Tak Mahu Dicaras Katanya

Assalamua’laikum semua. Aku Nur, umur 20-an. Terima kasih admin sebab siarkan confession aku ni. Sebenarnya dah lama aku nak buat luahan dan tanya pendapat korang kat sini tapi asyik tak menjadi dan kali ini aku nekad sebab dah tak tertahan dah emosi aku ni.

Kisah aku ni berkaitan dengan kerja aku sekarang. Dah hampir setahun dah aku kerja kat company swasta ni. Dan kerja ni adalah interview yang aku dapat untuk kali yang ke 20++. Dahsyat kan? Tapi tu lah cabarannya nak mencari kerja. Bila dapat kerja ni, aku bersungguh2 dan nekad untuk berkhidmat dalam tempoh yang lama sebagai tanda penghargaan untuk bos sebab terima aku bekerja..cewaah! haha

Biasa company yang sederhana besar ni memang staff nya tak ramai. Company aku adalah dalam 5-6 orang macam tu. Pada awalnya, memang tak ada masalah apa-apa pon kat tempat kerja aku ni. Suasana kerja, officemate semua baik2 belaka termasuklah bos. Itu jangkaan awal je lah..huhu..sambung baca ye,

Masa aku interview dulu bos cakap bila dah perform kerja dalam tempoh 6 bulan akan ada kenaikan gaji dan sebagainya. Untuk company ni aku iv sampai dua kali. 1st iv dengan bos kecik dan 2nd dengan bos besar. Gaji permulaan as fresh graduate biasanya starting RM1500 ke atas kan? Tapi aku tak dapat rate macam tu (tolak kwsp bagai tak sampai rm1100) tapi aku terima juga dengan niat aku nak bantu mak ayah aku kat kampung dan menantikan kenaikan gaji dengan penuh kesabaran.(walaupun gaji kecik, bila beri pada mak ayah tu ada barakah nya, aku rasa sesak juga hujung bulan tapi still lagi boleh bernafas).

Hidup dekat bandar besar ni sangat mencabar dengan gaji yang ‘sangat-sangat sederhana’ tu. So bila dah hampir 6 bulan kerja mestilah excited kan sebab dah terbayang gaji akan naik. Tapi kat sini lah bermula nya kisah perit aku sampai bengkak2 mata, hati, limpa hempedu semua.

Bila dah tepat 6 bulan, tiada confirmation letter aku dapat, naik gaji jauh sekali. So aku dah start rasa lain macam. Dan aku mula perhatikan kenapa benda ni jadi. Jeng jeng jeng.. rupanya dua-dua bos aku tak berapa nak nampak hasil kerja aku disebabkan senior kat department tempat aku kerja ni. Segala system company n kerja-kerja yang nampak besar pada mata bos semua senior ni buat dan dia kaut sorang-sorang. Padahal aku dah boleh adapt semua tu tapi aku tak diberi peluang just aku bantu kerja-kerja kecil (padahal kerja runner, urusan luar, urusan bank aku yang keluar pergi settlekan). Itu sebab bila kerja banyak tertumpu pada senior tu, ohh bos akan nampak dan cakap “busy staff aku yang sorang ni”.

Bila bos nampak dia sorang je busy dan penghujungnya mesti aku jadi pertikaian. Ayat “nur buat kerja apa” “nur tak bantu senior buat kerja ke” dah selalu sangat aku dapat. Memang betol aku assist senior tu, tapi jangan lah sampai keluar ayat macam tu kan? Bila kerja-kerja aku semua dah settle, aku buat kerja kecil-kecil contoh filing yang berbulan2 tertangguh sebelum aku kerja situ lagi. Filing dah lah berterabur dan confirm berhari-hari kena settle kan, bukan boleh siap sehari je kan?

Bila project baru masuk, confirm aku yang kena siapkan tanpa bantuan dari senior tu (project yang melibatkan beribu-ribu-ribu surat dan cuma ada sorang staff department lain yang bantu aku). Alasan senior tu macam biasa lah kerja dia banyak. System itu ini dia nak settlekan. Mesti ada yang tanya aku betul-betul tak bantu senior tu ke? Meh aku citer,

Bila system tu senior tu sorang je kaut, aku banyak kali hulur bantuan untuk tolong dia. Selalu sangat aku tanya “akak, biar saya je lah buat part ni, part yang lain akak boleh buat, jadi kerja boleh cepat siap” korang tahu dia jawab apa? “tak apa, akak boleh buat sorang, okay je” dan berkali-kali aku bagi cadangan “apa kata kita minta bos beli lisence baru untuk system ni, saya boleh login jugak, kerja cepat siap dan tak tertumpu pada akak sorang je” dan jawapan dia “eh memandai je awak ni”. Sentap bhaii bila dia kata aku memandai.

Aku kalau bab kerja memang dah niat tak suka bertangguh-tangguh. Dan satu sikap aku, tak suka rumitkan keadaan. Tapi sebaliknya si senior ni suka bertangguh kerja dan kadang-kadang kerja yang patut boleh submit awal jadi lambat sebab cara dia rumitkan kerja tu. (Aku akui senior ni jenis cekap juga buat kerja, sebab dia ada pengalaman kerja yang lama sebelum kerja kat company sekarang ni, 7-8 tahun) tapi silap dia, sebab dia anggap dia cekap dengan pengalaman dia, dia suka tangguh-tangguh kerja. Tangguh sebab apa? Sebab suka tengok movie sambil kerja. Tapi percent tengok movie lagi tinggi dari siapkan kerja. 80% movie 20% kerja.

So bila “kerja besar dan system” dia tak siap bos anggap aku tak bantu dia, aku tak buat kerja. Dan selalu juga dia bagi alasan “nur selalu keluar buat urusan luar tu yang kerja saya banyak tertangguh”. Ini part yang panas aku dengar, sebab aku keluar atau tak (atas urusan pejabat) tak akan menjejaskan urusan kerja dia pon. Cisss!

Itu baru sikit perit nya. Perit paling dahsyat bila ada audit dalaman. Sebelum terjadi kes audit dalaman ni, bos besar ‘bising’ kenapa kerja submit lambat apa semua. Kerja part aku kebanyakkan dah settle cuma lambat submit sebab yela mana aku nak kejar skop kerja aku, jadi runner tak berbayar lagi.(padahal gaji aku tak termasuk part runner tu) berhuhuhuhu lah aku.

Bila part audit dalaman, memang senior ni kena kaw2. Sebab dari situ lah kenapa kerja dia banyak tertangguh (part movie tak terkantoi pon). Dengan document banyak tak siap, filing dia bersepah bagai. Tapi cerita tak habis kat sini, disebabkan dia tak nak nampak salah dia sorang-sorang dia tarik aku sekali. Cisss! Kesnya, ada document yang sepatutnya direkodkan dalam bentuk buku secara bertulis tangan. Dan document tu memang aku tak tahu kewujudan nya sejak aku masuk sampailah kes audit ni berjalan. Bila staff audit suruh tunjuk document berbentuk buku tu, senior pon bawa buku tu dan aku tengok document tu dah lama tak di‘update’.

Aku jujur cakap pada staff2 audit aku tak tahu kewujudan buku tu dan tak pernah dibagitahu. Senior tengok aku dia terus cakap “ini bukan tulisan awak ke nur?” tulisan awak lah ni kalau macam ni”. Dan aku fight balik “Maaf kak, ini betul2 bukan tulisan saya, segala document bertulis saya guna HURUF BESAR ye bukan macam dalam buku ni”. Korang tahu, sampai ke sudah dia still cakap tu tulisan aku. Rasa nak lempang senior sampai bersepai gigi dia je aku rasa! Arggghhhhh! Dan bila dah habis audit bagai, staff lain tengok buku tu dia cakap itu tulisan staff lama yg dah berhenti. What the??!!!!!!

Banyak lagi kes-kes lain tapi aku tak boleh cerita details sangat. Sebab katanya ada officemate aku layan juga blog iium ni..hahaha
Aku cerita kat member baik aku, ayat dia “dia tak nak kau caras dia lah tu, dia tak nak kau dapat bonus lebih daripada bos”
Dan sekarang, aku dah siapakan resume baru untuk apply kerja lain. Tapi aku tahu cabaran nak cari kerja tu bukan senang dan mesti ada jumpa perangai mcm senior aku ni atau mungkin lebih teruk. Mohon pendapat korang, aku sayang kerja aku ni, dah boleh adapt semua benda, bos baik tapi tu lah, dari sikap senior tu lah aku tak dinaikkan gaji walaupun 1 sen.

Sekian ~
– Nur

– NUR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit