Assalamualaikum admin dan semua pembaca,
Saya yakin pembaca mesti rasa lelah apabila membaca tentang rumahtangga yang bermasalah, tentang orang ketiga, tentang ibu yang derhaka pada anak-anak dan pelbagai lagi kisah yang melelahkan jiwa jadi saya nak bercerita sedikit tentang harapan, impian dan perasaan saya sekarang.
Sebelum tu jom saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu.
Saya Manis (sudah tentu bukan nama sebenar), awal 20 an, masih berjuang dalam menggenggam segulung ijazah di universiti awam di Negeri Perak (cuba teka dimana),
Merupakan anak ke 5 dari 6 beradik, ramah tapi bukan extrovert, kuat berangan, pelik, ramai kawan tapi tak ramai kawan rapat. Lebih suka keluar dengan keluarga berbanding kawan-kawan.
Sekarang saya berada di semester ketiga nak masuk sem keempat, kebanyakkan kawan-kawan saya sibuk nak cari boyfriend sebab mereka takut tak sempat nak cari nanti tamat belajar sedangkan jodoh, ajal, rezeki semua Allah dah aturkan.
Mungkin cita-cita mereka ingin berkahwin dengan lelaki idaman mereka, mempunyai anak dan hidup bahagia hingga ke hujung nyawa. Tetapi lain pula saya, impian saya bukanlah berkahwin dengan lelaki idaman.
Sejujurnya, sekiranya ditakdirkan saya tiada jodoh didunia pun saya tak kesah sebab cita-cita terbesar saya adalah menjaga ibu dan ayah saya.
Disaat saya dah habis belajar nanti, saya nak beli rumah yang selesa dan bawak ibu ayah saya duduk dengan saya. Saya nak tunaikan segala impian ibu dan ayah saya yang tidak tercapai sewaktu mereka muda.
Saya nak kehidupan akhir dewasa ibu ayah saya penuh dengan kebahagiaan. Saya harap umur saya, ibu dan ayah panjang agar kami sama-sama dapat menikmati moment ini. Saya nak menjaga ibu dan ayah sehingga akhir hayat saya.
Tapi disini bukan saya nak cakap yang saya tiada perasaan pada seseorang. Tipu la kalau saya cakap saya tak suka sesiapa.
Sebenarnya, baru-baru ni saya ada minat sorang mamat ni. Budak course pendidikan Islam, manis orangnya, hidung mancung, berkulit sawo matang. Saya minat gitu-gitu je sebenarnya tak sungguh sangat pun. Tapi saya ada la stalker ig dia, malangnya dia buat private pulak.
So saya cuba la follow dia di ig, time ni saya tak berharap pun yang dia akan approve saya di ig. Sebab follower dan following dia tak ramai so saya assume yang dia approve orang yang dia kenal je.
And guess what? dia approve dan followback saya! Yang paling mengejutkan lagi dia lepasan Darul Quran JAKIM. Saya ingatkan dia budak STAM. Maksudnya dia penghafaz Al Quran, aduhhh lagilah bertambah minat saya pada dia.
Lepas stalker lebih mendalam, dia orang kedah rupanya. Tapi tu la, sangat susah saya nak terserempak dengan dia disebabkan dia dari fakulti lain dan kolej kami pun berbeza.
Tapi tu la setiap kali saya suka someone, saya akan ingatkan balik diri saya yang berkahwin tidak termasuk dalam cita-cita saya.
Bila perasaan suka pada ajnabi muncul, saya akan ingat wajah ibu dan ayah saya. Maka lama-kelamaan perasaan suka tu akan hilang dengan sendirinya.
APA-APA PUN DOAKAN SAYA GUYS!!!
– Cik Kucing (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
SemogaCikKucing berjodohan dengan Jejaka Course Pendidikan Islam lepasan Darul Quran tu. Manalah tahu beliau juga sudi duduk sekali dengan mak ayah awak nanti. dan mak ayah awak berkenan untuk dijadikan menantu. Tidak salah mencuba.
Aamiin..