Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession ni. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf andai penceritaan ni ayat tunggang-langgang.
Saya Zye, sudah berkahwin dan Alhamdulillah dikurniakan seorang anak, sekarang berumur 3 tahun. Saya dan suami cuba untuk menambah ahli bagi keluarga kecil kami. Hampir setahun mencuba.
Beberapa hari sebelum raya Aidilfitri baru-baru ni, saya perasan ada perubahan pada diri. Macam loya, tak boleh bau makanan laut, dan puting jadi sensitif dan sakit.
Pada raya kedua baru saya ambil UPT. Double line. Bukan sekali saya buat UPT, tapi 3 kali… 3 waktu yang berbeza, 3 brand dan 3 jenis (dip stick, jenis yang kita drip kan atas test tu, and brand clearblue biasa bukan digital).
Ketiga-tiga ujian tu tunjuk yang saya positif. Happy dia tak payah cakap la… Kalau ikut pengiraan, masa tu da 5+ minggu.
Time nak dekat masuk 6 minggu, terasa pinggang dan belakang sakit sangat, macam mild contraction. Tarik dia sampai ke abdomen depan.
Pergi klinik, doc kata sakit tu mungkin sebab bersama dengan suami and buat kerja berat. Doc pun scan masih tak nampak, doc cakap mungkin masih awal, and mintak datang lagi dua minggu kalau nak scan lagi.
Genap 6 minggu, waktu subuh, anak tidur bergolek jatuh katil, kepala dulu kena kat ’tiles.’ Belah yang dia tidur ada bantal sebagai penghadang.
Tapi sebab dia tidur lasak, bergolek jugak and tempat dia jatuh tu tak ada karpet atau alas. Memang meraung la dia. Dah tuam, baru dia okay.
Memang risau sangat, dah la sehari sebelum tu ada kes kat pantai timur baby umur 14 bulan jatuh katil, meninggal (al-fatihah buatmu anak syurga).
Tapi tengok dia makan breakfast elok dan aktif macam biasa so lega sikit. Lepas breakfast, kami ke hospital, my mom ada appointment doc haritu.
Hospital dengan rumah tak de la jauh mana, dalam 5-10 minit drive, and bergantung pada traffic. Faham-fahamlah kalau appointment hospital kerajaan. Menunggu lama, selalunya dalam tengahari baru habis.
Saya hantar lepas tu saya akan balik dulu untuk buat kerja-kerja kat rumah sebelum pergi balik ambil my mom. My mom ni kuat lagi, masih aktif berjalan, cuma ada darah tinggi and diabetes.
On the way balik dari hantar my mom tu, anak saya tiba-tiba muntah dalam kereta. Agak banyak…
Mula nya fikir mungkin sebab pemakanan dia pagi tu. Tapi lepas tu sampai 3 kali dia muntah. Baru teringat yang dia jatuh katil. Walaupun dia muntah banyak tapi dia tetap aktif.
Cek kepala dia, tempat lebam tu da timbul bintik-bintik merah. Terus bawa pergi klinik. Doc kat klinik cek and bagi surat untuk refer ke hospital.
Kebetulan keluar dari klinik, my mom call kata nya dah siap, agak awal, mungkin sebab pandemik, ramai sangat orang, mana yang tak serious dia cek biasa tanpa perlu jumpa doktor and terus bagi balik.
Terus ke hospital ambil my mom kemudian hantar balik rumah, kemas beg siap-siap, just in case kalau kena tahan wad, then pergi balik hospital untuk hantar anak pulak. memang terkejar-kejar waktu tu.
Di emergency department (ED) anak masuk yellow zone untuk dipantau. Alhamdulillah lepas asar doc discharged and minta pantau dari rumah saja.
Balik dari hospital terus ubah katil, tolak rapat ke dinding. Dari subuh saya memang takde rest, berterusan sampai ke petang. Makan pun hanya roti bun dan air kosong.
(Time ni suami saya balik awal dari kerja dan memang da ada kat hospital sebelum asar, tapi sebab kami kat ED and pandemik dia tak boleh masuk – kang nanti ada pulak pembaca yang kecam suami saya)
Waktu maghrib, ke hospital lagi, kali ni untuk diri saya sendiri, sebab bleeding. Time tu memang da risau sangat. Tapi sebelum ke hospital sempat lagi buat UPT. Masih positif.
Di ED lepas menunggu tiga jam baru dapat jumpa doc. Doc di ED scan kata macam ada sesuatu kat rahim (mungkin janin), doc refer ke OBGYN pulak.
Tapi masa buat vaginal ultrasound, doc cakap takda pape and dinding rahim saya pun nipis. Doc amik urine, test UPT. Negatif.
Nak dekat tengah malam baru doktor bagi balik, doc cakap mungkin sebab awal lagi so scan tak nampak and minta buat sendiri UPT lepas 3 minggu.
Pukul 4 pagi, saya terjaga dari tidur sebab perut sakit. Teramat sakit… Pergi bilik air, tengok keluar dua ketul darah beku, panjang lebih kurang 3 inci, lebar 2 inci.
Sebelum ni kalau period saya tak pernah ada darah beku macam tu. Itu first time. Terus ke hospital balik. Jumpa doc yang sama.
Tunjuk gambar darah beku tu, doc cakap dah bt UPT, negatif, ujian air kencing pun tak tunjuk yang saya ni pregnant, scan pun kosong.
Doc sahkan saya tak pregnant. bleeding tu mungkin period biasa. Darah beku tu bukan POC (product of conception). Tapi doc pun tak tau kenapa UPT saya sebelum ni positif.
Masa ni perasaan saya bercampur baur. Sedih ada, lega ada.
Balik rumah saya banyak termenung. Pakar sahkan saya tak hamil, siapalah saya nak argue benda tu kan, mereka pakar, saya bukan. tapi naluri saya kuat mengatakan yang saya sebenarnya pregnant tapi gugur.
Dalam 2 hari jugak la saya down dan depressed. Tak buat apa-apa hanya menangis dan tidur sahaja.
Nasib baik la suami saya memahami, dia WFH dua hari tu, dia lah yang menguruskan anak, buat kerja-kerja rumah, sediakan makan semua. Thank you abang.
Anak pun seakan faham keadaan saya masa tu. dia tak ganggu saya dan hanya datang peluk dan cium. kemudian sambung bermain.
Walau apapun, pregnant atau tak, gugur atau tak, saya redha and berserah kepada Allah. Mungkin ada hikmah benda ni jadi. Bersyukur sangat ada suami dan anak yang memahami. Alhamdulillah…
That’s all. Terima kasih semua kerana sudi membaca luahan ni.
Sekian..
– Zye (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit