Salam semua.. Apa khabar?
Saya waktu ni santai je jiwa sebab nak ulas masalah orang dan nak kongsi masalah saya dulu..
Saya pernah berkahwin dan melalui satu pengalaman aneh iaitu nak tengok suami kahwin lain.
Ada ke orang mengidam nak tengok suami kahwin lain? Agaknya ada tak, ada ni ha yang tengah menaip ni..
Perasaan tu waktu tu kata tolonglah, cepatlah kahwin dengan dia tu… Lambat betul mereka tu nak jadi kahwin.
Bercinta bertahun tapi bersayang manja dalam mesej je. Geram betul, cuba kantoi berkhalwat ke senang nak serang..
Waktu dia gatal tak bertempat tu masa saya mengandung anak kedua.
Asalnya dia adalah beli barang online dengan awek tu lepas tu nak oder lagi, banyak pula bertanya dalam mesej..
Suami ni memang kaki perempuan jadi saya tak hairan kenapa dia gatal sangat. Kira tu macam penyakit dia, atau kelemahan dia. Dan saya boleh terima!
Biasanya kita, sekali dua buat perangai boleh sabar lagi… Bila dah berkali memang tak boleh tahan.. Meletop juga rasa nak marah.. Tak boleh maafkan.
Tapi kan, jika dengan Allah kita buat salah berkali-kali.. Kemudian kita minta ampun, kita rasa Allah pasti ampunkan kerana Allah Maha Pengampun.
Berkali-kali buat dosa masih mengharapkan Allah ampuni. Begitulah juga manusia yang mahukan dimaafkan walaupun dah berkali buat salah yang sama.
Di awal mengandung dia sangat asyiklah bermesej dengan awek tu.. Yang sewelnya dia tak lock pun phone dia.
Saya dengan mudah selalu buka dan baca mesej romantik dia. Dengan isteri sah pun dia tak bermesej romantik begitu.. Saya senyum je.
Lama… Sampai waktu nak bersalin saya baca lagi mesej mereka.. Awek tu tanya, ‘isteri dah nak bersalin kan, bila overdue dah tahu jantina ke?’ dia jawab tak tahu.
Memang dia tak ambil tahu satu sen pun tentang kandungan isterinya. Tak teman pergi klinik atau nak tanya apa masalah. Semua saya buat sendiri.
Sebab saya dah lali dengan sikap negatifnya dari kelahiran anak pertama. Bila diuji untuk anak kedua ni air mata dah kering.
Saya berharap dia kahwin dengan perempuan tu sebab dia macam suka sangat pada awek tu. Saya mahu gembirakan suami.
Masa waktu berpantang. Dia mesej bab dalam kain. Makin berani. Sangat lucah juga.
Rupanya air mata saya masih ada, saya membacanya dengan tangisan memandang anak yang suci bersih…
Kenapalah ayah kamu ni teruk sangat. Kenapalah buat dosa begini.. Nak kahwin, kahwin jelah.
Panjang ceritanya… Sampai anak besar dia tak kahwin dengan perempuan tu.
Saya ada screenshot banyak mesej mereka untuk dijadikan bahan bukti. Sekali terdelete pula semua… Saya tak tahu apa tandanya. Allah nak tutup aib dia.
Sebenarnya dia tak kahwin lagi sebab mana ada duit simpanan. Ingat nak kahwin ni ikut nafsu gatal je ke.. Tak ada duit nak bagi nafkah macam mana..
Nasib saya dapat suami tak guna. Saya lihat di sosial media bersepah lelaki baik hebat yang setia, berkongsi tips dan kisah sayang keluarga.
Nak buat macam mana. Saya suka je kalau dia nak kahwin 4. Dia yang susah sangat nak dapat… Mungkin sebab dia suami orang.
Maka saya dah dudakan dia..
Selamat meninggal.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit