Assalamualaikum admin. Terima kasih kalau siarkan cerita aku ni sebab sekarang aku tengok banyak pihak yang jadikan isu kalau anak pertama dalam keluarga terutamanya perempuan yang kahwin muda lebih lebih lagi bila lepas grad. Korang, korang taktau apa masalah dan apa yang dia lalui sampai dorang ambil keputusan untuk kahwin. Aku terasa hati bila orang kata, ‘Dah la anak sulung, perempuan pula tu. Baru habis belajar dah gatal nak kahwin. Balas la jasa mak bapak dulu.’ Serius memang terasa sebab orang yang cakap ni bercakap tanpa lalui apa yang kita lalui.
Firstly, aku Peah umur 27 dan sudah berkahwin lepas grad dulu. Aku ni lepasan pelajar universiti di utara dan dah grad beberapa tahun yang lepas. Aku dulu belajar dari semester satu sampai habis semester duduk dekat kolej, tak sewa rumah pun dan kolej aku menempatkan satu bilik hanya untuk dua orang. And aku dah serasi dengan keadaan tu. Bila aku balik rumah, aku jadi serabut ! Kalau dekat uni dulu, semua barang aku tu hak aku. Aku sorang je yang guna. Katil aku tu, aku sorang je boleh baring. Kasut aku, tak ada siapa boleh guna. Bilik aku dekat uni, senyap sunyi. Memang nyaman. Lagi lagi cuma duduk berdua je dengan rommate. Tapi bila balik rumah even untuk cuti sem, everything changed !! Aku stress.
Bila balik rumah, aku jadi serabut, tak boleh duduk senang sebab ahli rumah aku ramai. Adik beradik lima orang, bilik ada tiga je. Aku anak sulung, ada empat lagi adik. Satu bilik untuk mak bapak aku, satu bilik untuk adik beradik perampuan satu lagi untuk adik beradik lelaki. Adik beradik perempuan aku ada tiga orang jadi, satu bilik tu kitorang berkongsi tiga orang. Semak weh, tak ada privacy. Semua barang barang aku, adik aku suka hati pakai tanpa izin. Tapi kalau aku pakai barang dia, mengungkit macam aku guna barang dia sampai jahanam. Tu baru pasal share bilik, belum yang lain lagi. Kalau siang aku ok lagi sebab adik adik sekolah, adik yang bawah aku pula kerja tapi kalau malam tu adik adik semua ada. Ya Allah, naik gila aku. Dengan yang sorang jerit nak minta tolong mak aku, belum yang bergaduh channel tv, belum yang bergaduh nak siapkan kerja sekolah. Rumah taman, kau tahu je la bukan besar mana. Kalau sorang menjerit, satu rumah berdengung.
Benda yang buat aku lagi stress dekat rumah bila hadap fasal adik aku yang bawah aku ni. Dia perempuan, umur kurang 2 tahun dari aku, dah besar panjang ada otak tapi tak nak guna. Mak aku yang dah tua tu senang senang je dia nak tengking tengking. Tapi kalau dengan jantan, bukan main bercakap lembut gigi dari lidah. Aku memang angin betul. Aku pernah bergaduh sampai tertampar muka dia sebab dia kurang ajar dengan mak aku, memang dia dendam sampai berbulan bulan. Aku cakap sikit dia tak sahut la. Kalau bapak aku marah, dia tarik muka. Kalau aku yang tegur, lagilah haram dia nak ikut. Dia dah kerja sebab lepas spm dia tak sambung belajar, result tak berapa elok jadi, apa la salahnya kalau tolong tolong mak bapak aku berkaitan dapur. Ni tidak, kalau beli makanan hanya untuk dia je. Kalau beli toiletries pun barang barang dia je la, lepas guna bawa simpan masuk bilik. Bil bil rumah pun bapak aku sorang je yang bayar, kalau bapak aku minta tolong dia bayar, baru bayar tu pun hulur sikit je. Kadang keluar sampai lewat malam, mak aku berharap dia balik bawa makanan bungkus ke apa tapi tak ada maknanya. Balik tangan kosong dengan perut dia sorang je yang kenyang. Kadang kesian dengan mak aku.
Dulu sebelum masuk uni, aku ok dengan keadaan rumah aku, mungkin masa tu adik adik aku masih kecil kecil. Masih dengar kata tak banyak karenah dan otak aku pun dah ter’set’ masa tu untuk sabar sebab tak lama aku akan duduk dalam rumah tu, nanti bila masuk uni aku akan keluar dari rumah tu. Tapi bila aku dah habis belajar, aku jadi lagi tertekan sebab otak aku dah mula fikir macam mana aku nak teruskan hidup dalam rumah lepas ni sebab aku dah tak akan ke mana mana. Since rezeki aku pun dapat kerja dekat dekat dengan rumah masa tu. Memang akan duduk je la dekat rumah tu dengan keadaan tak tenteram dengan adik beradik aku kecuali kalau aku kahwin dan suami aku bawa aku keluar dari rumah ni. Peh! Sampai macam tu sekali aku fikir masa tu sebab tekanan punya fasal.
Masa zaman aku belajar, aku ada la partner dan aku dah berangan dah lepas habis belajar nak tunang lepas tu kerja kejap terus nikah. Tapi apa kan daya jodoh tak panjang. Lebur macamtu je angan angan aku. Masa tu frust sungguh la sebab putus cinta satu hal, lagi satu sebab aku tak ada sebab untuk keluar dari rumah tu. Tapi perancangan Allah tu indah dan membahagiakan. Aku ditemukan dengan suami aku via facebook. Suami aku ni dulu satu sekolah dengan aku, senior aku. Tak sangka dia dari zaman sekolah lagi dah berkenan dekat aku tapi nak contact aku dia tak tau macam mana cuma kebetulan masa tu dia jumpa facebook aku. Kenal tak lama pun, jumpa sekali then terus dia kata nak masuk meminang. Dengan keadaan aku yang frust baru putus cinta masa tu so, aku pun terima je la. Mula mula aku memang tak ada perasaan apa apa pun dekat suami aku, berkawan dengan dia pun niat cuma nak jadikan suami aku ni alat untuk memudahkan aku move on (setannya perangai aku) tapi siapa sangka dah jodoh.
Dulu bapak aku memang sangat la tegas dan berkeras untuk aku kahwin muda tapi tak tahu kenapa bila suami aku ni masuk meminang, senang pula dia terima. Mungkin sebab dia pun tak mampu nak tanggung aku lagi dah. Dengan adik adik yang lain lagi. Tapi tak apa, aku faham. Majlis aku dengan suami simple je. Since suami aku ni polis, anak tunggal, tak ada banyak tanggungan dan dah lama mula menyimpan jadi dia tak ada masalah la bab bab hantaran dan majlis kitorang. Semua dia sponsor tapi kitorang buat kecil kecil je untuk majlis dua dua pihak. Since suami aku bekerja ditempatkan dekat balai polis yang berdekatan dengan rumah makbapak dia, jadi lepas kahwin memang kitorang duduk dekat rumah mak bapak dia je la. Lagipun mak bapak dia tak ada siapa lagi yang nak diharapkan untuk jaga dorang so, memang suami aku la yang kena jaga. Alhamdulillah lapang kepala aku masa tu sebab dekat rumah tu cuma ada kitorang berempat je. Tak semak. Tak bising.
Bila dah kahwin dengan suami aku baru aku nampak kehidupan suami aku dengan aku, sangat la berbeza. Dia tak ada adik beradik, aku berlambak adik. Aku rasa kalau dia tidur rumah mak bapak aku seminggu, mau pitam agaknya dengan adik beradik aku. Setakat selepas kahwin ni suami aku dengan aku belum lagi tidur rumah mak bapak aku lebih dari dua malam sebab rumah mak bapak suami aku dekat je dengan rumah aku. Dalam lima belas minit dah sampai. Suami aku dapat full attention, kasih sayang dari mak bapak dia, aku pula kena berkongsi. Dulu sebelum kahwin suami aku semua benda mak dia buatkan tapi aku, semua buat sendiri. Aku lebih banyak dan pandai berdikari dari dia. Aku dengan suami aku ibarat magnet ada positif dan negatif. Aku bersyukur sangat dengan jodoh yang Allah bagi ni. Tapi kadang kesian juga tengok suami aku dia sunyi sebab tak ada adik beradik nak diajak bergaduh. Huhu.
Aku, anak pertama, perempuan pula tu, ambil keputusan untuk berkahwin selepas habis belajar sebab aku tertekan dengan kehidupan dalam rumah aku. Aku tak boleh stress melampau sebab nanti aku akan jadi manusia pasif dan semua benda aku buat tak menjadi. Aku tahu kalau aku tertekan ia akan mengganggu fikus aku masa kerja so, susah la aku nak tolong mak bapak aku. Jadi, aku decide untuk kahwin awal dan dapatkan ketenangan untuk fikir the next step untuk bantu keluarga. Walaupun macam tu, lepas kahwin aku tak abai mak bapak aku. Aku masih tolong dorang semampu sehabis baik aku. Cuma aku harap jodoh adik aku bawah aku ni cepat sampai supaya dia boleh keluar dari rumah tu dan tak sakitkan hati mak bapak aku lagi. Di samping, biar si laki dia tahu macam mana perangai sebenar dia yang macam hantu tu.
Kesimpulannya, Ujian Allah pada hambaNya berbeza. Rezeki yang Allah bagi pun tak sama. Korang boleh la kata macam macam dekat orang yang kahwin muda, orang yang lambat kahwin, orang yang ada adik beradik ramai, orang yang tak ada adik beradik, orang yang kahwin tak dapat dapat anak lagi tapi korang tak tahu apa yang dorang lalui. Ada mulut tu, jaga la. Jangan suka suka kata kalau kau sendiri tak merasa. Apa yang orang lain buat, ada sebabnya. Kau tak tahu, kau diam je. Cukup la kau harungi dan handle masalah kau sendiri, hal orang lain tak payah masuk campur. Kau tak dapat dosa, orang lain pun tak sakit hati. Sekian
– Rapeah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit