Sebaris ayat yang paling susah untuk aku lafazkan.
“No, thanks”
“Tak nak, terima kasih”
Apa yang susahnya?
Bila kawan kau mengomel di status FB bagaimana kawan-kawan sendiri tidak supportive bila dia mula menjual barang.
Siap mohon sahabat yang tidak supportive ini untuk unfriend dan beri peluang kepada ‘kawan-kawan’ baru untuk menghuni senarai kawan di FB.
Bila kita unfriend sungguh-sungguh, merajuk pula. Mengomel di status WhatsApp. Katanya baru kenal sahabat sebenarnya. Tepuk dahi!
Belilah produk claim anti kedut, anti suami cari yang lain, anti penuaan yang dijual. Terperosok di dalam almari menunggu expiry date kerana aku tidak mempercayai keberkesanannya.
Berbulan berlalu.
Datang seorang kawan. Kesian melihat aku tidak berwang ringgit seperti orang bekerja. Maklumlah menjadi ibu surirumah duit yang ada banyak dilabur untuk keluarga. Katanya ada satu produk.
Walaupun cuma gandingan bebenang menjadi sehelai kain, tetapi kain ini mampu membantu aku sebagai housewife, sekaligus aku boleh membuat duit melalui penjualannya.
Diusul kepadaku, ayuh sertainya segera. Yuran cuma sekian Ringgit, boleh dia dahulukan.
Perlahan aku tolak. Dia makin agresif mengajak. Lemah. Aku tak tahu mahu berkata apa. Tak nak, terima kasih secara halus tak diendah.
Katanya rugi duduk di rumah, harapkan wang ringgit suami.
Aku tegaskan tidak mampu untuk agihkan masa dengan menjual produk yang sudah ramai penjualnya. Bahkan adik beradik malah sepupu-sepupu aku aktif menjual.
Makin melawan nampaknya. Aku menyerah kalah kerana sifat tidak mahu menghampakan sahabat aku. Lalu aku izinkannya mendaftarkan diri aku sebagai ejen di bawah seliaannya.
Menjerit dalam hati mengatakan kebodohan diri. Duit hampir ratus ringgit itu boleh dibuat makan seminggu.
Malah, janji aku buat anak-anak untuk makan sedap hujung minggu ini terkubur gara-gara sikap aku yang entah cuma memikirkan sahabat.
Bukan tak pernah terjadi, salah faham dengan kawan dari zaman hingus sememeh. Gara-gara tidak membeli barang jualannya, dia memalukan aku di dalam FBnya.
Terasa seperti kawan tak guna, aku berjanji dengan diri aku akan support kawan-kawan sebaik mungkin. Tapi aku berharap juga kawan-kawan faham akan kemampuan aku.
Kadang aku tak faham kawan-kawan yang suka memaksa. Apakah dalam dirimu tiada common sense?
Orang dah tolak, kau paksa. Bila bertegas, mulalah guna ayat pedih menikam kalbu. Aku tak punya wang, aku tak punya waktu.
Aku tak yakin untuk menjual barang sambil mengasuh anak. Aku tak pasti aku mampu untuk menyertai aktiviti ejen-ejen, training sana-sini. I just don’t want to. I can’t.
“Tak nak, terima kasih”
Sebaris ayat yang susah aku nak ucapkan. Termenung aku memandang Maybank2U app. Sudah kurang senyuman anak-anak gara-gara kebodohan ibu mereka.
Kepada kauorang semua di luar sana, be a good friend. Jangan paksa kawan kau beli barang yang dia tak mahu.
Jangan paksa kawan jadi downline. Jangan paksa kawan kau labur untuk beli produk entah apa-apa. Jangan jadi kawan yang tiada common sense. Kasihani aku.
Nah, saat ini aku mempunyai pelbagai jenis produk di rumah antaranya produk claimed produk kesihatan anti kedut, anti suami cari lain, anti penuaan, juga produk kain lap bebenang emas pasti rumahmu berseri…
Serta produk asas penjagaan wajah organik walaupun baunya fake and so chemical… Ada antara kamu yang mahu beli? Yup, guess nobody wants to support a friend in need. Unfriend!
– Putih Putih Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit