Assalamualaikum. Hi, salam Ramadan semua. Aku Abid, isteri seorang dan anak pun seorang. Based on tajuk, aku nak confess sikit tentang penyediaan juadah waktu Ramadan ni terutamanya time iftarlah. Aku dan isteri, Lya 6 tahun kawen, masih belum ada kesepakatan utuh dalam menentukan juadah berbuka. Mungkin kami datang dari keluarga berbeza budaya. Saya orang Selatan dan dia orang Utara. Adik beradik saya ramai, adik beradik dia sikit.
Dari awal kawen, kami memang jarang nak sama selera untuk makan tengah hari atau malam. Tapi time berpuasa, hampir tiap-tiap tahun kami plan agar menu berbuka kami susun elok-elok untuk elak pembaziran. Jika saya prefer makan nasi atau mi yang goreng-goreng atau bergulai seperti masak merah kari dan lemak, dia pula perefer nasi atau mi yang berkuah ceroi seperti sup, tomyam dan laksa.
Jika dalam family saya dan dia masing-masing di kampung, tiada masalah, 5 6 menu berlauk pun, insyaAllah habis sebab makan ramai-ramai. Tapi kami berdua sedar 2-3 menu berlauk siap sayur dah cukup untuk kami berdua. Anak pula umur 3 tahun, dia tak berapa nak makan nasi sangat dah tolak tepi. Jadi, kami berdua sama-sama cadangkan dan susun menu secara bergilir2.
Setiap tahun, pada minggu pertama puasa list yang kami buat boleh dilaksanakan. Tapi masuk minggu ke dua setiap tahun termasuklah kelmarin, meja kami bertambah menu yang biasanya 2-3 mangkuk, dah jadi 4-5 mangkuk juadah. Sebabnya, Lya nak menu kuah ceroinya ada hari-hari. Jadinya, biasanya hampir setiap hari akan ada lebihan makanan. Tak kiralah sama ada kami masak sendiri atau beli di bazar. Saya betul-betul tak gemar bazir-bazir begini.
Betul, memang kalau ada baki, kami simpan dan panaskan semula. Tapi untuk berbuka esoknya, bukan sahur sebab sahur kami berdua sama-sama tak makan makanan berat. Selain kurma beberapa biji dan air, kami makan oat, roti atau biskut sahaja. Tapi, untuk juadah berbuka esoknya, selain ada lebihan juadah semalamnya, ada juga la 1-2 juadah baru yabg tersedia. Saya boleh je makan menu semalam, tapi dia tetap nak ada menu baru yang akhirnya ada juga baki dari menu baru tu pula. Baki menu semalam tanpa rela ke tong sampai juga bila kali kedua makan tak habis juga. Takkan nak simpan bakinya buat kali kedua?
Semalam aku usulkan, kita tak perlu masak lagi. Penat masak tapi akhirnya tak habis. Sebenarnya, yang masak itu adalah saya yang memang balik awal kerja. Lya yang sampai rumah lagi setengah jam sebelum magrib hanya top up masak yang simple-simple seperti sayur. Jika ada hari bukan menu pilihan dia, kalau dia tahu tak sempat masak, dia singgah bazar siap-siap depan rumah. Kami pula memang jenis nak elak ke bazar atas insisden2 yang pernah kami alami seperti ayam goreng bau busuk even nampak crispy, masak lemak ikan rasa hanyir, kuih ondeh-ondeh kelapa dah basi dan lain-lain lagi ikut pengalaman masing-masing. Jadi, memasak adalah keutamaan yang kami sepakati selain untuk berjimat-jimat dalam berbelanja.
Yang kelakar, plan tak payah masak dan beli saja di bazar pun idea yang dibuat saban tahun. Pun kadang-kadang tak berapa konsisten membeli sebab kadang-kadang bosan juga membeli di bazaar. Kadang-kadang iftar kat kedai tapi takkan lah nak hari-hari begitu. Last-last ada hari kami masak di mana kami dah tak ikut plan yang kami buat, ikut spontan setiap sahur kami diskas nak masak apa petang nanti. Kali ini memang lauk kau dan lauk aku dua-duanya ada tersedia tanpa rasa kesal dah soal membazir. Biasanya aku akan mengalah bgaitahu ikut menu yang dia nak je, tak payah ikut aku tapi dia nak aku makan betul-betul (sebab aku kurus, dia nak badan aku fit katanya…hehehe)
Gamaknya nafsu makan telah mengatasi rasa cukup dan tenang dengan apa yang ada. Aku sebagai ketua keluarga yang mengeluarkan belanja makan minum keluarga memang terasa jugalah bila pembaziran berlaku. Ada plan nak berbuka kat masjid atau surau, Lya tak mahu sebab penat balik kerja. Hari cuti kalau tak makan luar, kami balik kampung atau iftar rumah sesiapa atas jemputan. Memang teringin juga la nak macam orang lain jimat berbelanja dengan iftar dengan kejiranan atau komuniti setempat. Tapi, nak buat macam mana, kalau aku pergi sendiri, macam pentingkan diri pula sebab tinggalkan dia yang baru balik kerja kene jaga anak. Entahlah.
Sebenarnya, normal ke situasi ni berlaku pada keluarga kecil macam kami ni? Family lain macam mana ye? Situasi ini berlalu mungkin kami ni dua-dua bekerja, duit bukan masalah pun yang membuatkan kami ada pelbagai pilihan; masak sendiri, order delivery, pergi bazaar, makan kedai dan booking buffet. Tapi, bila muhasabah diri, terasa kami ni betul-betul macam hamba-Nya yang tidak bersyukur. Elok-elok plan menu awal Ramadan untuk elak bazir, last-last plan tu tak ikut pun. Tahun demi tahun plan yang sama juga, tetap akhirnya jadi begini.
“Bang, cepat-cepatlah Mamat besar, boleh makan sama-sama sampai licin,” ujar Lya subuh tadi.
“Betul, harap=harap juga Mamat ada 1-2 adik nanti agar meriah rumah kita ni.” Aku respon bersahaja tapi lenganku pula dicubit Lya….hahaha…. Dia memang enggan menambah anak. Katanya cukup sorang sahaja. Ya, dia tu memang workaholic selain trauma dengan czer. Aku dah penat nak suruh dia berhenti kerja atau cari kerja lain yang boleh WFH. Tapi dia minta pampasanlah pula pada kelayakannya yang dia ada sebagai pegawai kanan dan ada master. Ah, tak pe, aku bukan tak boleh beri tuntutan yang dia nakkan tu sebab income aku lebih setengah ganda dari dia, tetapi sikap dia jenis yang suka mengungkit yang mungkin menyalahkan aku kelak tu yang aku tak berani nak hadap. pasrah jelah.
Maaf tiba-tiba terselit kisah lain pula. Apa pun, doakan kami sentiasa menjadi orang yang bersyukur ya. Ramadan sepatutnya jadi madrasah mengekang nafsu, tapi sebaliknya berlaku. Semga korang juga yang ada usaha macam kami nak elak pembaziran ni turut diberi kekuatan oleh-Nya. Insya-Allah.
– Abid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Encik, sebagai alternatif agar Baki makanan tak dibuang Dalam tong sampai, ikhtiarkan Cari tempat membela ayam itik Dan Tanya tuannya samada izinkan beri makanan lebihan pada beliau atau tak. Itu yg saya buat walaupun tidak kenal tuan tersebut. Tidaklah menggalakkan Encik terus dalam suasana begitu, Cuba juga elakkan pembaziran sehabis baik Dan jika Masih berlaku, usahakan makanan tersebut tidak terbazir. Kerana kelak Allah akan Tanya. Saya juga mengambil inspirasi ibu dan ayah saya di kampung yg membela ayam dan itik angsa, jadi lebihan makanan tidaklah dibuang ke dalam tong sampah. Cadangan sahaja ya. Smg bermanfaat
Bro, aku just brief macam mana family aku prepare untuk berbuka. Kita ada family yg sama, suami, isteri, anak sorang. sebelum start puasa, kitorang dah beli 3 jenis lauk siap2 untuk sepanjang ramadhan tu. so just ulang masak yg tu je. nk masak apa pun xkesah.asalkan x spent masa lama sgt nk masak. obviously sometimes akan beli luar bila nak rasa. tapi hari2 mmg akan habis je lauk, just masak 2 lauk cukup untuk 3 orang makan. atau pun just buat mee goreng dgn ayam.confirm habis. xpenah lagi ada isu membazir stakat ni. hope thats help