Tak Habis-habis Dengan UBER

Hai assalamualaikum.

Aku cakap direct je lah ye. Dah beberapa bulan dah uber mula bertapak dekat malaysia. Ramai giler pemandu teksi yang marah dengan uber. Ye la.. aku faham, kacau periuk nasi korang. Lepas tu, bila orang bawak uber, ko marah2. Kau ugut2 “uber is illegal” “jangan masuk jalan ni”. Kau kacau periuk nasi orang takpe pulak. Pale bana. Kau pulak, acah2 jadi samseng jalanan.

Lepas tu, pakat ramai2 buat demo, “haramkan uber” ! Kau orang pon charge penumpang mahal. Memang lah kami pilih uber. Lepas tu kata, org atasan, pihak atasan teksi yg letak harga mahal utk sewa beli/ maintanence dll.

Daripada korang dok pakat buat demo, baik korang pakat ramai2 pemandu teksi, blah, tak yah drive teksi, drive uber. Korang tau kenapa teksi mahal? Sebab, sebelum ni, kita cuma ada teksi je dekat malaysia ni. Jadi, pemilik syarikat tu dah monopoli harga market dekat malaysia. Kalau dulu, mahal pon orang tak leh nak buat apa, sebab dulu teksi tu je lah ada. Sekarang ni, kita ada uber dan grab car dah.

Tambahan pula, engkorang pemandu
teksi, tak boleh nak marah orang yang panggil uber. Sebab apa? Sebab dia ada hak pengguna. Dia BERHAK memilih apa dia nak guna. Samalah macam aku yang menulis. Korang yang pemandu teksi tu, kalau kau pergi supermarket, nak beli susu anak kau. Kau nak amik paling murah, tapi pekerja dekat pasaraya tu tak bagi. Kau cuma boleh amik yang mahal je. Kau marah tak,? Marah kan.

SAMALAH MACAM KAMI PENGGUNA !!!!

Tu hak kami memilih.

Jadi, kepada pemandu uber, korang sebelum bawak tu, korang kalau boleh, dapatkan khidmat nasihat guaman. Kau tanya lah apa undang2 jalanraya. Apa kau perlu buat bila orang tahan kau. Orang ugut kau. Jangan berkira. Sebabnya, malaysia ni negara yang ada undang2. Be aware of your right. Pastikan pasang kamera dekat kereta korang. Untuk jadi bukti in case kereta kau dirosak kan dan sebagainya.aku ni bukan peguam jadi aku tak arif sangat pasal akta2 dalam negara kita.

Pada peguam2 yang arif kalau korang rasa apa aku cakap ni salah, aku merayu tolong betulkan aku. Aku ni pon manusia, buat salah. Aku minta maaf awal2 kalau salah.

Kadang2 aku tak tahu apa lah nasib negara kita ni. Aku kadang2 takut nak bayangkan kehidupan generasi akan datang. Aku yakin, dalam setiap sorang yg bermasalah pasti ada 10 orang pencinta keamanan dan akan selesaiakan masalah. Aku harap, makin lama, kita akan semakin aman dan kurang jenayah.

Sekian, tu je dulu aku nak luahkan. Aku sedih bila tengok rakyat kita jadi macam ni.

– Rakyat Prihatin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit