Untuk part I, (https://iiumc.com/tak-nak-kahwin-2/).
Asssalamualaikum semua. Saya Cik N yang hantar confession berkaitan confession Cik Laili sebelum ini.
Terlebih dahulu, saya nak ucap terima kasih atas pandangan masing². Untuk pengetahuan, saya baca hampir kesemua 500++ respond yang diberi. Terima kasih atas kata² yang baik dan doa.
Yang beri pandangan negatif pun saya tak terasa hati sedikit pun, sekadar menganggap itu cuma andaian mereka semata².
Saya doakan semua diberi kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Seperti yang saya nyatakan di awal confession tu, niat saya cuma nak menambah kefahaman pembaca tentang kepelbagaian cara berfikir manusia yang ada di sekeliling kita.
Saya bukan berniat nak minta pandangan, nak luah perasaan kecewa atau nak minta tunjuk ajar apa yang saya perlu buat.
Tapi, bila dah baca respond semua, terasa bagus juga. Saya pun dapat menambah ilmu² yang sesuai dengan keadaan saya.
Tapi, dari segi lain, saya tetap ada 1 kerisauan… saya TAKNAK nanti posting saya itu menjadi sandaran kepada orang² yang memang taknak kahwin.
Untuk lebih memahami situasi saya. Saya bukan tak nak kahwin langsung. Saya cuma tak nak kahwin selagi saya tak yakin dengan individu tu. Ya, saya ada isu kepercayaan (trust issue).
Saya dah beberapa kali beritahu adik² saya. Bila dah jumpa dan kenal seseorang yang boleh terima baik buruk hang, ko kawin jer.
Contohnya, seorang adik saya ni dah berkawan dengan seorang lelaki yang masuk uni sama dengan dia. Tapi disebabkan adik grad lebih awal, dia bekerja di sebuah syarikat.
Di tempat itu, dia berkenalan dengan seorang customer dia yang kelihatannya cukup menarik. Ini kerana lelaki itu telah punya kerjaya yang stabil, sudah ada rumah dan kereta. Kedua² lelaki ini merisik dia pada waktu yang hampir sama.
Kawan uni nya itu, ketika itu masih belum grad (dah tentu belum ada kerjaya), anak orang kampung tiada harta apa².
Bila adik tanya, saya minta dia fikir betul², antara kedua lelaki itu yang mana boleh terima baik buruk perangai dia? Bila adik cerita tentang kedua²nya, akhirnya dia pilih kawan uni nya. Alhamdulillah, mereka bahagia sampai sekarang.
Adik akui, kalau dia tersalah pilih, agaknya apa jadi pada dia sekarang. Alhamdulillah, suami dia tak menyusahkan dia bila dia berperangai buruk mahupun baik. Ditegur dengan matang. Dan tidak pula dibiarkan sesuka hati.
Saya rasa lega, sebab adik ipar saya ni jaga dan bimbing adik saya dengan baik. Itu rezeki dia.
Untuk pengetahuan semua, saya punyai kerjaya yang biasa² sahaja. Hidup saya tidak dipenuhi dengan urusan kerja semata². Gaji pun biasa² juga. Simpanan ada la sikit.
Separuh dari aktiviti harian saya adalah duduk di rumah. Sejak pkp ni, lagi la 24/7 saya di rumah. Sesekali ke kedai atau ofis. Saya tak travel mana². Dapat housemate pula, jenis yang buat hal masing². Kami jarang bersembang dan berkumpul. 2 ke 3 minggu sekali mungkin.
So, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca, mengadap laptop, baca confession macam ni (hahaha…). Dengan kata lain, saya tak sibukkan diri untuk kurangkan rasa lonely. Malah saya sering menikmatinya.
Tapi, takde la sampai saya bangga lone ranger dan berasa “padan muka kat orang yang dah kahwin tapi alami pelbagai masalah rumah tangga. Baik hidup macam saya. Happy dengan diri sendiri!” OH TIDAK! Tidak sedikitpun saya fikir ke arah itu.
Bagi saya setiap orang ada cara masing² untuk hidup bahagia. Yang saya tak suka ialah mereka yang bertindak tanpa menilai diri sendiri lebih mendalam. Ambil sesuatu tindakan mengikut perasaan semata². Bila tiba² diuji, rasa menyesal dan tak mahu menghadapinya pula.
Contohnya, dah pilih hidup single, bila dah tua rasa menyesal dan sedih pula. Apa² kita pilih, baik fikir dulu, adakah kita sanggup hadapi kesan negatif pilihan kita nanti? Jangan setakat fikir benefit nya sahaja.
Sama juga dengan seseorang yang ‘berkawan’ dengan pasangan yang ada perangai buruk. Berani pilih untuk berkahwin dengan dia, kena la berani fikir yang dia mungkin takkan berubah menjadi lebih baik pun. Kalau sanggup, kahwin laa. Jangan mula² jer sanggup.
Bila dan beberapa tahun kahwin, mengadu dah tak sanggup. Paling benci, bila ditanya kenapa dulu² kata sanggup? Dijawab, ingatkan sidia akan berubah. Huh!!
Berani buat berani tanggung la.
Sebenarnya, setiap kita ada kemampuan untuk terima kelemahan seseorang. Dalam pada masa yang sama, kita sangat sukar terima kelemahan yang lain.
Sebagai contoh, saya banyak baca tentang isteri² yang tak boleh terima pasangan yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan bekerja dan jarang meluangkan masa bersama dirinya dan anak².
Kalau saya, walaupun saya juga rasa tak seronok dapat pasangan seperti ini, tapi saya fikir, saya mungkin mampu menhadapinya. Lebih baik dapat suami yang asyik bekerja daripada dapat laki yang suka main kayu 3 (hahaha…)
Kenapa saya ada keyakinan begitu? Mungkin faktor cara saya dibesarkan. Ayah selalu posting jauh. Cara pemikiran saya dalam hal ini sama dengan kakak saya juga. Kebetulan, di awal perkahwinannya hingga anak yang sulung dah agak besar, suaminya selalu posting jauh².
Setahun, mungkin sebulan sahaja berjumpa. Adakah kakak rasa sedih? No. No at all. Dia enjoy jer, yang penting balik nanti bawa duit banyak². Haha…
Kakak saya ni mata duitan sedikit. Dah nasihat tak baik fikir macam tu tentang suami dia, dia gelakkan jer. Adakah dalam diam² dia sedih ditinggalkan?
No! Kami sama² memang boleh enjoy bersendirian. Bahkan kakak boleh tinggalkan anak² dia di rumah sebab nak shopping seorang diri (ini memang saya sakit hati betul!!)
Bahkan dia biasa biarkan anak² dia di sudut lain rumah dia, sedangkan dia bersenang² sendirian (tido/ tengok hp/ buat kerja rumah).
Ada anak pun, masih suka suki lonely gitu. Erggh!! Geram betul! Sesekali tu, takpe, ni hampir dikebanyakan masa! Eh, termengumpat kakak la pulak. Sorry kakak. Hahahaha…
Adakah kisah saya ini bertujuan untuk meyakinkan diri sendiri bahawa biarlah aku terus sendirian? Ada nada² sedih kecewa dan terasa sebab ramai yang akan mengata sebab saya tak kahwin²? Oh tidak juga.
Untuk pengetahuan, dah pasti ramai saudara mara yang bertanya, kan. Kawan² yang mengata pun ada dulu (masa saya bekerja di kalangan orang² biasa. Bukan seperti sekarang rakan² saya banyak yang Islamik. Mereka sangat baik dengan saya). Tapi saya tak kisahpun. Kecik hati?
Peringkat awal tu ada sedikit terasa. Tapi saya fikir kenapa nak berkecil hatinpula, mereka tu cuma tak biasa dengan ‘kelainan’ yang ada pada kita, jer.
Bukannya mereka nak hina pun. Dah jadi satu kebiasaan pada manusia akan berasa hairan, pelik, janggal, tak selesa apabila ada orang lain yang punya ciri² yang lain daripada kebanyakan orang. So, saya fikir, biar laa, takde menda pun.
Pernah saudara mara saya tanya “ini ke, kakak pengantin yang tak kawin² lagi tu?” Dengan suara yang biasa macam tak rasa apa². Saya pun… “aaa… saya laa. Belum ada jodoh lagi”. Orang lain memandang saya dengan terkejut (kesian pun ada).
Apa yang ada dalam fikiran saya masa tu??… “tak guna punya pakcik! Saje nak malukan saya yaa! Hahahaha… apa ada kisah”. Saya senyum jer (senyum ikhlas tau. Bukan dibuat²).
Saya cuma risaukan ibu saya. Takut dia terasa hati dan malu. Tapi, alhamdulillah, ibu saya nampak tenang (luaran jer laa). Saya ada bagitau dia, kalau dia nak paksa saya kahwin dengan sesapa, saya tak kisah. Asalkan pilih yang baik² jer laa.
Tapi ibu kata, takpe, taknak paksa², nanti ko kahwin, ko tinggalkan laki tu gitu jer, kan dah susah. Dia kata, dia sentiada doakan saya tetap ada jodoh dan jodoh saya orang yang baik². Amiin. (Mungkin saya juga perlukan doa² dari kalian?…)
Ini kisah saya dengan rakan sekerja dulu² pula. Satu hari tu, seorang kakak telah berkata sambil menguatkan suara… “oii anak dara tua, dokumen tu ko dah hantar belum?” Saya?…
Ketika itu, saya nampak beberapa orang rakan berdiri disamping kakak tu sambil senyum². Rakan² lelaki pula memandang ke arah kami dari tempat duduk diorang.
Pantas, saya menyahut “alamak akak, saya tak siap lagi! Ada masalah skit”. Lalu saya berjalan ke arah dia dan saya tanya beberapa perkara tentang dokumen itu (macam tak rasa apa²). Saya nampak jelas kakak tu macam ternganga dan semua orang pandang saya.
Saya? Apa ada kisah. Betul apa, apa yang dia cakap tu. Soal dia nak malukan saya depan semua orang, itu hal dia. Biar dia rasa syok sendiri.
Yang saya nak larut dalam perasaan malu disebabkan kata2 dia tu, dah kenapa? Macam laa kata² orang boleh buat hidup saya merana. Saya memang jenis tak kisah orang kata apa asalkan tak menjejaskan periuk nasik saya.
Satu lagi, sorang makcik saya pernah perli² saya masa majlis kahwin adik sepupu. Apa saya buat? Adakah saya marah dan berkecil hati?… Tak. Sikit pun tidak. Bahkan saya pergi peluk pinggang dia dari depan lalu buat bunyi merengek “alaa, doakan laa saya”.
Tiba², makcik saya ni menitik air mata laa pulak. “Hmmm… mak*** bukan apa, takut mati tak sempat merasa masak lauk kenduri untuk kamu”.
Saya sendiri tak sangka saya boleh peluk dia macam tu. Ini semua rahmat dari ALLAH. Saya bukan jenis mudah² nak pegang tangan orang, peluk orang, berselisih badan dengan orang. Dengan ibu sendiri pun saya tak peluk².
Peristiwa itu berlaku secara tiba² dan tak terancang. Apa yang saya fikir, semua saudara mara saya cuma rasa pelik sahaja dan dalam masa yang sama mereka mengambil berat.
Kesimpulan dari 3 kisah ini, saya memang tak berasa hati apabila ada yang mengata saya anak dara tua, terlalu memilih atau sebagainya. Biarkan itu jadi pandangan mereka.
Tiada sedikitpun dari pandangan² itu yang menjejaskan saya buat masa ini. Kalau suatu hari nanti, kata² itu akan menjejaskan saya, mungkin saya akan bertindak lain.
Satu jer yang saya rasa benar² boleh menjejaskan saya iaitu saya sentiasa rasa takut Rasulullah tak nak mengaku saya umatnya.
Saya bukan takde perasaan nak kahwin. Tapi saya takut dan tak percaya. Kalau suatu hari nanti rasa ketidakpercayaan itu pecah, saya tidak menolak untuk berkahwin.
Saya bukan tak percaya pada Islam, saya bukan seorang feminist dan berfahaman liberal (tapi, kalau korang fikir begitu, terpulang). Saya yakin, saya bukan orang seperti itu. Apa yang Islam gariskan hak² wanita sangat jelas dan dah cukup terbaik.
Yang tak jelas dan buruknya ialah manusia itu sendiri. Manusia itu yang menyukarkan dan menyebabkan amalan Islam itu tidak diamalkan dengan baik.
Saya sangat² percaya jika saya dan bakal pasangan saya dapat amalkannya dengan baik, dalam pada masa yang sama kami dua² memahami baik buruk pasangan dan kelemahan yang ada, saya boleh berpegang kepada perkahwinan ini.
Saya cuma tak nak saya sahaja berusaha. Tetapi pasangan saya tidak!
Ada juga yang menyatakan kahwin sahaja dulu. Nanti kalau ada masalah, mintalah fasakh.
Maaf saya masih sedar adalah berdosa seorang isteri yang sengaja minta berpisah kalau suami dia seorang yang bertanggungjawab. Tapi lelaki yang bertangjung jawab tak semestinya dia seorang yang baik dan dapat terima baik buruk kita.
Saya bukannya cari pasangan macam dlm cerita² fairytale, drama melayu/ korea petang² tu. Cukup sekadar dia dapat terima baik buruk saya dan sama² baiki diri… SAMA²!
Ini andaian saya semata²: mungkin selama ini saya dihadapkan dengan lelaki yang saya tak yakin boleh terima baik buruk saya adalah disebabkan karektor saya sendiri.
Secara luaran, (orang kata) saya berwajah lembut, sikap saya juga lemah lembut, jika tak kenal atau baru kenal, saya kelihatan jenis menurut (maka senang untuk dikuasai dan dikawal), kelihatan jenis penyabar yang tinggi, clumpsy.
Tapi hakikatnya saya tak suka pandangan saya diremehkan tanpa terlebih dahulu dinilai isinya.
Bila saya bersikap keras dan menunjukkan ketegasan barulah nak timbang² balik pandangan saya tadi dan baru nampak kebenaran kata² saya. Bila dah banyak kali berlaku mula la kata ingatkan saya ni jenis penurut sebab nampak seorang yang lembut.
Maaf, saya tinggalkan jer orang macam tu. Nak ubah karektor jadi kasar, tak boleh pula. Ini memang dah karektor saya.
Percaya atau tidak, dah umur 43 tahun pun masih ada lelaki (bahkan perempuan sebaya saya) panggil saya adik padahal bukan kenal dan tahu pun usia saya – biasanya para peniaga, driver teksi/ grab. Bila saya tanya kenapa (saya tak selesa dipanggil adik, dah tua² macam ni. Hahaha…)?
Mereka ingat saya muda lagi. Huh? Pembawakan diri saya pun lembut dan manja (huh? manja?)
Tapi ramai rakan² tanya kenapa tak cuba keraskan sikit cara bercakap, kalau orang tak kenal, memang orang ingat awak ni jenis penurut. Kalau dah kenal baru tahu, saya hanya menurut apabila difikirkan perlu.
Ada pandangan sendiri dan tiada masalah untuk berkata TIDAK terhadap sesuatu, boleh kawal keadaan persekitaran dan tenang menghadapi karenah orang lain, indipendent dan boleh pula buat kerja² lelaki (tak semua). Eh… terpuji diri sendiri pulak.
Sorry, kalau korang menyampah dengar. Boleh stop baca macam ada beberapa respond sebelum ni tentang senarai lelaki² yang pernah merisik saya.
Tapi masa tu, saya memang tiada niat nak bangga diri ya. Saya cuma senaraikan agar korang lihat apa jenis² orang yang saya pernah jumpa.
Issue/ dilema saya sekarang ialah disebabkan keperibadian saya ini, menyebabkan saya sukar percaya ada orang yang takkan meremehkan saya. Saya terima seadanya jika inilah puncanya. Macam mana nak jadi keras, ea?? Saya memang dah ditakdirkan bersuara lembut dan lunak.
– Cik N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit