Assalamualaikum dan hai pembaca IIUM Confession. Saya berusia hujung 20 an. Kisah saya tidak lah menarik tapi saja nak berkongsi.
Seperti tajuk confession saya tidak dapat jugak sebuah rezeki.
Semasa sekolah menengah dulu saya cuma bersekolah di sekolah harian biasa di kampung. Lepas PMR dengan result yang agak cemerlang saya tetap di sekolah tersebut.
Manakala rakan-rakan lain yang cemerlang ada yang berpindah ke sekolah berasrama.
Saya tidak pernah terfikir untuk pindah sekolah sebab dulu kalau tiada dorongan majoriti tak akan tahu pun pasal pindah-pindah sekolah ni.
Dipendekkan cerita, saya yang masih di sekolah yang sama berada di aliran sains tulen semasa di tingkatan 4 diajak oleh kawan saya untuk berpindah ke sekolah teknik. Jurusan Kejuruteraan awam.
Disebabkan dia kawan baik saya. Saya mintak ayah tukarkan saya ke sekolah teknik.
Pada masatu saya tak tau langsung tentang apa tu Kejuruteraan awam. Orang cakap nanti kerja engineer. Hehehe.
Saya boleh terima semua subjek-subjek dekat sekolah teknik. Result setiap kali exam pon agak baik.
Tapi masatu saya tak ada cita-cita yang betul-betul cita-cita. Bila orang tanya saya akan cakap nak jadi engineer. Yalaa dah ambik kos engineering kan.
Hakikatnya minat tu tak ada cuma boleh follow the flow. Orang suruh belajar, saya belajar.
Tolong jangan jadi macam saya ya. Kita perlu ada minat, ada tujuan. Selebihnya berdoa dan bertawakal saja lah setelah berusaha.
Tamat SPM, saya dapat tawaran ke Matrikulasi Teknikal (Nama dulu) nun jauh dari kampung halaman. Dan saya juga dapat tawaran ke Politeknik. Dua-dua tawaran adalah civil engineering.
Saya pilih Matrikulasi pada awalnya sebab nak laju konon. Setahun ja lepastu dah boleh sambung degree.
Tapi tulaa tak tahan daulat. Saya tak ada kawan yang rapat, majoriti memang dah ada bestfriend dari sekolah jadi memang tu jala circlenya.
Tapi mungkin masa tu saya masih naif, tak matang. Yang paling saya rasa saya tak boleh, catchup kelas yang bagi saya rasa saya tak pandai.
Tak boleh go dah ni. Walhal kelas minggu pertama. Sebenarnya bila hati dah tiada begitu la yaa. Semua serba tak kena.
Maka saya berpindah ke Politeknik di ipoh. Pembelajaran yang agak smooth dan menyeronokkan. Yalaa dari setahun jadi tiga tahun untuk tamatkan diploma. Seronok ya belajar di politeknik.
Maka alhamdulillah saya berjaya tamatkan diploma saya dengan result yang agak cemerlang.
Dengan cgpa melebihi 3.50. Tapi tidak laaa gempak. Nak bersaing dengan budak-budak U pulak kan.
Saya memang berniat dari awal untuk sambung degree. Macam biasa mesti laa kos civil engineering jugak. Hahaha. Kan dah cakap follow the flow. Saya isi UPU semua kos saya pilih civil.
Tapi nasib tak menyebelahi saya, tak ada satu tawaran pon yang saya dapat.
Dan yang paling saya agak tercabar, kawan saya yang cgpa agak bawah dapat tawaran kos civil engineering. Saya isi lagi rayuan dan saya masih lagi gagal.
Saya siap pos semua dokumen secara manual ke unviersiti-universiti berkaitan atas cadangan seorang senior(saya rasa semua atas talian).
Mungkin betul-betul saya tiada rezeki. Atau saya tak pandai isi UPU. Boleh share tips untuk siapa-siapa yang bakal melanjutkan pengajian.
Akhirnya, saya sambung degree dekat Politeknik. Kos teknologi Kejuruteraan awam. Tapi saya rasa kosong, tak seronok. Hahaha.
Sebab cita-cita nak jejak namanya universiti walaupun sekali tapi saya tak mau lah kos yang lain-lain asal boleh. Tapi saya tetap pergi kelas macam biasa.
Sampai suatu hari saya nampak senior sekolah saya iklankan pengambilan pelajar pendidikan. Saya isi form semua untuk temuduga.
Ya saya perlu ditemuduga sebelum diterima sebagai pelajar pendidikan. Tak pernah terlintas sikit pon nak ambil kos pendidikan.
Tapi sebab nak masuk universiti punya pasal. Saya ambil keputusan untuk cuba. Lagipun pendidikan ni tetap berkait dengan engineering.
Jadi membuatkan saya tekad untuk membuat permohonan. Jadi saya dapat panggilan temuduga.
Alhamdulillah saya lulus dan boleh daftar di universiti. Saya rasa seronok sangat belajar dekat universiti tersebut.
Dikelilingi sahabat yang baik, pensyarah yang prihatin dan subjek-subjek yang menarik (Kos yang kena banyak kedepan dan bercakap) hahaha.
Menjadi seorang guru adalah cita-cita yang saya tak pernah terfikir.
Dulu masa sekolah rendah teringin nak jadi ustazah sebab suka subjek pendidikan Islam. Bukan sebab nak ajar orang. Hahaha. Tapi saya betul-betul mencintai bidang ni sekarang.
Ini lah rezeki yang Allah takdirkan untuk saya selepas kecewanya saya bila gagal UPU dulu.
Walaupun dulu saya tak dapat tawaran UPU, itulah rezeki. Rezeki yang Allah nak lorongkan saya kepada perkara yang saya sukai dan kena dengan jiwa saya.
Tiada pembelajaran dan perkerjaan yang mudah. Tapi satu hadiah jika kita perolehi yang kita sukai dan cintai.
Indahnya jika kita semua menganggap dan mempercayai apa-apa yang Allah takdirkan kepada kita adalah kebaikan sahaja.
Susahkan nak rasa macam tu tapi kita boleh cuba. Dan kita akan merasainya apabila kita telah melepasinya.
Doakan saya lulus interview untuk menjadi guru ya. Semoga doa-doa kalian Allah makbulkan. Terima kasih sudi baca coretan saya.
– Insan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit