Tak Malukah Menonton Yang Haram

Assalamualaikum.. Dan selamat berjuang menempuh fasa ke3 PKP dan aku ucapkan Tahniah kepada semua kerana kejayaan kita duduk di rumah sekaligus mengurangkan jumlah angka jangkitan wabak di negara kita. Dan kita umat Islam bakal menempuh bulan mulia, Ramadhan.

Aku yakin sepanjang duduk dirumah ni bermacam2 aktiviti kita cuba create untuk melalui fasa2 tak boleh keluar rumah ni. Antara yang banyak aku tengok orang share di facebook, ialah berkongsi cerita atau movie menarik untuk ditonton bersama seisi keluarga.

Yang aku perasan, ada satu movie Korea yang agak famous diperkatakan sekarang ni, iaitu kisah rumah tangga, suami yang curang.

Aku tak mau sebut nama movie tu disini, cukuplah seringkas itu gambaran movie yang aku maksudkan. Sebab aku takmau ada dikalangan pembaca IIUMC yang tak tahu pun movie apa yang aku maksudkan, terus mencari dan tengok movie yang tak berakhlak seperti itu.

Niat aku Wallahi bukan untuk promote ‘sampah’. Wallahi bukan niatku itu. Aku cuma ingin menasihati dan jauh sekali nak tunjuk baik. Sebab Allah saja yang tahu semua dosa dan kekuranganku.

Aku cuma rasa tergerak hati untuk menegur kemungkaran yang dianggap remeh oleh para ibu bapa, dan para penonton movie tidak berakhlak.

Aku sebagai ibu, sedih bila terlalu ramai orang share untuk orang lain sama2 menonton movie tersebut. Sebaiknya sebelum nak download link satu2 movie, selidikilah dulu.

Ramai orang share tak menjamin ianya bagus untuk dipertontonkan. Ramai orang share bukan menjamin halal untuk dipertonton. Samada nak tengok sendirian, atau beramai2, ianya tetap tak elok.

Aku ada terbaca review tentang movie Korea tu, dan bagi aku ianya keterlaluan dan maaf cakap ia boleh dianggap movie lucah. Macam mana rakyat Malaysia yang Islam begitu open dengan berkongsi cerita lucah dimedia sosial sekarang ni..?

Ada bergelar surirumah yang share, ada yang bergelar pendidik, ada pelajar sekolah menengah dan ada juga pelajar universiti turut sama share link, yang berkahwin dan yang tak berkahwin lagi pun ada, ramai yang share link movie tersebut.

Aku sangkakan dengan memilih2 orang untuk dijadikan friend di facebook menghindarkan diri aku dari benda2 sampah macamni, rupanya tak juga.

Aku sebagai ibu sangat2 terkejut dan sedih memikirkan masyarakat kita, yang Islam tanpa segan silu support movie begini dan berkongsi2 cerita bersama kawan2. Tak cukup cerita difacebook, bawa ke whatsap group pula. Allahuakbar. Luluh.

Ya, aku faham kita nak luang masa menonton bersama2 anak dan pasangan, tapi adakah semudah ini membiarkan perkara yang tidak bermoral dan berakhlak dipertontonkan sesama keluarga…?

Kalau seorang pendidik, share movie tidak berkhlak dan ada dikalangan friendlist adalah pelajarnya. Apakah seorang pendidik tak rasa bersalah menyebarkan cerita2 tidak berakhlak kepada para pelajar…?

Ibu bapa yang senyap2 tengok cerita lucah dibelakang anak, wow..!! Apakah dosa itu hanya pada anak kalau tengok cerita lucah tapi kalau ibubapa yang tengok ianya jadi halal…?

Ya Allah, apakah kita tak kisah dosa mata yang dibuat diam2 dibelakang anak dan langsung tak kisah pasal halal dan haram ni..? Kita tak alert soal hukum dan sebab ramai kawan3 share link movie, so kita pun ok, sebab ramai je yang tengok. Macamtu ke…?

Yang haram tetap haram samada didepan atau dibelakang anak. Tetap haram walau dibuat bersendirian seorang diri atau beramai-ramai, jelas, ianya tetap berdosa.

Kita selalu takut dengan dosa makan benda haram, makan babi haram, minum arak, haram, mencuri haram, mengumpat orang haram.

Tapi mata yang melihat perkara haram dianggap remeh dan aku sangat kesal dengan tindakan kawan2 yang sesama mereka menceritakan babak2 dalam movie tersebut hingga terlupa ianya cerita lucah yang jelas haram ditonton.

Tak malukah kita sebagai ibu bapa…? Iman dan akhlak itu seiring. Nak mendidik iman, akhlak juga akan jalan seiring. Serendah inikah akhlak kita ibu bapa yang mengimpikan anak2 yang tinggi akhlak tapi ibubapa sendiri meperkecilkan dosa pahala halal dan haram…?

Yang belum berkahwin, walaupun anda dah dewasa, dosa tetap dosa. Tak ada kompromi. Seorang diri menonton atau beramai2 tetap berdosa.

Maaf kalau aku emosi. Aku memang tak tau seteruk mana adegan2 dalam movie tersebut. Tetapi melalui review sahaja aku dapat mengagak ianya sesuatu yang tidak bermoral.

Membaca review saja dah boleh buat aku rasa malu, apatah lagi nak download benda sebegitu aku tak boleh. Aku takut dosa. Aku takut dengan dosaku yang terlalu bnyak tak terampun. Berat nak bawa di mahsyar.

Dan disini, aku tekankan bukanlah tertakluk pada satu2 movie sahaja. Apa2 movie pun, yang nak tengok selidikilah dulu. Kalau dah tertengok, cukuplah. Hentikanlah. Jangan diulang2 sebut sesama rakan seolah2 ianya ok dan remeh. Dan immediately stop menonton.

Moga teguran ini sama2 kita ambil berat. Aku orang yang mengeji dihati dan ada yang mampu aku tegur berdepan, cuba aku laksanakan. Ini selemah2 iman aku.

Sebab kita ibu bapa Muslim yang melahirkan pemimpin dunia, kita ibu bapa yang bakal mencorak cantik akhlak anak2 yang soleh, ulamak hebat satu masa nanti.

Selamat menyambut Ramadhan dan mohonlah keampunan pada semua dosa samada dengan sengaja atau tidak kita perlakukan.

Aku mohon maaf andai tersalah kata dan bahasa. Moga wabak dinegara kita bukanlah disebabkan murkanya Allah dengan dosa2 kita. Semoga wabak itu cepat berlalu pergi. Dan aku doakan moga dosa aku dan kita semua diampun Allah. Astaghfirullah al a’zim.

Kami tak sengaja Ya Allah. Ampunkanlah.

– Seorang ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *