Assalamualaikum. Aku rasa terpanggil pulak nak cerita kisah aku lepas aku baca “Lelaki Tak Laku” (https://iiumc.com/aku-lelaki-tak-laku/). Tapi ni versi perempuan pulak. Hehe.
Panggil saja aku Kakak. Umur 29 tahun juga, single (of courseeee). Rupa aku okay okay saja, tapi ada yang kata macam wawa jenal, awet muda (sebab orang selalu ingat aku baru habis belajar umur 23 24), badan aku kecik saja, kulit cerah tapi ada sedikit bekas bekas jerawat, hehe.
Abang aku ada dua orang. Masing masing kahwin umur 25. Adik perempuan bawah aku pun sama kahwin seawal 25 juga.
Dan masa aku menyaksikan abang abang aku kahwin seawal itu, aku pun berangan yang aku pun akan kahwin umur 25 juga (masa abang aku kahwin, aku masih study lagi. Umur pun awal 20an. Kuat berangan hihi). Rupanya aku tengok adik aku kahwin dulu pulak. Haha.
Okay berbalik kepada cerita tak laku. Kenapa tak laku? Mungkin ada yang kata, alaaa 29 tu muda lagi, ada saja dah 30an tak kahwin lagi. Tapi aku pun ada target. Aku target nak kahwin sebelum 30. sekarang pun dah 29.
Sempat ke nak kejar target tu? Jodoh pun belum jumpa. Haha. Dan sebenarnya, aku tak pernah ada pengalaman bercinta. Bukan tak minat, tapi itulah, tak ada yang nak. Macam mana kan? Okay meh aku cerita.
Masa form 3, ada sorang lelaki ni yang dulunya sama sekolah rendah dengan aku, tiba tiba contact aku. Katanya suka aku dari sekolah rendah. tapi dah masuk sekolah menengah, masing masing sekolah asrama lain lain, jadinya terpisah lah.
Nak bercinta pun takboleh sebab jauh sangat dan duduk asrama. kita orang contact kalau cuti sekolah saja. tapi kita orang tak bercinta, sebab dia kata tunggu sama sama habis spm. Baru kita serius. Tapi lepas spm, tau tau dia hilang. Aku try contact tapi tak dapat.
Tanya tanya kawan, dia orang kata, dia tengah ambik exam untuk kelayakan pergi study luar negara, dan dah ada girlfriend sama lawa sama pandai dah pun. Aku pun berhuhu saja lah. Dah lah lama gila aku tunggu janji janji dia. Tau tau hilang weh. Sia sia nya masa aku. Haha.
Masa diploma, ada lah sorang ni suka aku. Aku tau pun sebab member dia cakap. Tapi tuan badan nya ni tak ada pun usaha nak dekat dengan aku. Mintak nombor pun tak, apa pun tak. Cuma usha dari jauh saja.
Eh takkan aku pulak nak gi dekat dia, “awak suka saya ehhh”. Takkan nak macam tu pulak? Dan cerita ni habis begitu saja, sampailah aku habis diploma. Haha
Masa degree pulak, kelas aku semua perempuan, pastu pulak tak aktif. Jenis pergi kelas, balik rumah, gi makan. Tu saja. Memang tak bersosial lah. Haha.
Tapi dalam tempoh degree tu, ada seorang kawan masa sekolah menengah ni tetiba approach aku. Tapi sama macam cerita pertama tu, dia kata taknak ganggu aku study, lepas aku habis study, dia nak serius.
Okay aku tunggu janji dia. Aku ni jenis setia tau. Kalau orang kata suruh tunggu, aku akan tunggu dia sorang. Aku tutup hati aku untuk orang lain. Tapi rupanya, orang yang berjanji tu tak tepati janji dia. Sekali lagi aku berhuhuhu.
Dah settled zaman belajar. Masuk zaman kerja pulak. Masa zaman baru masuk kerja, umur baru 24, aku memang tak fikir nak bercinta.
Tiba tiba tak rasa nak kahwin lagi (walaupun aku berangan nak kahwin 25). Aku cari hobi baru untuk memenuhi zaman muda aku. Aku mula aktif masuk event lari, pegi hiking, jumpa kawan kawan baru. Dan aku masih aktif dalam larian sampai sekarang.
Tapi dalam tempoh jumpa ramai ramai orang ni, tak ada sorang pun yang sangkut. Haha. Kawan kawan aku ramai saja yang kahwin lepas dia orang join aktiviti macam ni.
Eh jangan salah faham. Aku masuk aktiviti ni bukan niat untuk jumpa jodoh. Sebab aku minat dan nak isi masa lapang disamping boleh sihat gituuu.
Okay dalam tempoh umur 25 hingga sekarang 29 ni, dah banyak percubaan dari kawan kawan, sedara mara dan mak aku juga untuk dikenenkan dengan kenalan masing masing. Ada lah dalam 6 kali percubaan.
But guess what? Semua tak ada pun yang menjadi. Masalahnya, bukan tak jadi tu lepas kita orang pegi jumpa ke apa. Tapi tak sempat jumpa pun.
Kiranya, masa dia orang tanya, “nak tak kenal dengan si polan ni”. Dan aku mengiyekan saje sebab aku fikir, aku nak cari pun tak jumpa, so takpelah dikenenkan pun.
Tapi dah bila aku dah semangat nak berkenalan tu, tiba tiba, yang matchmaker ni, tiba tiba cakap, si polan tu belum nak kahwin lah, ada yang dah tengok muka aku dia takut sebab aku lawa sangat tak sesuai dengan dia lah,
Ada yang tiba tiba insecure sebab dia duda lah, ada yang tiba tiba nak hantar mak pegi haji dulu baru fikir kahwin lah. yang aku dah mesej untuk memulakan salam perkenalan tapi tak dilayan pun ada.
Sadis betul eh. Dah lah. Aku malas nak layan kalau “bakal jodoh” ni belum nak commit untuk serius kahwin ni. Ke sebenarnya aku ni tak lawa sebab tu masing masing tak berkenan. Tapi bagi macam macam alasan. Sedihnya. Haha.
Cerita kena ghost pun ada juga. Ingat tak tadi cerita masa aku degree tu?
Masa umur 26 dia ada approach aku balik sebenarnya. Dah mesej mesej sebulan dua tu, tiba tiba dia confessed dekat aku. Dan aku terima saja dia. Dia pun siap dah plan pasal kahwin apa semua which is buat aku excited.
Tapi kan, lepas sebulan kita orang “bercinta” tu, tiba tiba dia hilang begitu saje. Aku mesej tak reply. Aku saje buat story dekat ig dia tak reply. Padahal sebelum ni dia suka reply ig story aku tau. Memang hilang macam tu saja..
Aku tanya kawan kawan lain, dia ni dah kahwin ke, tapi kawan kawan kata belum. Misteri. Taktau kenapa dibiar kan aku sepi macam ni. Sedih lahhhhh.
Cerita ke dua kena ghost. Masa aku umur 27. Ada officemate ni macam berkenan dekat aku. Kita orang tukar tukar nombor dan mesej setiap malam. Padahal dekat office jumpa saja.
Pastu tak lama tu dia resign. Tapi kita orang tetap contact each other macam biasa. Oh lupa. Dia ni muda 4 tahun tau dari aku. Dia taktau pun mula mula tu aku dah 27. Dia ingat aku sebaya dia. Haha. Tapi dia kata takpe, dia tak kisah umur sebab dia suka aku.
Kita orang siap dah plan nak pegi hiking sama sama sebab kita orang sama hobi. Dan sekali lagi, dia kata dekat aku, boleh tak tunggu dia lagi 2 tahun. Sebab masa tu mungkin dia dah stable, sekarang kerja pun masih merangkak duit belum nak ada.
Dan aku pun macam anjing yang setia, aku cakap aku boleh tunggu kalau dia betul betul serius nak dekat aku. Tapi kan, bertemu kita dalam dah kena ghost ke belummm? Iye tepat sekali.
Tiba tiba saja dia block aku. Misteri. Taktau kenapa. Padahal semalam elok saja aku mesej dia. Tiba tiba hari ni, aku try nak mesej dia, satu tick saja, tak ada gambar keluar dan tak nampak last seen bila.
Tapi aku malas nak call sebab taknak jadi akak yang terhegeh. Haha. Soooo mari kita berhuhu panjang sikit. Huhuhuhuhu.
Tuptup sekarang dah 29. Dah dua tahun pkp kan. Terperuk dekat rumah. Aku pergi lari pun sorang sorang saja area rumah atau pusing pusing kampung. Gi hiking pun, geng aku semua akak akak. Mana nak jumpa lelaki nya. Hahaha.
Lagipun aku bukan jenis mata meliar tengok lelaki. Aku jenis pemalu tapi tak sombong. Kalau ada yang ajak sembang, aku sembang saja. Tapi setakat kawan kawan saja. Tak lebih.
Atau sebenarnya kan, ada sesuatu yang menghalang aku untuk berkahwin? Atau mak aku yang doa untuk aku stay dekat rumah ni?
Aku tinggal dengan parents dan adik adik (kembar) yang masih bersekolah. Mak aku selalu cakap, “kakak sorang saja harapan mak ayah dan adik adik. Kalau tak ada kakak, sape lah nak tengok tengok kan adik adik. Macam mana lah mak nanti.”
Mak aku cakap sambil nangis ye, kawan kawan sekalian. Dan mak aku dok ulang ayat tu hari hari. Sampai aku rasa, belum masa ke untuk aku kahwin? Nak tunggu adik adik dah habis belajar ke baru mak aku nak lepaskan aku?
Ye lah weh. Ayah aku dah tua, tak larat nak drive. Tak larat nak layan mak aku nak gi reunion jumpa jumpa kawan.
Nak hantar adik adik sekolah lagi. Nak melayan adik adik aku beli barang barang keperluan lagi. Nak hadir mesyuarat pibg, sign report card. Semua aku lah buat tu. Ayah aku masih kerja, tak ada lah tak larat langsung. Tapi umur dah 60an.
Aku yang tak sampai hati. Aku volunteer buat semua tu. Duit poket adik adik pun kadang kadang aku yang hulur. Takpelah duit ayah tu simpan saja untuk kakak kahwin nanti. Haha.
Adik beradik yang dah kahwin, lepas kahwin, memang tanggung anak bini makan saja. Mana nak ambik tau sangat hal dekat rumah ni. Sebab bagi dia orang, kakak ada, kakak boleh tengok tengok kan mak ayah dan adik adik.
Kadang kadang kalau setan dah berbisik tu, aku makan hati juga. Haha. Ke sebenarnya sebab ini ye? Doa aku yang tak putus putus untuk kahwin tu belum termakbul lagi.
Sekarang aku fikir nak masuk online dating saja (yang islamik lah). Tapi adik dan abang abang aku pernah cakap, “kau desperate nak kahwin ke, kak?”. Aku segan dengar ayat tu. Aku fikir balik, desperate ke? Tak desperate pun. Cuma itulah. Dah 29 kan? Haha.
Panjang nya cerita aku. Kalau ada yang dah baca sampai bawah tahniah dan terima kasih saya ucapkan. Hehe.
Doakan lah aku jumpa jodoh yang baik, yang memang bebetul nak commit, yang sekufu. Dan yang paling penting, tak berjanji suruh tunggu. Sis penat berhuhu. Sila tinggal komen yang murni murni ye. Sekian. Bye.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit