Assalamualaikum. Hi pembaca IIUM Confession. Aku Kay. Umur 30an. Dah berkahwin. Sedang hamil anak pertama dan menunggu hari untuk melahirkan.
Saja nak bercerita dan meluahkan perasaan. Harap pembaca tak bosan.
Aku duduk di rumah yang aku beli dengan parents tapi mentua yang datang duduk sekali. Buat semak kepala aku. Sedih, rumah yang dibeli dengan ibuku, tapi mentua yang duduk dulu.
Bayaran bulanan rumah dan bil-bil utiliti husband aku yang bayar. Kiranya macam “menyewa”. Aku benci duduk serumah dengan mentua.
Depa baik tu baik. Tapi pada masa yang sama jadi Belanda dapat tanah. Rumah tu sepenuhnya macam depa yang punya. Aku pulak yang macam menumpang.
Semenjak mentua datang menyemak, aku hilang privasi di rumah sendiri. Rumah aku diatur ikut citarasa depa anak beranak. Dah diluahkan kepada suami, suami bela mak bapaknya.
Aku bertahan dan sabar. Tunggu masa selepas melahirkan untuk melaharkan perasaan yang lama terpendam. Sekarang aku tak terdaya nak melawan. Aku penat fizikal dan mental.
Suami selalu kerja luar. Ditinggalkannya aku dengan mentua. Tapi jiwa raga aku terseksa. Bilik aku tak dibenarkan berkunci. Cara aku menguruskan rumah tak disukai. Padahal rumahku, suka hati akulah.
Berkenaan suami, dia baik tapi entahlah. Aku kecewa bila dia tak dengar luahan aku dan pertahankan segala tindak tanduk ibu bapanya walaupun jelas aku tak suka.
Anak pertama, sepatutnya serba serbi lengkap. Meriah. Ini tidak. Semua nak dicatu sebab nak menyenangkan mak bapak dia.
Spare duit untuk kegunaan mak bapak dia dan bukannya untuk anak yang bakal lahir ni. Beli barang anak yang paling basic dan lengkapkan beg hospital je.
Milk warmer, uv sterilizer, cooling bag, kelengkapan untuk berpantang, semua tu fancy bagi suami.
Aku beli sendiri kebanyakkan kelengkapan anak dan diri. Mujur aku bekerja. Ada simpanan tapi memang dah menyusut teruk. Bagi mentua, aku dok perabih duit anak dia.
Sekarang aku pening. Dah nak beranak tapi dalam akaun tinggal beberapa puluh ringgit je. Gaji pun jauh lagi. Dapat gaji pun bakal ditolak sejumlah besar sebab banyak ambil cuti sakit sepanjang mengandung.
Suami pun katanya duit yang ada hanya berbaki dua ratus ringgit.
Aku tersenyum pahit saat dia khabarkan begitu. Aku tahu dia takkan bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa yang berlaku dan menyebabkan dia kena keluar duit.
Semua aku pendam sendiri. Aku tak mahu bercerita situasi perkahwinan ini hatta kepada ibu bapa dan adik – beradik. Bercinta dan berkahwin atas pilihan sendiri. Jadi hadaplah semampunya.
Selepas bersalin nanti, aku ambil keputusan. Cukuplah setakat ini.
Walaupun masih baru usia perkahwinan, aku ingin melangkah pergi. Kau pergilah duduk cium ketiak mak bapak kau sampai mati tak usah membiak lagi dan berbini.
– Kay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit