jaga anak2 yang kecik, makan bercatu. Serba tak cukup, kesian pada anak-anak yg jadi mangsa.
Lebih baik la pentingkan kualiti anak dari kuantiti anak.