Hai semua, nama aku Meeta (bukan nama sebenar). Aku anak kedua daripada 5 beradik. Orang selalu cakap anak kedua ni dipinggirkan, kurang kasih sayang sikit. Aku ingat orang lain je. Rupanya aku pun sama.
Aku bekerja di sebuah syarikat swasta. Gaji aku tak banyak. Cuma gaji basic je. Tapi alhamdulillah aku ada pendapatan dari perniagaan kecil-kecilan aku.
Aku tak kisah berkongsi rezeki dengan keluarga aku sebab aku tahu makin banyak kita beri, makin banyak Allah ganti.
Cuma aku agak terkilan bila keluarga aku selalu minta macam-macam dekat aku.
Kalau adik-beradik yang lain, diorang mesti tanya, ada duit tak? Cukup tak duit? Kalau diorang nak keluar duit apa-apa mesti mak aku akan cakap, takpalah guna duit mak je. Tapi kalau aku, tak pernah merasa macam tu.
Aku bukannya selalu senang. Ada masa business aku down, aku makan gaji basic je tapi tak ada siapa pernah tanya, cukup ke duit aku?
Adik-adik aku bukannya tak berduit. Diorang ada duit. Tapi mak aku tak pernah minta. Tapi dekat aku, macam-macam dia minta.
Kalau aku cakap tengok dulu, dia akan cakap aku kedekut. Berkira dengan keluarga. Tapi dia tak pernah tanya aku cukup duit ke?
Aku kadang-kadang menangis sendiri sebab fikir masalah duit ni. Aku cuba kerja keras untuk tambah duit lagi. Nak senangkan keluarga. Tapi aku rasa macam sia-sia pula bila tak ada siapa kisahkan aku pun.
Diorang selalu ingat aku berduit je. Kalau aku cakap aku tak ada duit, diorang kata tak ada duit betul-betul baru tahu. Mungkin diorang ingat aku menipu.
Aku ni selalulah bertekak dengan mak aku sebab duit. Kadang rasa bersalah sebab gaduh dengan mak tapi mak aku suka provok aku.
Lepas bergaduh mesti aku masuk bilik menangis sorang-sorang. Aku dah tak tahu nak buat macam mana. Mungkin ini nasib aku. Entahlah.
Setiap kali hari raya memang aku yang akan keluar duit beli baju raya diorang semua. Tahun ni aku nak berjimat sikit, jadi aku cakap dengan mak aku beli baju dua pasang je lah. Tapi mak aku cakap tak cukup. Dia nak lagi.
Aku tak sampai hati nak tolak. Aku belikan juga. Dengan adik-beradik aku yang lain mak aku tak pernah minta belikan baju.
Apa patut aku buat ya? Betul lah kan rezeki ni pun ujian. Benda ni betul-betul buat aku stress kadang-kadang. Aku terpaksa kerja keras lagi untuk naikkan business aku untuk puaskan hati semua orang.
Mungkin mak aku baik dengan aku sebab duit je kot. Aku sampai terfikir benda ni. Aku perasan kalau aku tak dapat bagi apa yang dia nak, dia akan layan aku dingin.
Tolong aku… Aku dah tak nak stress fikirkan benda ni.
– Meeta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit