Assalamualaikum salam sejahtera aku kenalkan sebagai Cik Kemboja. Aku baru balik menunaikan umrah 2 minggu lepas. Aku tak tahu nak mulakan dari mana yela mungkin akan terabur penulisan aku.
Aku nak kongsi pengalaman menjadi tetamu Allah macam tajuk di atas ye aku memang tak mampu tapi aku umpama mimpi bila berdiri depan Kaabah.
Aku seorang surirumah anak nak masuk 4 termasuk dalam perut. aku ada keje full time di rumah kemahiran aku menjahit.
Aku daftar umrah ni lama tahun 2019 sebelum COVID masa tu tarikh patut berangkat Ogos 2020 tunda sebab COVID lepas tu mengandung anak ke3 tangguh lagi sampai tahun ni.
Bila anak no 3 ni dah setahun lebih aku nekad nak tunaikan juga umrah tahun ni aku doa sungguh² moga Allah permudahkan aku dapat tunaikan umrah tahun ni juga.
Tapi dalam masa yang sama aku tak ada duit pun nak bayar pakej masa daftar dulu aku sempat bayar RM1.8k saja.
Tambah pulak ada kenaikan lepas COVID aku masih memerlukan RM5.7k tu untuk pakej belum masuk duit belanja tarikh yang aku pilih sepatutnya 3hb sept sebab masa tu ada kawan sudi jaga anak aku.
Kira settle pasal anak ohh ye aku pergi seorang saja.
Tahu la kan lepas COVID tempahan baju memang sangat slow kadang tu sebulan 2 pasang saja mungkin sekarang orang nak berjimat.
Aku dah mula risau sebab aku Kene settle kan bayaran 2 bulan awal sebelum bertolak mana aku nak cari 5ribu lebih lagi dengan tak ada tempahan gaji suami aku tak sampai 2k pun sebulan tu pun ngam bayar komitmen rumah.
Aku jual semua emas tu pun tak cukup sebab emas jenis halus² aku masih kurang 3k lepas jual emas. Tinggal la gelang emas terakhir pemberian dari arwah nenek aku masa aku nikah.
Asalnya aku nak jual kat nenek saudara lepas tu nenek saudara cakap sayang la jual sebab pemberian dari arwah nenek simpan la.
Alhamdulillah nenek saudara bagi pinjam RM2k tu pun masih kurang aku pinjam mak aku RM1k akhirnya cukup untuk aku bayar pakej.
Aku agak malu sebenarnya bila pinjam duit untuk buat umrah sedangkan tak mampu lagi tapi dalam masa yang sama Allah permudahkan cukup duit bayar pakej.
Aku ingat dah settle semua bila Allah datangkan ujian sedikit berkenaan kawan yang nak jaga anak aku, mungkin Allah nak tunjuk kawan tersilap hantar mesej kat aku umpama aku mementingkan diri bila minta dia jaga anak aku,
Sebelum ni dah tanya boleh jaga ke tak sebab aku bayar untuk jaga anak aku. Dia kata ok tapi hati manusia kan.
Itu yang aku paling sedih bila kawan yang aku anggap dunia akhirat mengata aku.
Kebetulan masa tu anak buah aku tak kerja aku tanya dia boleh tak jaga anak aku dalam 12 hari siang saja.
Dia setuju aku terus call agent minta bertolak awal dari tarikh aku booking sebelum ni, akhir aku dapat tarikh awal ogos.
Dalam menghitung hari nak bertolak aku langsung tak ada tempahan duit memang langsung tak ada harap gaji suami akhir July.
Suami aku berulang kali minta maaf katanya dia dah sedaya upaya nak cukupkan keperluan tapi setakat tu rezeki dia.
Aku cakap dengan suami kita tak ada duit tapi Allah dah cukupkan duit bayar pakej sekarang duit belanja saja tak ada, Allah akan bantu nanti bila kat sana.
Bila gaji suami dapat sikit cukup bayar sewa rumah barang dapur keperluan anak² duit belanja langsung tak ada untuk ke Mekah masa baki gaji suami aku hanya RM200 saja untuk sebulan nak tunggu gaji.
Aku ada meminjam sikit dengan mak aku tu pun tuk keperluan rumah n anak akhir nya masa bertolak aku hanya bawa 120 riyal selepas tukar.
Aku dah kira² untuk simkad Saudi saja tanya agent katanya 120 riyal pakej aku kat Madinah fullbrond Mekah sarapan saja. Maksudnya aku tak risau kat Madinah.
Pagi sebelum bertolak ke KLIA nenek saudara aku ada sedekah duit belanja RM100 alhamdulillah ada untuk makan kat Mekah aku dah aktif kad untuk kegunaan luar negara hakikat tak ada duit pun dalam kad.
Aku akhirnya bertolak dengan bergantung sepenuhnya pada Allah. Rezeki mungkin sebelum bertolak aku mengandung dalam 2 bulan lebih kaya dengan anak je aku ni.
Dekat Madinah Allah sangat permudahkan aku tak alahan aku boleh jalan ulang alik tanpa sakit belakang sebab setiap kali aku mengandung ada masalah tak boleh jalan lama duduk lama sebab sakit tulang belakang.
Yela bila pergi buat umrah ramai berlumba nak derma kan, aku memang tak ada duit cukup untuk makan kat Mekah nanti, Allah tahu keadaan aku,
Aku mampu zikir saja sebab aku ada baca satu hadis orang kaya boleh derma harta orang miskin kalau tak ada harta boleh derma dengan zikir (SubhanAllah wabihamdih) tu je zikir aku sepanjang nak ke masjid.
Lagi satu nikmat yang Allah bagi aku, pakej aku bilik berempat tapi sampai madinah n Mekah aku ditempatkan bilik bertiga, rata ada yang tambah duit untuk bilik bertiga tapi hanya aku tak ada tambahan untuk bilik bertiga.
Kat Madinah memang aku tak ada beli apa pun teman kawan sebilik shopping macam² aku ni hanya fikir duit nak makan kat Mekah je.
Sebelum bertolak ke Mekah mak aku masukkan RM200 alhamdulillah ada duit untuk makan dah tak perlu risau.
Lepas tu kawan aku tiba tanya ada duit belanja tak dia masukkan RM150 dengan kawan yang lain pun ada sumbang kan sikit, aku tak ada pun cerita dengan orang berapa duit belanja aku bawa sebab aku malu.
Ya Allah benar bila kau harapkan pertolongan dari Allah dan yakin memang akan di permudahkan, ibadat kat Mekah pun Allah permudahkan tu bila depan Kaabah aku sedih si miskin ni akhir nya sampai juga.
Kadang orang sangka bila kita buat umrah ada duit, ramai yang kirim duit untuk sedekah kat mekah tapi hakikatnya yang pergi umrah tak ada duit belanja pun macam aku la.
Aku berazam kalau aku dengar saudara ke kawan ke nak buat umrah aku akan sedekah pada yang buat umrah sebab aku dah lalui pengalaman ni.
Itu saja pengalaman aku in sya Allah ada rezeki lepas ni aku nak pergi bersama suami pulak. Tolong doakan aku dipermudahkan rezeki dapat bayar nenek saudara dan mak aku yang bagi pinjam duit.
– Cik Kemboja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit