Tak Disukai Mak Mentua

Assalamualaikum dan hello kepada admin dan juga pembaca semua. Saya harap confession saya disiarkan sebab otak saya buntu and I have been feeling so down and so sad for months now. Benda masih lagi tak settle-settle.

Nama saya Clown sebab saya memang jenis happy go lucky dan extrovert. Suka gelak-gelak sembang dengan orang. Saya nak cerita dekat all of you about how my mother-in-law makes me feel so down.

Mungkin bagi orang lain benda yang saya alami ini tiada effect apa-apa pun. Tapi apa yang dia buat dekat saya mengguriskan hati cos like I said earlier, saya kan jenis happy go lucky type.

Pertama sekali, saya perasan she is not into talking to me. Kalau dengan orang lain punyalah huhuhaha tapi dengan saya dia diam. At first, I terfikir ke sebab dia ni t20, ada cara nak sembang dalam kalangan t20 ni kot eh? Ntah la.

Awak bayangkan, kalau menantu lain duduk depan dia sewaktu di meja makan, dia akan meraikan.

Dia akan senyum tetapi kalau saya, kepalanya akan dibenamkan saja dalam ipad kesayangannya itu. Memang nampak sangat la kan orang tak suka kita?

Tapi saya masih lagi buat don’t know orang kata. Buat derkkkk sajalah.

Jadi saya tahu yang saya ni tak di welcome, the next time I was there saya ambil makanan dan pinggan nasi saya, saya join group budak-budak pergi makan meja sebelah. I don’t feel welcomed so I just walked away.

Kejadian seterusnya, suami invited me to celebrate his father’s birthday. Saya memang reluctant nak pergi, tapi mengenangkan suamiku yang sangat2 baik. Saya pun pergilah, saya salam macam biasa dan saya memang duduk betul-betul depan my mil.

As usual, dia pandang pun tak. Cakap pun tak. Gaya dia memang dia nak cakap dia benci saya gila-gila la kan. Haha. Yang saya kelakarnya, anak saya dukung tengah sakit, dia diam saja seribu bahasa without asking how’s my daugther’s condition….

Tapi once my SIL datang ambil anak saya, dia terus pergi dekat anak saya dan tanya pengang2 anak saya sambil melawak.

So, you all faham tak? Dia tak nak tanya pun condition my daughter sebab masa tu saya yang pegang tapi masa orang lain yang pegang baby saya, dia okay. Nampak tak permainannya disini?

Jadi birthday celebration tu lasted for around 2 hours, selama 2 jam tu memang dia tak cakap dan tak pandang langsung. Hahaha.

Yang kelakarnya, orang yang meja jauh-jauh, diajak makan itu ini… saya semeja dengannya hanya diam sahaja seribu bahasa muka pun ketat muka stern face.

So saya bagitahu husband, lepas ni saya dah tak akan join mana-mana family gathering dia sebab saya jenis yang kalau saya sedih, saya sedih lama.

Orang luar tak akan nampak kesedihan saya sebab saya jenis happy-go-lucky, tapi saya akan sedih seorang2 dan makan masa untuk pulih walaupun bagi sesetengah orang, alah benda kecil sahaja.

Saya sedih apabila kebencian begitu terpancar jelas di mukanya sedangkan saya tak tahu apa salah saya.

Fast forward, rupanya suami tanya mak dia kenapa benci saya. Jawapan yang sangat-sangat kelakar…. Sebab saya SPEAK IN ENGLISH. “Orang lain pun belajar jauh, mak sendiri pun belajar Australia tapi takde lah nak speaking 24 jam”.

Memang dengan anak saya dan anak-anak buah saya tend to use English sebab mereka ni generasi Youtube dan memang mudah menerima arahan in English.

Saya dapat rasakan sebab ‘English’ itu hanyalah alasan. You don’t simply hate people because they use English. Haha.

Banyak lagi occurrence2 yang berlaku yang nampak sangat tak suka, penat nak type semua kan.

So saya nak tanya you all, untuk menjaga mental health saya, boleh tak kalau saya dah tak nak pergi langsung?

– Clown (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. awak berdoa semoga Allah lembutkan hati MIL awak tu, pada masa yg sama jgn buat apa yg dia tk suka, contoh, jgn selit2 english dlm perbualan awak atau depan dia, cuba la ambik hati dia, Org2 tua ni ada ego tersendiri, jadi awak kena faham benda2 camni. Klu awak tk pi family program, akan menambahkan lagi kekusutan hubungan awak dgn MIL, apa pun awak yg lebih tahu…

  2. Sabar ye puan.Dugaan dgn Mil.Lepas ni buat jela macam biasa.Doa bnyk2 semoga Mil lembut hatinya.,

  3. saya rasa kalau mcm ni , awak masih boleh ambil hati mil awk lagi.. as long dia tak perli atau cakap direct benda yang menyakitkan hati depan awk..dia cuma diam je.

    percaya la , awk cuba ambil hati dia . kalau dia tak suka english , awk cakap je bahasa melayu. tengok ada perubahan atau tak..jgn gaduh2 ye awk , mcm mana pun dia setaraf mak kandung kita.

    saya doakan hubungan awk dan mil kembali pulih dan lebih rapat dari sblm ni..insha allah , amiin..

  4. xpela lepas ni awak ckp jela melayu plak..konon dia x suka kan..tgk reaksi mertua awak lepas ni mcm mana plak.nak sgt awak ckp melayu kn..tp ok lagi la mertua awak mcm tu..klo jenis perli2 pastu ckp kasar x pk perasaan org lagi sakit hati wak..

  5. No. It’s not tht. Not bcz u speak eng..lg pun, if she had studied abroad, she shd be more broadminded. There’s sth else. I m sure her own kids speak eng too, being t20! If i were u, i xnk pun make effort to ambik hati dia but be myself. U like me or not, tht’s her prob..not urs ( bad advice, i know, but geram!) I must say i hv been there n done that!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *