Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca IIUM Confession. Aku terus terang jelah cerita senangkan dan minta pendapat semua juga.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang masa aku kecil dulu susahlah juga ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Tapi bila dah semakin membesar semua baik-baik dan Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga bertambah baik dengan abah aku dinaikkan pangkat dan sekarang menunggu masa nak pencen.
Lupa pula perkenalan diri sendiri, aku sekarang berusia lewat 20an sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sedang berusaha menghabiskan thesis terakhir bagi master.
So korang doakan aku berjaya ok? Bab kerja bab kahwin bab anak semua ok, syukur Alhamdulillah.
Cerita bermula begini, kan aku ada kata masa perenggan pertama zaman kecil hidup kami sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi..
Dan disebabkan itu aku menjadi orang yang sangat berjimat cermat dan suka menabung,
Disebabkan pengalaman aku masa kecil aku susah sangat sampai tak ada duit nak makan dan kadang-kadang kami hanya makan kuah dan nasi sahaja tapi tetap syukur semua dah besar panjang.
Tapi disebabkan pengalaman aku susah dan aku anak sulung sangat mematangkan aku, dan zaman kecil aku dilaui dengan tabah tapi itu lah yang membuat aku kuat.
Untuk pengetahuan pembaca juga keluarga mak ramai dan mak anak sulung dari 10 orang beradik jadi aku ada ramai pakcik dan makcik, masa aku kecil memang pakcik makcik juga yang banyak membantu termasuk nenek dan datuk aku.
Nenek aku ni cerewet termasuklah makcik-makcik aku dan bila aku dan adik beradik semakin besar banyak benda yang family mak nak masuk campur termasuk bab pelajaran, bercinta, kahwin dan semuanya.
Berbeza dari family ayah aku yang jenis mind your own business atau memang jenis tak nak ambil tahu. so up to them lah kan janji tak menyusahkan kami sekeluarga.
Kerja dan gaji aku sekarang dalam RM3500 jujur aku cakap terus untuk para pembaca menilai dengan aku yang tinggal kt ibu kota nan indah, dengan ada anak dengan komitmen aku beli rumah, bil, utilities, expenses,
Ni aku dah cukup berjimat dengan masak sendiri dan bawa bekal ke pejabat. Balik kerja masak lagi, komitmen kereta lagi, banyak lah.
Suami ada bantu dan dialah yang banyak sangat tolong dalam hal perbelanjaan rumah tangga tapi dia pun ada komitmen sendiri juga jadi kami suami isteri sama membantu mana mampu.
Kisah bermula bila mak aku mula suruh aku kirim duit untuk nenek dan datuk di kampung setiap bulan, compulsory ye kawan-kawan.
Dah lah aku bagi dekat mak ayah tiap bulan, bil dirumah mak ayah aku pun aku bayar, bil rumah aku pun aku bayar. Jadi korang fikir macam mana aku nak survive? dengan anak aku nak hantar pengasuh, susu, pampers.
Bila aku cakap tengok kalau aku ada duit lebih tapi mak terus cakap aku ni jenis tak kenang budi dan tak ingat jasa nenek, datuk, makcik dan pakcik aku semua.
Untuk pengetahuan korang, makcik dan pakcik aku ni semua tak berkerja besar ada pun sorang je kerja kerajaan yang lain sorry to say sangatlah pemalas dan hanya mengharapkan ihsan nenek dan atuk aku walaupun semua dah tua bangka dan berkahwin,
Aku ada tolong beli barang masa aku balik kampung tapi aku tengok jenis yang bila dibantu makin pemalas sebab dah tahu memang ada orang akan bantu.
Termasuklah bab makan yang memang menunggu nenek aku masak walaupun dah ada bini masing-masing.
Kat sini jadi isu bila tiap kali gaji memang mak akan bad mood dengan aku, baru-baru ni kereta aku hantar service dan ada repair sikit2 tapi makan kos jugalah ingat seringgit dua ke?
Tapi mak tetap cakap aku ni jenis tak kenang jasa family mak dan aku terus down.
Dah lah repair kereta aku dah sah-sah guna duit aku dan aku dah berhabis banyak kat kereta, kalau tak ada kereta susahlah aku nk kerja nak hantar anak nak kehulu hilir tapi isu tak habis-habis kata aku ni tak sedar diri.
Adik-adik aku semua kerja biasa dan part time sebab masih tak ada rezeki kerja tetap jadi part bil tu aku memang akan settle kan, korang jangan tanya abah aku tak tolong ke? sebab abah pun ada komitmen sendiri dan sebagai anak aku tak berkira cuma terkilan sikap mak.
Aku tak pernah lupa orang yang tolong aku, malah aku berterima kasih cuma kalau gaji aku pun cukup2 je nak survive dan kalau ada duit sikit tu yang itu aku akan simpan untuk kecemasan kalau anything happen.
Sekarang tiap kali gaji tiap kali bulan mesti aku di label tak kenang budi dan cakap aku bermacam alasan dan kedekut. Demi Allah, orang tak pernah tahu betapa aku dan suami survive.
Teringat masa nak kahwin pun sama, hantaran aku belas ribu je tapi masih dikata sikit, kesian suami. Pelamin aku, catering, baju, mekap semua ada yang tak kena sedangkan aku berusaha nk buat majlis sehabis mungkin.
Para pembaca, minta pendapat korang adakah aku dikira tak kenang jasa dan dilabel tak kenang budi. Keringat aku kerja ni tak siapa yang tahu, doakan aku kuat dan tabah menjalani hidup.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit