Tak Dibenarkan Tidur Di Masjid

Tatkala aku menulis confession ini aku sedang menunggu subuh hari untuk pulang ke kolej menaiki bas transit.

Kisahnya aku daripada Kuala Lumpur bertolak ke stesen bas Kuala Kangsar (KK) pada jam 2.30pm. Hari pendaftaran adalah pada hari Selasa, namun sengaja aku pulang sehari lebih awal dengan harapan dapat mengemas apa yang patut di bilik hostel ku dan dapatlah aku berehat setelah itu.

Sesampainya aku di KK pada jam kira-kira 6.00pm. Lalu aku singgah ke kedai untuk membeli keperluan bagi memulakan semester baharu pada minggu hadapan. Kira-kira 6.30 aku mula mencari teksi untuk ke masjid berhampiran kerana dengan barang – barangku yang agak banyak agar sukar untuk berjalan kaki ke sana dan ingin mengejar waktu asar yang kian ke penghujungnya. Pakcik itu bertanya pada ku masjid mana yang ingin aku tuju kerana ada 2 masjid di situ. Aku pun tak tahu yang ada 2. Lalu dengan “konfiden” aku cakap masjid ubudiah kepada pakcik tersebut. Ok “Rm6”, kata pakcik itu.

Lalu semasa perjalanan aku mulai sedar yang jalan yang ke masjid aku “maksudnya” adalah tersilap. Aku dengan pantas memberitahunya yang masjid yang aku maksudkan adalah berhadapan dengan Dewan Jubli Perak. Masa yang diambil hanyalah kira-kira 2 minit untuk sampai ke sana. Sewaktu aku ingin mengira “Rm6” untuk diberikan kepada pakcik tadi, pakcik tu mencelah “Rm10” dik. Dah pusing-pusing. Aku dalam hati, “Allah. Tak logik kot.” Nak tak nak bayar je lah.

Sesampai aku ke dalam masjid aku mula tercari-cari pintu masuk muslimat dan aku bertanyakan kepada seorang pakcik. Memandangkan itu adalah kali kedua aku ke masjid itu, aku tidaklah berapa ingat sangat. Sebelum ini aku pergi dengan kakakku yang menghantar pulang ke kolej. Selepas Isyak, aku berniat untuk duduk di atas sofa di ruang rehat yang disediakan sehingga masuk waktu subuh, memandangkan tidak dibenarkan tidur di dalam masjid.

Kira-kira 10 minit aku duduk situ, ada seorang pakcik lalu dan menegurku “tunggu siapa dik”. Aku membalas “tunggu subuh”. Pakcik tersebut dengan sinis memberitahuku tidak dibenarkan duduk di sini. Kalau nak tidur ada bilik sewa disediakan. Aku pun hanya mengangguk diam. Pakcik tadi aku tak tahu ke mana.

Selang beberapa minit kemudian, datang lagi seorang pakcik, iaitu pakcik yang mula-mula aku jumpa tadi tanya pintu masuk. Dia bertanya dengan lebih berhemah berbanding pakcik tadi yang kurasakan agak sakit hati. Dia mula tanya aku mana, pergi mana, dah makan ke belum. Lalu mereka berdua bertembung. Pakcik yang agak ‘kerek’ tadi memberitahu pakcik tadi yang aku tak nak keluar dari situ. Aku pun mula geram tanyalah berapa sewa kat situ. Dia pun kata kena tengok bilik dulu lah. Ada yang aircond Rm50, biasa Rm40. Aku dalam hati “Perh, sumpah dah macam harga hotel”.

Dengan berat hatinya aku mengambil keputusan untuk menyewa semalam di situ. Pakcik kerek tadi bawa aku suatu bilik. Dia menyerahkan kepada ku kunci. Dia memberitahu bahawa tinggal 2 buah bilik sahaja yang kosong dan kedua-duanya beraircond. Lalu datang pak cik tadi bertanyakan bilik mana kepadaku. Sewaktu aku ingin membayar aku mengeluarkan sekeping not Rm100 yang sepatutnya aku gunakan wang itu untuk membayar yuran pada hari selasa ini. Pakcik baik tadi mengatakan kepada pakcik mereka tadi, resit dah penuh. Duit dah banyak sangat banyak malam ni. Dan dia menyuruhku untuk membuatkan bayaran pada subuh esok hari. Pakcik itu lalu membawaku ke bilik tersebut yang terletak di tingkat atas. Sewaktu perjalanan, pakcik itu memberitahu yang dia mencariku dari tadi, untuk tanya dah makan ke belum, nak tidur mana malam ni”. Keadaan biliknya agak baik. Namun bahmahal kos sewaannya. Sepatutnya pelajar diberikan harga yang lebih murah. Aku dan kakakku pernah menyewa sebuah hotel bajet yang harga cuma lebih RM10 sahaja daripada bilik di masjid itu, namun dilengkapi dengan bilik air di dalamnya dan TV.

Sebelum pak cik itu keluar meninggalkanku, dia sempat bertanyakan adakah aku selesa di situ, tak lapar ke. Dia menyuruhku agar mengambil nombor telefonnya jika ada apa-apa hal. Aku sangat terharu dengan layanannya terhadapku.

Sewaktu di pembaringan, aku mula memikirkan yang aku cuma ada RM400 dalam tangan. RM100 diberi oleh ayahku, Rm100 lagi diberi oleh kakakku. Lagi Rm200 adalah duit elaun yang telah aku keluarkan sewaktu sampai petang tadi. Otakku ligat berfikir “kalau lah Rm50 aku bayar sewa untuk semalam ni je, boleh buat makan seminggu”. Dan, tanpa membuang masa, aku mula memakai semula tudung dan stokin. Lalu aku memulangkan semula kunci kepada pakcik tadi, dan aku berjalan kaki ke stesen bas. Agak sakit kakiku berjalan agak jauh.

Jam menunjukkan 11.28pm. Aku perlu menunggu lagi beberapa jam untuk pulang ke kolej dengan bas esok pagi.

Terima kasih sudi membaca luahan ku yang agak tunggang langgang tatabahasa nya.

– Mujahidah Jalanan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit