Tak Nak Rapat Dengan Anak

Assalamualaikum, saya ada masalah dengan suami panas baran. Acapkali kalau bergaduh mesti akan hempas sesuatu ke dinding. Kalau maki pun ada, cuma dia play safe.

Dia akan susun2 barang dia dan sambil tu menggumam kuat “babi sial betul!”, atau kadang2 “gampang betul!” Semua kata2 tu dia akan buat seolah olah bermonolog sendirian dan dia akan cakap benda2 macam ni kuat2 bila saya ada di sebelah dia.

Dia tahu saya memang benci orang yang cakap kotor macam ni jadi bila dia cakap macam ni saya akan terus bidas, contohnya “panggil babi2 tu elok sangatlah, ha biar semua orang dalam rumah ni sebut babi jugak.”

Saya memang marah. Anak saya yang sulung dah 3 tahun dan sangat pandai bercakap. Stressnyaaaaaa bila kadang2 depan anak pun selamba je keluar perkataan macam tu bila tengah gaduh dengan saya.

Baru2 ni saya baru dapat anak kedua. Sebelum anak lahir suami cakap siap2 dah anak kedua ni saya lah yang jaga malam pulak. Dalam erti kata halus dia tak nak berkorban macam anak pertama kami.

Masa anak pertama saya selalu ajak suami jaga anak sama2 sebab nak biasakan suami pegang anak. Saya pun bekerja jugak jadi dapatlah cuti 3 bulan.

Tapi bila anak kami yang 3 tahun ni sangat rapat dengan dia sampaikan dia pergi lepak dengan kawan pun dia terpaksa bawak suami jadi macam rimas.

Kadang2 dia selalu tipu anak, cakap dia keluar untuk pergi rumah tokwan (bapa suami) tapi sebenarnya dia akan pergi lepak. Selalu dalam jam 9 malam hingga paling lewat jam 3 pagi. Anak pun memang menangis nangis lah sebab ayah dia tinggal dia.

Saya cakap jujur je dengan anak, sebab anak tahulah ayah dia bukan pergi rumah tokwan sebaliknya ayahnya pergi jumpa dengan kawan.

Lepak ni kira aktiviti wajib ya. Setiap minggu mesti lepak sebelum saya bersalin dulu lah. Dalam seminggu paling kurang 2 3 kali mesti kena nampak muka kawan. Kalau tak mulalah macam panas punggung.

Jadi sebab tu untuk anak kedua ni dia bagi syarat macam tu. Saya bidas jugak cakap saya pun bekerja. Bukan dia seorang sumbangkan duit untuk keluarga, saya pun turut sumbangkan jugak.

Duit gaji saya selain untuk diri saya, keluarga mak ayah saya, untuk rumah keluarga kecil kami saya turut sumbangkan. Jadi saya rasa macam tak adil.

Paling kurang pun malam sampai jam 12 malam tu tolonglah tidurkan anak nanti pukul 1 hingga 6 tu saya akan tolong jaga pulak.

Itupun dia cuba2 buat sibuk waktu malam tu. Tak habis2 alasan dia sebab dia sibuk urus anak nombor 1. Sakit kepala saya. Anak saya yang sulung tu dah besar lah. 3 tahun bebas pampers dah cuma makan tu susah sikit. Kena bersuap. Kalau suami saya suap 2 kali suap dah.

Kalau bagi anak makan sendiri dia akan makan saaaaaangat lama dan banyak tumpah2. Kalau saya suap anak akan makan banyak sebab saya lebih tegas.

Saya cuba jugak untuk tegur2 dan bersabar dengan perangai suami. Kami baru 5 tahun kahwin. Jadi sebab tu walaupun suami begitu saya masih lagi cuba untuk tolerate.

Saya tunggu lepas saya habis cuti bersalin. Kalau masa tu dia bagi alasan dia kena tidur sebab esok kerja ha memang saya pun akan cakap benda yang sama.

Tapi buat masa sekarang saya nak nasihat dari para ibu macam mana ye korang stabilkan emosi lepas beranak nombor 2 dengan anak nombor 1 baru 3 tahun. Anak saya baru habis pantang.

Macam mana ye cara saya nak tidurkan dia waktu malam supaya dia akan bangun dalam jam 6 pagi macam tu. Pengalaman masa anak pertama tu saya pun lupa sangat macam dah lama sangat beranak.

Oh satu lagi mesti tertanya tanya kenapa suami boleh berubah bab anak kan? Sebab bila kawan2 lepak suami tengok anak tak boleh berenggang dengan dia kawan dia cakap dari pantang biar isteri lebih banyak pegang anak dari suami.

Saya pernah terbaca chat ni dalam fon suami. Dalam wasap group mereka. Jadi sebab tu lah untuk anak kedua ni punya jaranglah suami tu pegang anak sampai saya boleh kira dengan jari berapa kali dia pegang tu.

Asal sampai rumah jam 5.15 mesti asyik cakap penat2 sambil baring main fon lepastu tidur. Main fon dalam sejam lepastu tidur sampai kadang2 langgar maghrib.

Hari2 asyikkkk meratib perkataan penat. Kerja kerani je padahal. Tak tahu lah apa yang penat. Kalau dapat jumpa kawan tak penat pulak.

Haihhhh. Tak tahulah saya berjaya bentuk dia balik tak jadi ayah yang rapat dengan anak macam anak pertama dulu.

Sampai sini dulu confession saya ya.

– Ibu Pening (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sy takde nasihat utk stabilkan emosi. Tp sy nak ckp, berenti la beranak lagi lbh² lg anak jantan selfish mcm tu. Dah tau laki tu perangai tak sempurna dgn anak kecik yg masih makan bersuap, why do you allow yourself to pregnant again? End up sndri sakit jiwa tgk perangai laki. Take preventive measure. Lps ni amek la perancang. Or else, kalau nk beranak jgk, prepare mental sndri yg you have to do EVERYTHING alone as if no one could do better than you. Xyah fikir adil x adil dia begini dia begitu. Be fair to yourself. 1 more, boleh dah ajar anak makan sndri. Walau lama, walau sepah. Biar je. Biar dia belajar. Kdg² sbb kita yg x suka sepah, kita limit pembelajaran anak. X berbaloi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *