Tak Normal Ke Aku?

Hi semua. Aku ada baca confession tentang isteri yang tak bernafsu. Waktu aku baca tu, rasa macam kena batang hidung sendiri. Rupanya bukan aku sorang je yang alami masalah begitu.

Aku seorang isteri, berumur awal 20an. Rumahtangga yang dibina hampir menginjak usia 3 tahun.

Aku seorang surirumah. Dan ibu kepada sorang anak kecil berumur 2 tahun. Sekarang tengah pregnant untuk yang kedua InshaAllah.

Masalah aku bermula sejak aku mengandung anak pertama. Keinginan aku untuk ‘bersama’ tu makin berkurangan.

Pada awalnya aku fikir mungkin disebabkan hormon yang berubah. Tapi lepas bersalin makin teruk rasanya. Sebulan sekali pun susah untuk aku tunaikan ‘hasrat’ si dia. Aku tau berdosa tolak bila suami ‘ajak’, tapi aku tak mampu nak paksa diri aku.

Aku dah cuba macam2 untuk naikkan nafsu sendiri. Aku dah cuba seksi, dah cuba wangi2, dah cuba ubat herba yang orang cakap boleh rangsang kita untuk bersama. Tapi semua tu tak berkesan untuk aku.

Setiap kali ‘bersama’ ibarat paksaan untuk aku. Aku akan mintak dia segerakan untuk selesai. Setiap kali dia ‘berkeinginan’, aku akan cuba untuk elak. Sampai dia akan cakap ’15 minit je pun cukup.’

Bila bersama, aku akan pandang jam untuk tengok masa dah cukup ke belum. Bagi aku, lagi cepat lagi baik. Itu kisah selepas bersalin anak pertama.

Sekarang sejak mengandung sekali lagi, makin parah nafsuku. Langsung aku takda rasa nak ‘bersama’. Yup! Sikit pun aku tak rasa nak berhubungan dengan suami. 2-3 bulan tak berhubungan badan bukan lagi masalah bagi aku.

Tak normal ke aku? Makin hari makin tak bernafsu. Aku tak suka dia peluk, tak suka dibelai, tak suka dimanja.
Dan aku tak suka suami aku nak manja2 dengan aku. Tak suka dia sweet talking dengan aku.

Sedangkan suami aku takda masalah langsung. Foreplay cukup lama. Dia akan buat apa saja untuk rangsang aku.

Tapi aku jadi rimas. Aku rasa macam terseksa bila terpaksa melayan. Kadang aku terpaksa puaskan dia tanpa ‘guna’ badan aku.

Tak normal ke aku? Selain hubungan badan, aku boleh layan suami aku. Masak, pakaian, kemas rumah semua takda masalah bagi aku.

Nak kata aku ada suka lelaki lain, memang tak. Sebab aku takda berkawan dengan lelaki lepas kawen. Dan aku tak bernafsu jugak dengan lelaki lain. Dengan perempuan lagi la tak.

Apa perlu aku buat? Memang betul ke aku tak normal? Tolong suggest apa yang perlu aku buat?

Aku sayang suami aku, aku sayang anak kami. Masalah aku cuma satu tu je.

Tolong aku!

– Isteri Bukan Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *