Tak Direstui Sebab Tiada Gaji Tetap

Bismillah, Assalamualaikum para pembaca sekalian, Nama ku Ahmad umur 24 tahun.. Lahir tidaklah dengan keadaan keluarga yang susah.

Tapi, sederhana saja..

Apa yang ingin aku luahkan pada kalian adalah mengenai kisah aku yang tidak direstui oleh keluarga pasangan aku. Sebabnya aku tiada pelajaran tinggi, takda gaji tetap dan sekolah pun sampai tingkatan satu saja.

Mahu persoalkan pekerjaan aku? Yaa, Aku seorang peniaga dan pemilik disebuah stall burger dan memang tidak mempunyai gaji sebabnya akulah yang membayar gaji2 pada pekerja aku.

Hendak dijadi cerita aku dan pasangan memang sudah lama kenal. Dan keluarga pasangan aku tu pun sememangnya kenal aku juga.

Tapi, waktu dorang kenal aku tu aku hanya seorang pekerja tukang masak di restoran sepupu keluarga pasangan aku ni lah..

Yah, pekerja waktu tu gaji tak lah tinggi sangat.. Dan keluarga pasangan aku ni, kenal aku setakat yang aku ceritakan diatas tu lah. Takda pelajaran dan sebagainya.

2 tahun kemudian setelah aku berenti kerja direstoran tu, Aku dapat contact balik dengan pasangan aku yang sekarang ni. So, kitaorang pun terus jalinkan hubunganlah niat memang nak kahwin sudah.

Then, pasangan aku ni bagitaulah dekat keluarga dia yang aku nak masuk minang.

Dan dorang tanya juga dengan awek aku ni, apa kerja aku sekarang dan aku bagitau pasangan aku pun aku cuma pekerja distall burger saja bukan pemilik. Saja nak test kan.

Dan soalan pertama yang keluar dari family dia adalah “Si ahmad tu ada gaji tetapkah?” “Bolehkah dia jaga kau?”

“Kau tu berpelajaran, ada diploma” “Kau boleh cari yang lagi bagus dari si Ahmad tu” “Dan kalau si ahmad berenti tempat dia kerja sekarang apa kau nak makan?”

Dan yang last sekali dorang sendiri kata.. Dorang memang taknak terima aku sebab tidak mau anak dorang tu hidup susah.. Yaahh, Aku baca whatsapp yang pasangan aku tu bagi dengan aku..

Tapi, hati tu tidaklah sakit sangat. But, terkilan dan geli hati rasa mau ketawa saja.

Ya memang aku takda gaji tetap, memang aku takda pelajaran. Tapi, aku yang memberi gaji pada pekerja aku dan ya memang pendapatan niaga aku tidaklah sebanyak mana pun. Nak kata berapa sebulan?

Untung bersih aku boleh dapat dalam 8/9K tu memang untung aku dah.. Nak kata komitmen lain? bayar sewa, bayar kereta?? Tu semua dah tolak.

Pasangan aku sendiri pun aku tak cerita sebab kitaorang ni hanya contct dari jauh so, dia sendiri pun tak nampak apa yang aku usahakan.

Aku sengaja tak bagitau pasangan aku sebab tak mau dia terima aku dengan keadaan aku senang. Dan Alhamdulillah pasangan aku ni terima aku walaupun aku susah dan dia cuba pertahankan aku dekat family dia.

Dan aku nak tanya korang lah, bagi pendapat korang perlukah aku datang sendiri jumpa family dia atau aku lepaskan saja pasangan aku tu?

Atau aku bagitau saja pasangan aku tu yang aku ni sebenarnya pemilik stall burger tu?

Dan hina sangatkah dengan orang2 yang takda gaji tetap?? Lagi2 yang memang tak bergaji ? Korang rasa apa patut aku buat? Aku sayang pasangan aku tu.

Dan dia? Aku tak tahulah.. Harap faham lah apa yang aku tulis ni..

Terima kasih..

Aku si peniaga burger,

– Amad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *