Assalamualaikum wbt & Hi semua…
Aku ingin mendapatkan idea dari para pembaca doktor sekalian tentang masalah yg dihadapi oleh adik aku. Adik aku ni seorang HO dan akan menghabiskan HO dalam beberapa bulan lagi. Aku harap adik aku ada baca confession ini dan aku mengharapkan komen yg rational dan matang dari para doktor sekalian.
Ceritanya begini, adik aku baru- baru ni ada text aku cakap nak berhenti je dari HO. Dia macam dah firm utk quit sedangkan tinggal beberapa bulan je nak abiskan HO ni. Antara alasan dia
1) dia memang dari dulu tak minat nk jadi doctor, tapi parent kami yg terlalu harapkan
2) dia memang rasa takde life dan macam tension tahap gaban
Adik aku ni dah berkahwin dan mempunyai baby berusia hampir 6bulan. Dia pun macam taknak lagi berkahwin masa tengah wat HO hari tu,tapi parent aku bersungguh suruh kahwin masa tu juga. Husband dia OK je kalau dia nak quit.
Masalah yg paling rumit skrg adlah parent kami especially ialah ayah kami. Ayah memang seorang yang amat garang,panas baran dan digeruni(baca ditakuti) oleh seluruh keluarga dan saudara mara kami. Tapi, Ayah memang ayah yg baik, bertanggungjawab tetapi kami adik beradik dari kecil memang sangat takutkan abah kerana kegarangan beliau( doakan ayah aku jadi lebih tenang ya). Tapi segarang ayah kami,belum pernah beliau memukul kami. Beliau seorang yang sangat determine, apa sahaja yg beliau inginkan, pasti beliau buat sebaik mungkin sampai dapat. Contoh macam adik aku masa tengah belajar medic, dia support dari segi moral,duit and tenaga utk make sure adik aku graduated in medical. Aku nampak kepenatan, kesungguhan dan prngorbanan ayah aku dalam merealisasikan impian beliau utk melihat adik aku bergelar doktor. Masa adik aku jadi HO pon ayah aku banyak berkorban untuk adik aku tu dan aku tengok ayah aku macam tahap sanggup buat apa sahaja utk adik aku tu. Mak kami pun sama, cuma mak kami tak garang tapi dia mengharapkan benda yg sama dari adik aku ni. Kami adik beradik yg lain perasan parent kami memang lebihkan adik kami(baca anak kesayangan), tetapi kami memang takde rasa cemburu sebab she deserved for it.
OK berbalik kepada masalah adik aku tu, dia punya plan nak buat bisnes kalau dia quit HO tu. Keluarga kami memang takde siapa yg bisnes, semua makan gaji, but her husband memang ada buat bisnes. Hushband dia ada buat bisnes partime secara kecil kecilan dan jual insurans. Aku not sure mentaliti ayah aku pasal bisnes ni since parent aku pun pesara kerajaan.
Aku dah pujuk adik aku suruh bersabar, tetapi dia macam dah firm je nk quit. Aku pun dah suruh dia fikir macam mana nk survive lepas ni if dia betul2 quit. Aku pun dah kasi idea adik aku supaya buat istikarah dengan bersungguh2, sebab memang hanya Allah taala yg mengetahui segalanya. Aku harap ada lah para doktor yg boleh komen pasal adik aku ni. Aku malas nak bayangkan macam mana reaksi parent aku nanti(aku malas nk semakkan otak aku ni). Tapi aku kesiankan parent aku dalam masa yg sama aku faham situasi adik aku tu. FYI,aku ada seorang bff yg dah bergelar MO sekarang dan aku faham situasi Ho macam mana sebab bff aku selalu mengadu kt aku. Bff aku tu pon situasi macam adik aku, parent yg nak sngat anak mereka bergelar doktor sedangkan anak diorang tak minat.
Aku dahulukan dengan jutaan terima kasih atas komen yg rational dan matang. Semoga Allah merahmati kita semua.
– Si sepit baju
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit