Assalamualaikum, hari nak share bab Whatsapp.
Kes 1:
Satu hari ada mak saudara sms mesej, tanya,
“Rai, hang tak pakai whatsapp?”
“Tak, kenapa?”
“Peliknya tak pakai Whatsapp”
Saya pun fikir, dia urusan penting kot, terus bagi no Whatsapp suami. Memang guna untuk personal sahaja pun. Tup-Tup dia whatsapp sebab nak promote masuk MLM. Yalah, pakai sms macamana nak tepek iklan2 bagai tu kan?
Kes 2
” Salam, buat ini untuk saya” (client)
Kita busy ada kerja.
“Dah buat ke belum?” (Client)
Kita tak reply lagi.
” Dapat tak mesej saya?” (Client)
Pastu kita email dia habaq apa yang kita buat dah. Pastu dia whatapp balik macam tak baca email kita.
Kes 3:
” Dah share info kat group whatsapp, sila cari, scroll balik”.
Email kan ada? Kenapa makluman kerja, pelajaran, kena buat melalui whatsapp?
Kalau email senang sahaja nak cari, mesti ada. Kalau chat history payahlah. Tak semua orang scroll mesej setiap masa.
Kes 4:
Whatapp kerja waktu hari cuti atau lepas ofis hour. Kita dah penat kerja (atau sibuk study) waktu weekdays. Cuti nak rehat beb. Hang whatsapp plak urusan kerja. Konon reminder untuk bukak weekdays. Pastu marah tak reply. Bertalu2 komen. Nak-nak kalau orang tu disable bluetick atau hide online. Kau tak tahan misteri.
Kes5:
Fitnah, screenshot, cakap lepas. Zaman Whatsapp ni suka-suka jer tulis, tak fikir perasaan orang, pastu minta maaf “sorry ar aku emo tadi”. Pastu screenshot. Share plak screenshot tu. Kalau fitnah tak check dah (copy dari group sebelah). Whatsapp jadi medium mengumpat bos, sedara atau member.
Banyak lagi bahana whatsapp ni…
Reason kenapa tak pakai, sebab realiti kita hidup tidak sama. Bukan semua orang phone sentiasa di tangan. Bukan semua orang ada masa nak tgk whatsapp setiap masa. Even kalau orang tu boleh update blog, instagram, fb, tidak bermakna orang tu “terbuka” untuk menerima atau membalas mesej. Online untuk menulis, bukan bermakna kena jawab mesej anda.
Inilah bahana whatsapp, boleh putus saudara, putus sahabat, renggang hubungan. Kita mesej suka hati waktu kita. Benda dah free (y selalu on Internet) , cepat je nak taip. Orang tak balas kita marah.. Boleh mesej lagi bertalu2 tanya kenapa tak jawab.Dulu zaman sms kita tak buat perangai macamni sbb kita tak tahu bila org tu nak reply, sampai ke tak mesej. Terpulang pada penerima bila nak reply. Sama juga dengan email. Kita akan lebih proper, guna ayat yang sesuai takdelah reply “k” melalui email.
Saya reply email sahaja, kalau whatsapp maaf memang saya tak reply dah (selamat dah delete account). Kita semua mesti ada email punya, jangan nak kelentong. Hang nak pasang phone asal2 mesti masuk email. Email tu mmg ada juga kat handset. Saya terus terang cakap, orang dah tak tahu erti privacy sekarang. Rasa nak mesej 3-4 pagi, waktu cuti, suka hati sahaja. Dah mesej nak pula org reply. Marah tgk bluetick apa tick tah. Pantang nampak status “online”.
Yang saya pelik, kalau kita email orang tu berkali-kali (urusan rasmi/bisnes) boleh reply melalui whatsapp juga. Dahlah bahasa macam kita ni kerja dengan dia sahaja. Kita ada family ada anak nak jaga. Maaflah saya tak suka orang yang tak reti hormat orang. Mesej tulis ayat macam budak wechat. Suka copy paste. Suka sebar2 screenshot. Budi Bahasa ke laut.
Banyak sebab saya tak suka whatsapp. Saya lebih prefer komunikasi tradisi. Zaman sekarang jumpa tengah jalan member tak jumpa 10 tahun “Nanti aku whatsapp hang”. Awat tak borak sahaja situ? Samalah apa2 update nak kena melalui whatsapp. Mengumpat pun kat whatsapp. Share2 pun kat whatsapp. Zaman sekarang dah terbalik, dulu kalau yang kaki phone or social media ni kita kata anti-social, skrg yang prefer normal communication (tak layan phone and social media) yang dikatakan kera sumbang atau tak reti hormat orang.
Satu lagi. Ada org hari minggu dia free,masa tu dia nak layan online mesej sana sini. Ada org (yang ada family, anak ramai, busy life on weekday) depa nak privacy, nak lepak ngn anak bini, nak gi jalan2, nak tenangkan fikiran, nak hadap kerja rumah,buat assignment, beli brg dapur. Pastu hang whatsapp waktu tu… Tak reti ka maksud cuti? Jangan samakan orang dengan kita. Kalau kita tak suka cuti, rasa buang masa, janganlah libatkan org lain. Kita tgk org tu update insta fb jalan2.. “dia online ni, baru update sat tadi”, terus kita mesej dia tanya apa2 (yang sepatutnya kita ni consider org tu, bukan dia online untuk kita).
Okey repeat ya:
“ORANG TAK ONLINE UNTUK KITA”.
Yang benar,
Orang yang tak pakai whatsapp.
– Ice Warya Rai
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit