Tak Mampu Tanggung

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada IIUM Confession sebab kongsi luahan saya. Nama saya Alya. Umur lewat 20an. Sudah berkahwin 3 tahun dan dikurniakan sepasang anak kembar yang kini telah berusia setahun. Suami saya bernama Soya (bukan nama sebenar).

Sepanjang 3 tahun ni, perkahwinan kami terasa sangat lama untuk saya tempuh. Semua gara-gara mertua dan juga suami.

Semasa kami baru kahwin, kami menetap di rumah mertua di Ipoh. Masa itu tiada lagi plan untuk duduk sendiri. Sekadar ikut rentak hidup.

Beberapa hari selepas menetap dengan mertua, ayah mertua saya panggil saya untuk menegur saya. Dia meminta saya untuk bangun dan tidak tidur selepas Subuh

(Pada masa itu saya bangun jam 9 pagi, atas permintaan suami dan kerana seisi rumahnya, ibunya bangun jam 10pagi dan adik-adiknya jam 2-3petang). Ayah mertua minta saya sediakan makanan suami, hantar suami ke pintu kereta. Saya terima teguran itu dan saya okay saja.

Until, esoknya saya terlajak tidur dan terjaga jam 9 pagi. Saya fikir okay saja. Saya turun ke bawah selepas selesai mandi. Ayah mertua datang kepada saya dan cakap, “bukan semalam ayah dah cakap ke suruh bangun awal? Kenapa tak buat?”.

Terus saya terasa, baru semalam tegur.. Expect harini terus boleh ubah ke? Sejak kes tu, saya terus convince suami untuk cari rumah sewa. Tak kisah lah dekat pun janji lain rumah.

Bila suami dah cari, rumahnya 10min je dari rumah mertua. Tapi bila kami dah nak pindah, ibu mertua merayu rayu pada suami untuk tidak pindah. Di rumah mereka masih ada lagi anak-anak lain yang berusia 20an semuanya. Akhirnya kami berpindah.

Sebaik saja kami pindah ke rumah sewa, bermulalah kehidupan sengsara saya. Setiap hari mertua datang kerumah dan condemn semua keputusan kami dalam rumahtangga

. Bukan saja condemn, malah atur semua keputusan rumahtangga kami hatta mau cat rumah, mau beli perabot rumah, mau bela kucing. Semua mertua tak benarkan. Suami, dia turutkan saja. Sebab suami saya pegang, wajib taat ibu bapa kalau mau masuk syurga.

Setiap hari selama 3 bulan perkahwinan, mereka akan involve dalam semua decision making kami berkaitan rumahtangga. Dari sekecil hal sampai sebesar hal. Lagi-lagi perkara yang melibatkan kos.

Waktu tu, suami saya bekerja sebagai jurutera manakala saya surirumah. Sewa rumah kami hanya RM500. Komitmen suami, kereta, bil api air, nafkah. Perabot semua mertua sediakan.

Saya berasal dari keluarga susah. Tapi saya juga punya impian rumah. Saya cakap pada suami, saya teringin rumah bertemakan muji. Dan saya tidak mahu letak beban besar pada suami. Saya kata jika dia mampu beli 1 je dulu, 1 dulu pun takpa. Bukan muji yang mahal.

Saya minta beli di shopee. Rak tv kayu RM80. Karpet RM30. Semua yang murah murah. Tapi mertua tak setuju. Itu takpa lagi. Mertua nak saya mengandung cepat. Bila saya mengandung, kemana saya nak pergi mereka nak tahu. Hatta kalau saya balik kampung saya.

Sampai kadang saya ada ja di rumah tapi saya minta suami rahsiakan sebab saya terlalu stress dengan mertua sebab terlalu mengatur dan campur hal kami berdua. Almost setiap hari suruh pergi rumah mereka. Weekend pula atur kemana kami kena pergi.

Pernah ketika saya dapat izin suami untuk pulang ke kampung, ayah mertua call suruh saya pulang dan jangan tinggal suami. Katanya siapa nak jaga makan minum anak dia.

Saya diam saja dan tetap di kampung selama beberapa hari untuk release stress saya duduk di dalam circle toxic ni. Akibat terlalu stress, akhirnya kandungan saya gugur. Mertua datang kerumah dengan muka hampa. Tanya pada saya, apa yang saya dah makan sampai gugur anak saya.

Mereka minta suami saya bersabar bila saya bagitahu yang Dr minta saya rehat dulu dari mengandung sekurangnya 6 bulan.

Padahal suami saya langsung tak kisah sebab masa saya mengandung, suami saya layan saya macam orang biasa. Suruh saya urus rumah, cuci lantai, angkat berat, suruh saya bersukan berat.

Namun 3 bulan kemudian saya mengandung lagi. Dan kalini, saya nekad kurangkan bertemu mertua untuk elak tekanan. Dari berjumpa seminggu 3-4 kali, kurang ke 1-2 kali seminggu. Emosi saya lebih stabil ketika itu.

Sehinggalah bila saya dah almost due. Mertua tanya pada saya mahu berpantang dimana. Saya maklum akan berpantang di kg.

Mertua kata saya tak fikir panjang kerana kg panas. Dia kata anak-anak tak tahan panas. Maknanya orang kg tak boleh ada anak sebab tak mampu aircond lah begitu? Saya abaikan.

Sehinggalah saya selamat melahirkan. Ketika saya nak discharge, saya fikir anak-anak saya akan discharge bersama. Ibu bapa saya datang dari Kg Gajah nak ambil saya since saya akan berpantang di kg.

Tapi bila mertua tahu, mereka terus cakap mereka nak tolong ambil saya bawak balik kerumah mereka. Mak ayah saya akur kerana malas bergaduh.

Tapi nak dijadikan cerita, anak-anak saya kena demam kuning. Dr terpaksa tahan mereka dulu. Jadinya saya seorang yang dapat discharge masa tu. Tetiba, suami saya seorang saja datang. Saya tanya mana mertua. Dia bagitau mertua tak jadi datang. Sebab anak-anak saya tak discharge.

Berebut nak ambil saya tapi bila tahu anak tak discharge terus tak jadi ambil. Kereta suami pulak memang dah lama pasang dua carseat jadinya kami tak perlukan extra pengiring. Tapi macam saya katakan, mertua terlalu ingin cucu. Sedangkan mak ayah saya juga meraikan cucu pertama.

Dua minggu saya dan anak-anak ditahan di hosp. Dengan perut masih fresh czer. Kena jaga anak-anak sendiri di wad bayi. Tiada langsung call dari mertua bertanya khabar. Mereka hanya ws minta gambar cucu.

Dan ketika saya di hosp lah baru saya tau ayah mertua ada call mak saya bagitau yang saya tolak ajakan mereka untuk berpantang di rumah dia. Dia kata rumah dia lebih selesa untuk cucu-cucu dia sebab ada aircond dan rumah lebih besar (dari rumah mak ayah saya).

Mertua saya memang kaya, tapi mereka suka rendah-rendahkan saya dan keluarga saya yang sederhana. Bila bertemu keluarga saya, asyik bercerita tentang harta dia. Saya marah sangat ketika itu dan insist suami hantar saya ke kg sebaik saja saya discharge. Tapi mertua insist nak ikut.

Sebaik saja tiba di kg, ayah mertua bersembang dengan ayah saya berdua di satu sudut. Lepas mereka pulang, ayah maklum kan pada saya yang ayah mertua saya cakap dia sudah plan nak besarkan cucu-cucu di rumah dia.

Saya dan suami langsung tak tahu idea ni datang dari mana. Langsung tak minta consent kami. Kami berdua ada rumah kami sendiri dan saya juga tidak bekerja. Nak dijadikan cerita, saya dapat kerja di kg. Terus plan mertua termati disitu.

Ketika itu juga saya dan suami dalam proses bercerai kerana saya sudah tidak tahan campurtangan mak ayah dia. Suami taklik saya jika mak ayah dia masuk campur lagi, dia ceraikan saya. Maka kami melalui proses pengesahan lafaz cerai kerana telah berlaku campurtangan.

Saya ketika itu memang nekad mahu bercerai kerana suami tak pernah pertahan kan maruah saya.

Selama 3 tahun perkahwinan, saya direndahkan oleh mak ayah dia, ditengking didepan suami dan mak mertua, di invade privacy saya, anak-anak saya mereka nak kawal, ditambah pula dengan suami yang sentiasa menangkan mak ayah dia. Sekali pun tak pernah berdiri untuk saya.

Suami saya mahu saya bagi anak-anak pada dia kerana dia yang menafkahi katanya. Ketika persediaan barang anak, 95% duit simpanan saya. Suami langsung tak ambil tahu pasal anak. Saya pergi checkup sendiri.

Saya pulak tak ada lesen. Usung perut yang ada dua bayi dengan grab. Kos ke KK, kos pergi keja selama 6 bulan, juga saya tanggung sendiri. Bila nak bercerai, suami nak anak-anak. Dia ugut takkan nafkahi anak jika anak dapat pada saya.

Ketika kami tengah dalam fasa naik turun mahkamah (saya berada di Kg Gajah, suami di Ipoh), ayah mertua call ayah saya. Dia minta maaf katanya kerana selama ni dia masuk campur rumahtangga saya dan Soya. Dia akui pernah tengking saya.

Dan dia kata saya menyusahkan anak lelaki dia financially kerana perlu berulang Ipoh-Kg Gajah. (Soya balik sebulan 2x saja tengok anak). Dia minta saya pulang menetap dengan suami dan dia mahu dekat dengan cucu.

Dia juga ada cakap yang saya ada suruh dia minta maaf pada saya which is fitnah. Dan juga ada cakap gara-gara saya menetap di Kg Gajah, saya menyusahkan Soya financially sebab perlu berulang untuk tengok saya dan anak-anak.

Saya fikir dia ikhlas minta maaf jadi esoknya saya call dia untuk berdamai dan untuk betulkan fahaman dia tentang “menyusahkan anak dia financially”. Bila saya call, dia cakap bila masa dia masuk campur. Dia cakap dia care. Terus saya elok elok nak maafkan, jadi panas balik.

Saya cakap, semalam call ayah saya cakap minta maaf sebab masuk campur, dekat saya dia cakap dia tak masuk campur. Nak gila saya cakap dengan dia.

Saya sampai kan pernah berjumpa 2-3 lawyer, pergi kaunseling di pejabat agama untuk saya pastikan yang semua apa dia buat itu “care” atau “masuk campur”. Ayah mertua memang suka pusing sampai kita rasa kita yang salah.

Dan tentang menyusahkan anak dia financially, saya bagitau dia anak dia yang menyusahkan saya. Saya melahirkan anak pun saya bayar sendiri, barang anak-anak saya beli, suami pinjam duit saya beribu. Itu jurutera tu.

Selama 9 bulan saya mengandung, sekali pun suami tak bawa saya makan sedap. Takda beli apa-apa untuk saya. Kos pergi keja saya tanggung sendiri.

Makan minum je suami bagi seratus sebulan untuk makan di pejabat. Itu pun tak dapat simpan duit untuk beli barang anak. Alih-alih saya yang susahkan anak dia financially?

Ayah mertua terdiam bila saya bagitau anak dia yang menyusahkan saya financially and emotionally. Tapi dia still paksa saya suruh saya jangan bercerai. Paksa saya balik ke Ipoh segera, suruh jaga anak laki dia. Katanya terumbang ambing hidup.

Waktu saya duduk dekat dengan diorang, diorang busy nak urus anak laki diorang. Makan minum anak diorang, tiap hari nak sedia. Demam anak diorang pun diorang nak jaga. Jadinya suruh saya balik untuk apa? (Saya dan suami tergantung kerana tak pasti taklik sah atau tidak).

Terus terang saya cakap, saya dan terlalu tak mampu nak hidup dalam circle mertua dan suami. Saya minta suami cari kerja lain di negeri lain supaya hubungan saya dan mertua dapat heal sendiri bila jarang berjumpa.

Tapi suami insist nak duduk dekat. (Kini berpindah lagi 30mins away dari rumah mertua). Saya memang dah tawar hati habis dengan mertua dan dengan suami. Saya cakap pada ayah mertua saya, ini lah sikap dia yang saya tak tahan sangat.

Dalam saya cakap dia suka masuk campur, dia masih nak masuk campur. Dan saya cakap, privacy dan decision making anak yang dah berkahwin sepatutnya hak kami suami isteri. Kami tak perlu merayu pun untuk dihormati privacy kami.

Dia cakap pada saya, saya tak boleh expect mertua untuk dengar cakap menantu. Menantu yang kena belajar dengar cakap mertua. You have to accept this is our (mertua) way. You yang kena belajar adapting. Adapting yang mereka memang suka masuk campur? Allah.

Saya suruh suami kahwin lain, memang saya izin. Kerana saya tak tahan sangat. Sebab saya insist nak berpisah, tapi suami taknak lepaskan. Dan dia ugut takkan nafkahi anak. Mereka pula banyak duit. Mungkin juga mereka akan pastikan anak-anak saya jatuh ke tangan diorang.

Saya letih dengan hidup ni. Dan selama mana mereka susahkan saya, saya pasti satu hari pasti Tuhan susahkan mereka balik.

Saya depressed kerana mereka. Saya kehilangan anak pertama saya kerana mereka. Saya kehilangan maruah diri saya di depan mereka. Saya kehilangan suami saya yang sepatutnya melindungi saya.

Saya nak minta pendapat semua. Saya dah tak mampu tanggung sendiri. Saya minta maaf panjang sangat cerita. Saya tak pandai menulis. Terima kasih kalau ada yang sudi baca sejauh ini.

– Alya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Hi Sis, jangan terpedaya dengan gaslighting mertua and suami sis. Rumah tangga ni perlu hormat semua pihak, kalau diorang tak hormat sis and sis boleh jaga anak sendiri tak perlu stay lagi.

  2. Salam sis. semoga dipermudahkan urusan sis. Saya bkn nak galakkan sis bercerai sbb kelak yang menjadi mangsa keadaan adalah anak2. Tapi jika diri sis x bahagia, bagaimana mahu membahagiakan anak dan membesarkan anak dgn bahagia? Kalau sis buat keputusan utk stay dlm rumah tangga, cari ikhtiar cth cari org yg disegani suami dn kluarga suami utk jd org tengah, beri kefahaman tntg batas2 org tua dlm rmh tngga anak2. dan kalau sis dh nekad utk brcerai, jgn risau tntg nafkah. sis ada hak tntut hak jagaan dan nafkah anak. lagi2 anak masih kecil. utk nafkah, mohonlah melalui potongan gaji. mohon melalui mahkamah syariah. klu mampu upah peguam, lebih baik. klu x, mohon la melalui biro bantuan guaman trdekat dgn sis. suami ugut mcm mana pun, kewajipan dia bg nafkah anak. nafkah anak bukan persoalan di dunia saja. ia mengheret ke akhirat. klu suami meninggal, tnggjwb kluarga suami pula. sis jgn risau, banyakkan rujuk pihak yg lebih arif. semoga dipermudahkan urusan sis. amiin

  3. Banyakkan sembahyang hajat dan berdoa minta petunjuk drpd Allah. Adik jgn ikut perasaan dan elakkan tekanan kerana boleh menjejaskan kesihatan. Minta nasihat drpda ayah dan ibu dan minta ayah dan ibu berdoa utk kebaikan adik.

  4. Sis memang tertekan,klu boleh bertahan bertahanlah tapi klu tak boleh sabar lepaskan sj . Perkahwinan itu bahagia bkn kesengsaraan,perjuangkan ank2 mu insha Allah rezeki mu akn cukup yakin dik ,saya jg Ibu tinggal tiga ank,ank2 bukan pilihan tp suami klu tak boleh pertahankn isteri mknanya dia memilih org lain tdk ikhlas dgn perkahwinan kta

  5. Baik berpisah sahaja.. biasanya kan ada turun naik mahkamah kalau hak penjagaan anak. Kalau dapat kat puan, dan suami xnak beri nafkah, sy rasa boleh report kat pejabat agama.. ke saluran lain.. tp kalau tengok kes selebriti yg bercerai kan ada perbicaraan mahkamah hak penjagaan dan bab nafkah anak..teruskan dengan perceraian la kalau dah toxic mcm tu sekali.. simpan bukti2 penting… Kalau boleh bahagia dan tenang ngan anak, buat apa lagi nk duk dalam perkahwinan yg kacau mcm tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *