Tak kahwin, Salah, Dah Kahwin, Masalah.

Zaman courtship semua indah. Semua yang kau nampak baik cantik dan baik belaka. Lepas kau masuk je fasa selepas akad, barulah kau sedar yang kehidupan itu penuh dengan tanggungjawab. Kadang kau blur-blur lagi, takpe lah masih belajar nak adapt dengan pasangan, cari keserasian dengan keluarga mertua, belajar jadi suami, jadi isteri, jadi parents…

Semua ini kau belajar hampir setiap hari sampailah kau berjaya create kau punya routine pattern and pace bagi memastikan eco system yang kau cipta tak collapse. System yang kau cipta berteraskan impian dan hala tuju yang kau nak pacu untuk family kau, keturunan anak cicit kau.

Beruntunglah bagi pasangan yang serasi dalam menelusuri kehidupan keluarga dalam paksi dan rythm yang synchronise. Namun, sedikit yang tahu ada pasangan kat luar sana tak mampu pun nak bina eco-system itu bersama-sama walaupun bertahun sudah berlalu.

Aku nak ceritakan satu kisah pasangan yang berkahwin sejak tahun 2005. Suaminya seorang yang pernah berkahwin sebelumnya. Dia bercerai dua tahun sebelum mengenali isterinya yang sekarang. Perkahwinan terdahulu terbina selama 12 tahun dan tidak mempunyai anak. Semasa mengenali suaminya, si isteri masih lagi belajar di tahun akhir sarjana muda. Perbezaan usia sebanyak 25 tahun bukanlah suatu halangan untuk mereka berkawan kerana keserasian yang terbina membuatkan mereka selesa dengan keperibadian masing-masing.

Si suami merupakan seorang entrepreneur mengusahakan perniagaan miliknya sendiri. Namun, perniagaannya tidaklah begitu maju. Tambahan pula, segala bentuk harta benda miliknya telah dituntut oleh bekas isterinya yang terdahulu. Si isteri yang baru ini menerima suaminya itu dengan seadanya. Tamat sahaja pengajian, si lelaki menyatakan hasrat untuk bernikah. Enam bulan kemudian mereka bernikah dalam majlis yang sungguh sederhana (malah menjadi bualan hangat keluarga dan tetamu dalam majlis serba kekurangan).

Dua bulan selepas berkahwin, perkhabaran gembira si isteri mengandung. Keadaan ketika itu masih baik kerana suaminya mendapat tawaran untuk berkolaborasi dengan syarikat perusahaan sahabatnya. Hidup mereka ketika ini tidaklah senang dan tidaklah pula susah. Mereka tinggal di rumah keluarga perempuan dan mempunyai satu kereta vintage untuk bergerak ke sana sini. Si isteri tidak bekerja kerana ingin menumpukan pada kandungannya ketika itu dan majikan mana ada yang baik hati ingin mengambil pekerja yang mengandung.

Semasa anak sulung mereka menginjak ke 5 bulan, suaminya mengajaknya balik ke kampung. Di sanalah suaminya memberitahu yang dia tidak lagi bekerja bersama sahabatnya. Ketika itu isterinya masih belum dapat membayangkan masa depan yang bakal dilaluinya. Mungkin barangkali simpanan semua masih cukup.

Kerana sudah berhabis duit, si suami dah tak mampu nak menampung perbelanjaan keluarga seperti biasa termasuklah duit sewa bilik, elektrik dan rumah (yang dijadikan tempat simpan stock perniagaan) dan ‘hulur’ duit dapur. Si isteri yang risau kerana asyik bertelagah dengan adik beradiknya yang sering mengungkit, memujuk suaminya pindah ke rumah sewa milik ibunya yang dijadikan gudang stock perniagaan suaminya.

Tanpa perabut dan kelengkapan yang lain, berbekalkan duit masih berbaki, si suami membeli tong gas, kuali dan pisau. Alhamdulillah si isteri masih boleh membiasakan diri dengan keadaan itu walaupun keinginan hatinya ingin yang jauh lebih baik kerana mereka sudahpun mempunyai tanggungjawab sebagai ibubapa.

Si suami masih lagi belum ada apa-apa yang ‘lekat’ pada perniagaannya, memberikannya ruang untuk melebikan amal ibadat. Sebelum itu suaminya memang rajin buat amalan sunnah seperti solat dhuha, tahajjud, puasa sunat dan sebagainya. Tetapi kali ini lebih kuat lagi. Si isteri yang sudah habis bergadai barang kemas merasakan perlunya untuk dia keluar bekerja membantu suami. Saat anak mereka 8 bulan, si isteri mengajar English di pusat bahasa. Berbekalkan RM1800 sebagai gaji bulanan, dibawa balik dan dikongsikan untuk diri sendiri, suami dan anak.

Dua bulan di bekerja di situ, si isteri terpaksa memilih untuk berhenti kerja kerana kasihankan si anak kecil yang terpaksa ikut suaminya menghantar dan menjemputnya dari tempat kerja lewat malam. Setelah itu, dua bulan si isteri tidak bekerja, mereka hidup dengan berhutang dari adik beradik yang lain. Dipendekkan cerita, si isteri mendapat kerja yang baik dan terus berusaha agar maju dalam kerjayanya. Pada masa yang sama si isteri juga sudahpun berubah sepenuhnya. Jika dahulu takut nak buat keputusan, kini dia mampu menempuh apa sahaja.

2015, setelah 10 tahun usia perkahwinan mereka… suaminya masih ditakuk yang sama. Tetap kuat beribadah tetapi masih tidak menjaga keperluan dan perasaan di isteri. Bukan tak pernah ingin membantu. Si isteri pernah memujuk si suami untuk venture perniagaan lain, dan bertanya berapa modal diperlukan. Suami bising tak boleh buat kerja kerana tiada internet, si isteri langgan internet.

Isteri risau kereta antik asyik rosak, beli kereta baru kerana risau suami tersadai di tepi jalan bersama-sama anak kecil mereka. Sedangkan si isteri ke pejabat dengan menaiki bas, berjalan kaki sejauh 400 meter pergi dan balik ke jalan besar laluan bas. Kadangkala berdiri dari KL ke rumah kerana tiada tempat duduk. Tak usah cerita lah kisah diraba oleh pekerja asing dalam bas juga tak diketahui suami. Credit card juga diberikan kepasa suami jika kecemasan adalah juga untuk digunakan.

9 tahun si isteri menanggung nafkah dan keperluan keluarga. Anak mereka pula dah bertambah kepada 3 orang. Berkali si isteri menyatakan hasrat ingin berpisah. Pergi ke pejabat agama, si isteri menceritakan masalahnya tanpa sedikitpun menceritakan cacat cela suami selain hanya tidak memberi nafkah. Si suami pula sebaliknya. Habis dicanang keburukan isteri depan pegawai kaunseling. Apabila tiba sesi kaunseling bersama, mendengarkan aduan si suami dari kaunselor, hancur remuk perasaan si isteri.

Hubungan si isteri dengan keluarga juga renggang, selalu dipersalahkan untuk setiap masalah. Rupanya si suami mengadukan masalah pada keluarga si isteri. Campurtangan dari abang si isteri yang panas baran juga mengeruhkan keadaan. Pernah sekali abangnya menyuruhnya berjumpa dengan psychiatrist kerana kemungkinan ada penyakit gila. Bila diadukan kepada keluarga, mereka akan suruhnya pergi berubat dengan ustaz. Bayangkan perasaan si isteri ini… she is already shattered when the problem is not even her. Tanpa sokongan keluarga, teman-teman di pejabat lah menjadi oasis buat si isteri bagi melupakan masalah rumahtangganya.

Pernah sekali, si suami mengugut jika mahukan penceraian, dia mahu ceritakan segala aib si isteri semasa zaman remajanya dan mahu mengambil hak jagaan anak-anak. Si isteri tewas. Lebih bingung sebenarnya kerana suaminya beriya-iya mahukan anak-anak tetapi ada masa anaknya dipukul, ditarik-tarik rambutnya dan dihambat seperti haiwan ketika marah. Dia tidak pula memberikan perhatian kepada anak kerana sibuk berpolitik di laman maya.

Si isteri yang lembut pun dah bertukar menjadi kasar dan pemarah. Sudah 5 tahun mereka tidur berasingan. Si isteri yang tak mahu berhutang apa-apa dengan suamunya inginkan perpisahan sebagai jalan terbaik. Namun, masih berkira-kira bagaimana mahu mengambil jalan tengah kerana walaupun berjawatan sebagai pengurus dan bergaji selesa, hutang yang membukit tidak mampu untung memberikannya lebihan dalam menguruskan anak-anak sendirian.

Si isteri tak pernah mempersoalkan amal ibadah si suami. Kerana baginya, itu adalah hubungan dia dengan Tuhan. Tak pernah dipersoalkan amal ibadat suaminya dan layanan yang diterima sebagai isteri. Baginya, dia ingin belajar untuk redha dan memaafkan. Tetapi semakin hari si suami makin tak endah keadaan di rumah dan sebagainya. Dia hanya hantar dan ambil anak dari sekolah dan memastikan mereka semua makan.

Si isteri makin terkilan. Makin membenam rasa. Tak mampu nak redha walaupun berkali mencuba. Si isteri masih memendam rasa suaminya berhutang nafkah zahir dan batin. Tak pernah sekali si isteri redha bagi masa yang berlalu tak dapat menjaga dan melihat anak membesar di depan mata kerana terpaksa keluar bekerja.

Dengan ugutan si suami dan bebanan hutang, si isteri terikat dengan perkahwinan yang tiada eco system. Hatinya mati terus. Sehingga hari ini, si isteri masih merahsiakan aib suaminya dari pengetahuan keluarga. Yang mereka tahu si menantu tak memberi nafkah. Hanya dengan pekerjaan baru dan gaji yang lebih tinggi mampu mengubah episod hidupnya. Saat itu, pastinya dia mempunyai kekuatan dan keyakinan baru untuk menguruskan anak-anaknya sendirian tanpa bandwagon passenger.

Percayalah memang tiada perkahwinan yang perfect. Hanya dengan paksi eco-system yang kukuh, the imperfection will never prevail over the relationship. The eco-system will be the balancing force for harmonization. Doakan lah kakak ini dan sesiapa pun dalam situasi seperti beliau agar dipermudahkan urusannya, lancar perancangannya.

Hidup ini perlu baik dengan Tuhan.. tetapi jangan pernah menjadikannya amalan atau usaha yang sia-sia sekiranya kita belum selesai bab dengan manusia khusus sekali tanggungjawab yang tertulis di dlm Al-Quran dan Hadith.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *