Tak Mahu Anak Ramai Sebab Faktor Ekonomi Adakah Hukumnya Haram?

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Namaku aku samarkan sebagai Bunga Raya.

Sekarang berlegar-legar tentang isu childfree di media sosial kan. Aku suka baca komen2 dari warganet di pos2 setiap artikel tentang isu ni. Setiap komen sebenarnya melambangkan pemikiran anda sebenarnya.

Tapi aku bukan nak bahaskan isu childfree. Aku langsung tak mahu sentuh pasal tu.

Aku cuma nak sentuh pasal perancangan bilangan anak.

Aku ada baca dalam komen2 di posting page2 laman sosial dan banyak juga komen yang mengatakan bahawa kalau satu2 pasangan tu sihat walafiat, namun merancang untuk tidak punya ramai anak, atau merancang keluarga atas sebab tak mampu dari segi ekonomi, hukumnya adalah haram.

Ini berdasarkan penerangan dari seorang Ustaz (aku lupa nama ustaz).

Aku jadi konfius sebab di klinik2 kesihatan jururawat sangat menekan kan soal perancangan keluarga, dan antara sebabnya mungkin juga atas sebab ekonomi yang kian meruncing saban tahun selain kesihatan mental ibu yang perlu diambil kira jika ingin menambah bilangan anak.

Sebab aku ni berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Aku dan suami dua2 penjawat awam kumpulan pelaksana dan tinggal di tengah kota. Kumpulan pelaksana kan, pendapatan tidak tinggi.

Jadi aku dan suami memang merancang buat masa sekarang untuk ada seorang anak sahaja kerana atas faktor ekonomi la. Dan mungkin juga ini saja lah anak kami sebab pada pendapat kami dan realitinya kos membesarkan seorang anak sangatlah tinggi.

Aku juga percaya kebanyakan orang pon merancang anak bukan takut miskin, tapi risau dengan ekonomi yang sangat meruncing zaman sekarang ni.

Anak aku ni sekarang umur 6 tahun, perempuan. Nak hantar belajar di tadika kemas tak dapat sebab kuota hanya untuk golongan yang berpendapatan lebih rendah sahaja.

Namun aku ni pon bukannya golongan berpendapatan tinggi, kalau ikut kasta, m40 lah kami ni. Tapi m40 atas sikit je dari B40. Bukan gaji besar pon.

Kadang orang ingat kerja kerajaan ni semua gaji besar. Tidak ta, TIDAK. Sangat2 salah tanggapan tu. Gaji kerja kerajaan kena tengok gred.

Jadi…. bila tak dapat hantar ke tadika kemas, kami terpaksa hantar anak ke tadika swasta. Tadika swasta…faham-faham saja lah.

Itu pun masih ada bunyi2, “saya hantar anak ke tadika kemas je, pandai jugak budak tu”.

“Tadika kemas kan ada, kenapa nak bazirkan duit hantar ke swasta. Cikgu2 kat tadika kemas pon semua berkualiti”.

Kadang sesetengah orang tak tahu ya yang tadika kemas tu ada kuota. Mereka tak tahu yang tadika kemas ni sebenarnya diberi keutamaan kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Tapi kalau anda tinggal di kawasan yang kurang padat atau di kampung, anda mungkin boleh hantar anak ke tadika kemas walaupun anda golongan berpendapatan tinggi sebab kawasan kurang padat kuota itu tak penuh.

Jadi…. sesiapa pon boleh masuk untuk penuhkan kuota.

Tapi…. kalau anda berpendapatan menengah atau berpendapatan agak rendah, tinggal di kawasan padat, kemungkinan tak akan dapat tempat untuk hantar anak ke tadika kemas sebab kuota cepat penuh.

Jadi…… tak ada pilihan, tadika swasta la jawabnya dengan kos yang tinggi.

Itu baru bab pendidikan. Belum lagi sentuh bab kesihatan, perubatan, keperluan dan lain2. Kalau bab ni kat mana2 pon samaada di kawasan kepadatan tinggi atau kepadatan rendah, sama atau lebih kurang saja kos nya.

Jadi…. untuk pasangan yang sihat walafiat, tak ada sebarang penyakit, adakah hukumnya haram kalau kita merancang untuk hadkan bilangan anak atas sebab faktor ekonomi?

Kita ni bukan takut miskin, tapi takut tak dapat sediakan keperluan anak dengan sempurna.

Kos membesarkan anak zaman sekarang sangat tinggi ya. Kita dah tak boleh nak samakan zaman sekarang dengan zaman dahulu. Sangat2 jauh bezanya. Ya betul setiap anak Allah dah tentukan rezeki, tapi rezeki juga perlu diusahakan.

Jom kita bincang isu ni dan kalau kaluan nak kecam pon, kecam lah. Saya terbuka hati untuk terima semua pendapat dan komen. Terima kasih!

– Bunga Raya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. tak dosa pun

    cuma, kalau ada sorang anak, pastu tetiba anak sorang tu sakit/meninggal, kita takde anak lain dah

    sebab jiran aku dan kenalan ada anak sorang.. pastu anak diorang meninggal sbb accident & sakit.. then diorg pun dah umur lanjut masa tu..masa tu baru aku nampak hikmah kalau ada ramai anak.. tu jela nak komen ..

  2. Assalamualaikum Puan, betul kita memang mahu berikan yang terbaik untuk anak kita. Dari segi kewangan banyak cara yang boleh kita usahakan tak adil untuk kita tak punya anak hanya sekadar faktor kewangan. Puan dan suami masih sihat dan muda, masih jauh lagi perjalanan. Kalau Puan mahu tambah pendapatan tanpa ganggu kerja hakiki, Puan boleh contact saya 010 – 2107539. Saya cuba bantu Puan dan suami dengan izin Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *