Untuk part I, (https://iiumc.com/tak-mahu-jadi-jahat/).
Confession saya sebelum ni alhamdulillah menghasilkan pelbagai komen yang membina dan tak kurang juga ada yang sukar untuk saya cerna. Tapi tak apa, saya baca berkali-kali komen tersebut dan cuba juga ambil dari sudut positif.
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, cerita yang anda semua baca hanyalah 10% sahaja daripada keseluruhan cerita. Anda membaca apa yang saya tulis sedangkan hanya saya yang merasainya. Saya tak salahkan sesiapa.
Mungkin saya yang tidak terlalu berterus terang dalam ni. Kalau boleh saya tak mahu buka pekung di dada ni, cukup saya kata saya hanya meluahkan isi hati saya sahaja untuk saya kurangkan tekanan yang saya hadapi sekarang ni.
Komen pertama yang saya baca adalah menyuruh saya bercerai. Sejujurnya penceraian bukanlah jalan yang terbaik dan setakat ini tiada ada apa-apa yang menjurus kami ke arah penceraian. Jauh sekali untuk pasang niat bercerai.
Tak terfikir langsung untuk bercerai. Dan sangat tak munasabah untuk bercerai gara-gara usaha untuk cuba berbakti pada orang tua yang dah banyak jasa. Saya minta maaf sebab tak sependapat dengan cadangan bercerai tu.
Saya bukanlah membenci nenek. Saya hanya tertekan bila nenek saya ni ada angin pasang surut dia. Berjauhan dari kampung halaman dah cukup buat dia sengsara. Dia datang kerumah kami pun atas desakan orang dikampung yang mengelak mahu menjaganya.
Mertua saya ingin jaga tapi nenek saya yang tak mahu. Dia nak tinggal dengan anak yang satu (kaya, kami ni miskin) tapi anak beri dalih alasan tak boleh nak menjaga. Nak jaga tapi lebih banyak dalih.
Kami sejak dulu memang nak sangat jaga dia dan arwah datuk tapi dia yang tak mahu datang. Kami jemput dia dikampung pun bukanlah atas kerelaan nenekbsepenuhnya, tapi sebab desakan orang yang dikasihi nenek memaksa-maksa nenek tinggal dengan kami atas alasan nenek dah jaga suami.
Seolah-olah suami saya tak bertanggungjawab pula. Suami pun memang tak mahu serabutkan kepala, jadi dia sanggup dan saya pun sanggup untuk jaga.
Pada Nor Ana, maaf sebab mention nama anda. Sebab saya lihat komen awak paling banyak sekali dan agak bagus juga. Sebab buat saya berfikir. Saya tak tahu NPD itu apa, mungkin dari saat ini saya perlu kaji apa itu NPD. Terima Kasih.
Cuma saya kurang gemar perkataan maki hamun tu. Pada saya maki hamun tu lebih kepada mencarut kan? atau saya yang salah? Kalau maki hamun tu setakat ini saya belum pernah lagi sampai tahap sekeji tu.
Dari kecil pun keluarga saya memang tak ada yang maki hamun. Mencarut ke apa memang tak pernah. Cuma hanya tertinggi suara tu adalah. Mungkin ya saya bagi persekitaran buruk pada anak pada suami dan pada orang di sekeliling.
Saya pun tak perasan. Sebab apa yang berlaku dalam rumah tetap kekal dalam rumah. Terima kasih sebab sedarkan saya. Betul juga, 10 minit kelegaan saya tapi hakikatnya 10 minit tersebut saya dah lukakan hati banyak pihak dengan sikap saya.
Bila saya marah, saya akan membebel apa yang saya tak suka. Kalau saya dah melebihi jad suami akan direct tegur saya. Kalau marah saya tu masih bersisa, saya akan minta izin suami untuk keluar rumah sebentar untuk tenangkan diri dan suami pun faham.
Saya akan pergi pasaraya, cuci cuci mata atau beli apa yang saya rasa nak beli (tapi tidaklah membazir). Bila puas dan tenang saya balik dalam keadaan happy. Ada juga bila saya malas nak keluar, saya akan duduk dalam bilik je.
Tapi sejak nenek “berperangai” ni tiada satu pun aktiviti menenangkan diri saya berhasil. Selepas confession pertama saya, saya cuba dekatkan diri dengan Allah. Baca Al-quran sepuas hati sampai rasa tenang.
Memang tenang. Nak nangis bukan jiwa saya dah sebab nangis pun bukan boleh selesaikan masalah. Masa dalam keadaan tenang ni saya dapat terima seadanya ujian yang sedang melanda saya.
Suami memang dah “masak” sangat dengan neneknya. Sebab tu dia boleh bersahaja walaupun kepala dia sebenarnya agak serabut. Saya sebagai orang yang baru mengenali secara menyeluruh terasa kekok dan tak biasa.
Dan sangat menyedihkan hati, nenek suka mengadu pada orang yang dia suka. Saya tak kisah dia nak mengadu keburukan saya, saya dah lali. Cuma saya jadi kecewa bila aduan nenek tu dipanjangkan kepada kami. Macam kami tak pandai jaga, tak pandai ambil hati.
Musim pkp ni memang tak boleh nak bawa kemana-mana seperti sebelumnya. Lagipun memang tak mahu ambil risiko kalau kena jangkitan covid, semestinya suami yang dipersalahkan. Bawa juga keluar jalan-jalan tapi dalam kereta jelah ambil angin malam sebab siang bekerja.
Kalau hujung minggu, memang rutin 1 family keluar makan kedai. Itu semua masih tak cukup untuk hilangkan kepuasan. Tapi tak ada apa yang mampu untuk kami buat untuk hilangkan boring dia tu duduk dalam rumah.
Saya bukanlah mahu menuduh nenek sengaja mengada-ngada. Kalau nak kata depan saya dia terpaksa tunjuk okay mungkin ya atau mungkin tidak.
Senang cerita, apa sahaja kehendaknya yang tidak diturut, maka kami lebih-lebih lagi saya perlu bersiap sedia dari segi mental. Sebab dia akan telefon sesiapa yang dia mahu dan cerita apa sahaja yang dia tak suka.
Bila yang sana menyampai pada kami dan suami (bukan saya) tanya semula, nenek akan cuba berdalih. Tak mengaku dengan apa yang dia pernah mengadu. Dengan orang tu cakap lain, dengan kita dia cakap lain.
Tak mengaku pernah mengadu. Dalam rumah ni tak perlu telefon, kalau nak cakap boleh saja cakap tapi tak mahu cakap. Nak juga mengadu. Mengadu tu tak apa, biasalah. dia pun macam saya perlukan tempat meluah.
Tapi jadi masalah bila si pendengar aduan nenek ni terus nak berlagak hero selesaikan masalah nenek. Tapi bila kita minta dia untuk ambil alih jaga nenek tak nak pula. Susahlah saya jelaskan terperinci. Saya mengaku saya tak pandai urus emosi.
Saya pun tak suka diri saya. Ada yang suruh saya jumpa doktor mungkin sebab saya bpd tapi saya rasa Allah adalah jalan terbaik buat masa ni. Mungkin saya yang lalai. Solat tu solat. tapi bila doa tak bersungguh-sungguh doanya.
Baca alquran tu baca, mungkin saya tak cukup memahami apa yang terkandung dalam alquran tu sebenarnya. Mungkin saya terlalu muda (tapi saya sentiasa rasa diri saya tua) untuk memahami hati orang tua.
Pengalaman menjaga orang tua tu sekadar jaga keperluan sahaja mungkin tak cukup. Mungkin kena selam hati nenek selalu. Nenek kandung saya pun tak pernah macam ni, mungkin sebab tu saya tak biasa dan tak cukup pengalaman.
Di saat ini, sebenarnya suami dah ambil keputusan untuk hantar semula nenek ke kampungnya setelah nenek pun dah tak mampu nak ceria lagi. Kami pun tak mahu tengok nenek terbaring, termenung, tak makan.
Lagipun pihak sana dah beriya-iya nak menjemput nenek. Kesian katanya sebab nenek selalu call menangis-nangis. Saya pun tak tahu nenek call sampai menangis. Sebab nak tunggu diorang tu telefon nenek memang seminggu payah sekali.
Nenek saja banyak telefon diorang. Saya periksa daftar panggilan nenek pun lebih banyak keluar daripada panggilan masuk. Mungkin nenek terlalu rindukan kampung dan anak kesayangannya dan mungkin juga nenek dah terasa hati dengan saya.
Jadi, suami ambil keputusan untuk hantar nenek seperti yang dihajati tanpa perlu menyusahkan sesiapa untuk ambil nenek di rumah kami. Tak seronok sebenarnya bila dah berlarutan macam ni, tapi nenek berubah jadi happy kami pun mengalahlah.
Isu nak balik kampung ni bukanlah pertama kali. Dan setiap kali nenek kata nak balik akan sentiasa beginilah. Akan sakit tiba-tiba (tak pastilah) mogok tak mahu makan dan sebagainyalah. Bukan kami tak mahu hantar dia balik, tapi masa.
Suami bekerja dan kampungnya bukanlah dekat. Lebih 8 jam perjalanan. pkp lagi. Dan masalah terbesar (nenek tak tahu) setiap kali kami sampaikan berita kata nenek nak balik, masing-masing akan telefon tanya nenek nak balik berapa hari.
Takut betul kalau nenek nak balik terus. Mereta tak pernah pun call saya, tiba-tiba call. Rungsing nampaknya kalau kena jaga nenek. Soalan-soalan tu macam tak bagi balik. Padahal nenek balik nak jumpa mereka. Rindu.
Kami pun speechless. Baru sekarang nak jemput nenek, itu pun masih nak ungkit cakap nenek dah jaga suami. Habis diorang tu lahir-lahir terus besar ke?
Tapi apa-apa pun, sekiranya penjagaan nenek sekali lagi menjadi masalah buat pihak sana, saya dan suami takkan teragak-agak untuk ambil semula nenek dan letak bawah jagaan kami sepenuh masa.
Sebab sebelum ni pun kami ambil nenek dalam keadaan pihak sana yang memaksa kami suruh jaga, jadi kalau berlaku sekali lagi, saya terima ujian Allah kali kedua nanti dengan berlapang dada.
Ujian itu berat tapi nikmatnya banyak. Saya nampak nikmat tu cuma buat masa ni saya perlu perbaiki diri dulu seadanya supaya saya betul-betul bersedia. Lagipun kami hanyalah cucu. Kalau saya teruskan juga, mungkin saya akan banyak tempah tempat di neraka.
Saya bersyukur sangat, keputusan suami untuk hantar semula nenek dan letak nenek bawah jagaan anak-anaknya cukup buat saya lega sementara. Saya boleh rasa, menghantar nenek ke kampung bukanlah penyudah cerita segala ujian saya ini.
Boleh jadi, ujiannya mungkin akan lebih berat selagi mana ada orang yang cuba jadi batu api dan sentiasa meletakkan kesalahan atas bahu suami dan mertua saya semata-mata. Kami ni memang sentiasa jadi orang bawahan, nenek pun ketara juga pilih kasihnya.
Saya harap masa di kampung nanti nenek boleh fikir siapa yang betul-betul boleh menjaganya. Dia tetaplah nenek suami saya, bestfriend anak saya. Walaupun ikhlas saya berkurang buat masa ni, saya harap nenek terus bahagia seperti yang dia mahukan.
oh, pasal segala kerja rumah tu pun belum pernah lagi saya menyuruh nenek buat. Basuh baju, basuh pinggan atau kerja rumah lain seumpamanya memang saya tak suruh pun dan memang tak harap pun.
Berbanding anak kesayangannya, dah besar dah kahwin pun nenek boleh basuh bajunya dengan rela hati tanpa sebarang rungutan.
Mengadu tu nenek ada juga mengadu tapi tak pula kami ni memanjang-manjangkan cerita macam yang diorang lakukan. Cukup sebagai pendengar sahaja. Dengar sahaja pun panas juga hati ni sebab nenek tu bukanlah kuat sangat nak buat semua kerja.
Dapat urus diri sendiri pun alhamdulillah. Saya banyak kali pesan, berehatlah tak perlu buat. Cukup nenek jaga diri nenek saja biar boleh solat, boleh beribadah. Dan saya memang tak mengharapkan sesiapa even ibu saya sendiri pun untuk buat.
Saya tak suka tugas saya diambil alih dan saya tak nak orang yang saya sayang penat. Diusia tua ni cukuplah dia merehatkan diri dari urusan dunia sebab muda dulu dah puas buat segala macam kerja.
Memang saya tak mengharapkan apa-apa pun bantuan untuk kerja rumah. Dan suami pun tak pernah marah kalau saya terlupa kemas ke atau ada masa malas kemas ke apa. Memang tak pernah. Jadi janganlah tuduh saya mengharapkan apa-apa dari nenek.
Saya surirumah, saya memang tak ada hobi tetap. Kalau saya nak duit kocek, samada suami beri atau saya akan buat kuih dan jual pada orang. Alhamdulillah, ramai yang repeat dan ada yang dah jadi pelanggan tetap pun.
Tak ada hobi bukan penyebab saya tertekan. Saya bukanlah surirumah yang rutinnya 24jam tetap. Alasan surirumah tak ada hobi tu bukanlah punca-punca tekanan saya alami dan tekanan ini bukanlah sifat yang berpanjangan.
Datang dan pergi. Dan walaupun apa sahaja yang terjadi, saya tak pernah lagi berahsia apa-apa dengan suami. Suamilah tempat saya meluah apa yang saya tak puas hati.
Tapi sebab ini berbangkit isu hati dan melibatkan keluarga suami, saya tak mahu terlalu kerap mengadu itu ini sampai hati dia terluka. Dan itulah punca saya meluah di dalam iium ni.
Dah banyak kali saya padam, tulis,lepas tu padam balik dan tulis semula segala confession saya ni. Bukan mudah. Tapi saya perlu, sebab komen-komen dalam ni buat saya banyak berfikir tentang salah sendiri. Jika saya meluah pada suami pun, suami pun suruh bersabar sahaja.
Dia pun tersepit dan disepit antara isteri dan nenek. Saya tak mahu dia buat pilihan terpaksa. Cukup dia dapat bahagiakan nenek, saya pun happy. Cuma nenek jelah. Hati dia dah tak boleh duduk dengan kami lagi. Saya tahu saya salah, tapi biarlah masa yang merawat segalanya.
Untuk berjumpa doktor, saya belum bersedia lagi. Saya harap Allah dapat bantu saya untuk rawat diri saya sendiri. Dan saya harap ini adalah coretan terakhir untuk saya dalam iium ni.
Pada suami saya, kalau terbaca confession saya ni. Abang, saya minta maaf sangat-sangat kalau abang terbaca apa yang saya tulis dalam ni. Saya minta maaf. Bukan niat saya nak buka aib sesiapa. S
aya cuma nak lapangkan dada saya sahaja supaya tak terus menerus memberontak. Saya tak berani nak luah dekat abang secara menyeluruh sebab takut apa sahaja yang saya cakap akan lukakan hati abang.
Saya minta maaf sangat-sangat. Ampunkan dosa saya, halalkan segala makan minum saya. Maafkan saya. Saya malu dengan diri saya sendiri sebab tak mampu nak kawal diri terima ujian Allah ni dengan sepenuh hati. Maafkan saya.
Terima Kasih semua yang sudi tinggalkan komen. Maaf kalau saya berbelit-belit dan tak faham. Berdebar nak baca komen, takut tak boleh terima. Tapi alhamdulillah, saya masih dapat terima apa sahaja yang ditulis.
Yang baik saya ambil sebagai panduan, yang sukar diterima saya akan cuba sedaya saya untuk terima sebagai teguran dan nasihat. Terima Kasih
– Pasrah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit