Tak Jadi Admit Hospital

Baru-baru ni Mak Yong ada bawa anak sulung ke hospital untuk check ketumbuhan dalam kantung telur dia. Dah sebulan ketumbuhan ada, atau kami yang baru perasan.

Ketumbuhan tu kadang-kadang merah dan mengeras. Ada masa-masa nya tak sakit, dan ada juga sampai anak Mak Yong kena jalan keng kang.

Hasil ultrasound, ketumbuhan tu dipanggil lipoma dan saiznya besar. Ada sebiji di setiap kantungnya. Doktor sarankan untuk balik fikir dulu sebab ikutkan polisi insurans, masih valid dalam masa tiga bulan lepas first check up. Maksudnya masih boleh claim under insurans.

Mak Yong balik dan fikir dengan suami dan kami buat keputusan untuk teruskan dengan pembedahan memandangkan anak ni akan banyak upcoming sukan luar musim.

Pembedahan ni juga cuma pembedahan kecil. Jadi, kami fikir recovery mudah dan dah alang-alang kami dah clear kan jadual kami.

Esoknya (Isnin), Mak Yong ke hospital untuk set temujanji. Dan kami dapat set pembedahan pada hari Rabu. Kami perlu datang hari Selasa, pukul 8.00 pagi datang untuk admission.

Walaupun dalam hati ni rasa berdebar, tapi ada juga rasa bersyukur sebab ada juga jawapan dan solusi untuk penyakit anak.

Hari admission (Selasa), suami bawa anak ke hospital. Mak Yong duduk rumah jaga anak-anak yang lain. Suami cakap hari ini (Selasa) juga kena operate.

Mak Yong ok je sebenarnya, cuma dalam hati, ehh kan kena book bilik OT? Ke keadaan anak aku ni emergency? Pelik tapi Mak Yong diamkan aje. Lepas tu suami balik sementara nak tunggu GL lulus.

Pukul 2 petang, agen telefon kata GL tak lulus. Kenapa tak lulus? Sebelum admit, Mak Yong dah check dengan agen. Bayaran semua ok dan sepatutnya tak ada masalah apa. Bila check, rupanya ada tulis dalam report yang masalah anak Mak Yong ialah masalah ”conginental”.

Kalau ikutkan imaging report yang buat hari tu, masalah anak Mak Yong bukan conginental. Jadi, disebabkan perkataan ”conginental”, huraian ‘pernah warded’ dan ‘pernah operate’ menyebabkan anak Mak Yong tak boleh admit.

3 hari Mak Yong dan suami ulang alik ke hospital untuk dapatkan rawatan, rasa kecewa sangat.

Mak Yong sendiri pilih hospital swasta tu, pilih doktor berdasarkan background, ambil cuti semata-mata nak uruskan anak, bila jadi macam ni, ya Allah rasa sangat penat. Tambah pula bila agen kata report tu adalah report dari doktor.

Mak Yong telefon doktor tu, dia suruh ke klinik di hospital petang tu juga untuk discuss katanya. Mak Yong sampai, kena sidai 1 jam setengah.

Pastu misi dia bagi resit suruh bayar kat kaunter, sebab anak Mak Yong dah siap ambil darah dan buat covid test sebelum admitted, walaupun tak admit. Mak Yong ni bayar harga test covid RM68 dengan sebak tahan air mata. Sakit hati, kecewa, nak marah, penat. Semua bercampur baur.

Bila masuk bilik doktor, dia tak mengaku yang dia tulis report macam tu. Dia salahkan Mak Yong, katanya Mak Yong ni typical mak-mak, worry too much over nothing. Kau rasa?

Mak Yong sekeluara bukan tinggal di negeri terletaknya hospital swasta ni. Kami terpaksa ambil cuti dan travel ke sana. Nak uruskan anak, makan anak, kos minyak, semuanya perlukan duit.

Bila tak admit, bayaran check up kena guna duit sendiri. Mak Yong tengok, consultation fee, RM180 caj doktor pakar, is it worth it? Total check up hari pertama RM360.

Walaupun bukan besar nilainya pada orang lain, untuk Mak Yong ni, dengan harga tu macam-macam barangan basah Mak Yong boleh beli. Nak uruskan anak ni, bukan duit sahaja guna, tapi tenaga dan masa. Berapa banyak masa yang terbuang?

Udah la pulak kena tambah bayar sendiri ujian darah dan covid, sakit hati pulak yang dapat. Mujur Mak Yong berkeras nak datang petang, kalau tidak, disuruhnya pulak datang esok pagi (Rabu).

Dari hari Ahad sampai Selasa, Mak Yong buat temujanji pukul 10.00 pagi dekat apps hospital tu. Pukul 11.30 pagi baru doktor sampai.

Habis tu buat apa letak dalam apps appoinment start 9.00 pagi? Tipu kalau kata doktor pusing wad pagi-pagi sebab dia sendiri tak datang lagi. Parking kereta dia kosong.

Habis je “discuss”, Mak Yong jalan ke tempat suami Mak Yong parking. Jauh juga sebab parking hospital penuh. Walau jauh, tak terasa. Sebab kecewanya hati ni. Sampai kereta, Mak Yong menangis. Suami terkejut. Penat. Sumpah penat.

Orang yang ada pangkat dan kedudukan macam doktor tu, dia tak nak guna untuk bantu Mak Yong. Mak Yong minta refferal letter untuk Mak Yong proceed ke hospital kerajaan terdekat dengan Mak Yong. Ok, dia bagi.

Mak Yong minta juga dia give his friend a call untuk terus dapatkan tarikh. Sebab pernah Mak Yong pergi ke klinik swasta, doktor tu sendiri tolong book kan tarikh pakar di hospital kerajaan. Dia tak nak.

Doktor tu bagi macam-macam alasan walau Mak Yong cakap, Mak Yong nak biarkan lekat nama dia di hospital tu walaupun tak buat pembedahan lagi, dan Mak Yong sanggup untuk pergi yearly check up. DIA TAK NAK!

Dan itulah yang membuatkan Mak Yong sangat sangat kecewa. Balik je rumah, Mak Yong jadi banyak termenung, diam. Entah kenapa. Penat rasanya.

Malam tu pulak plan nak keluar sorang-sorang beli barang, pergi family mart, tapi nasiblah suami lebih laju bertindak. Dia ajak pergi shopping. Rasanya dia sendiri tak berani nak bagi Mak Yong drive sorang dalam keadaan macam ni.

Bukan itu sahaja, ok! Agen kata disebabkan kes GL anak Mak Yong ni decline, disebabkan anak Mak Yong pernah admitted dan pernah operate tapi Mak Yong tak declare, syarikat insurans bekukan penggunaan insurans anak Mak Yong sehingga 3 bulan.

Jadi, agen minta Mak Yong ke hospital kerajaan yang anak Mak Yong operate dulu untuk dapatkan report. Ya Allah! Jadi banyak kerja pulak hanya sebab seorang yang ignorant!

Satu hal tentang insurans ni, bila kita bayar cantik, kita sihat je. Bila tiba-tiba kita sangkut bayar, time tu la nak demam la, infulenza la, batuk la, patah la, nak kena operate la. Macam-macam hal.

Macam anak Mak Yong, balik je rumah ni, tiba-tiba demam. Rupanya bengkak tonsil tahap 4 dan doktor sarankan untuk buang sebab dah beberapa kali berlaku walaupun dah ambil antibiotik.

Minta maaf kalau penulisan Mak Yong ni berterabur. Cuma, dah banyak hari Mak Yong menulis dalam kepala otak, hari ni baru ada kekuatan untuk kongsi pengalaman dengan semua.

Walau baik mana pun kita merancang, rancangan Allah SWT lebih hebat dan menyeluruh. Rupanya Allah nak bagi Mak Yong rehat.

Anak tak jadi admit, Mak Yong pulak yang admitted. Emergency operate appendix. Rabu maghrib tu pergi ke kecemasan, malam tu juga operate. Dan sekarang Mak Yong dah bed rest hari ke 7. Alhamdulillah, rasa makin kuat dan sihat.

Anak pun buat sementara waktu ambil antibiotik. Untuk urusan hospital anak hari tu, Mak Yong dah file a complain selain dari try submit official letter ke syarikat insurans dan minta agen tolong uruskan selebihnya.

Apa Mak Yong belajar dari pengalaman ini ialah, bila kita ada kelebihan untuk memudahkan urusan orang lain, kita cubalah mudahkan. Bantu semampu mungkin.

You know, bila doktor tu huraikan pasal condition anak Mak Yong yang doktor tu minta Mak Yong datang untuk “discuss” petang tu kan, Mak Yong tak dapat dengar suara dia.

Apa yang berlaku ialah, Mak Yong nampak mulut dia gerak-gerak tapi tanpa suara, cuma Mak Yong bermonolog sangat kuat dalam kepala Mak Yong, saying that, he’s excatly what I don’t want to be. Paham tak? Macam scene dalam TV tu. Hehe.

Ingat, bila-bila masa kita ada kesempatan untuk memudahkan urusan orang, cubalah buat. Mudah-mudahan di masa depan, kita akan berjumpa dengan orang yang akan memudahkan urusakan kita pula.

Sekian,

– Mak Yong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *